Wednesday 22 September 2010

Persidangan Meja Bulat

Bersempena dengan jamuan Aidilfitri pada jumaat ini (24.09.2010), satu perbincangan di meja bulat telah diadakan pagi ini. Keputusan telah dicapai berkaitan dengan juadah yang akan disediakan nanti. Masing-masing telah memberi cadangan dan pendapat. Disebabkan bos-bos akan keluar untuk meeting jam 3 petang, maka majlis akan bermula sedikit awal. Jamuan tidak dapat ditunda ke tarikh lain disebabkan minggu selepas itu ramai yang akan terlibat dengan outstation dan meeting di luar. Mahu tak mahu terpaksa juga buat dalam minggu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin