Showing posts with label SMVK Group. Show all posts
Showing posts with label SMVK Group. Show all posts

Sunday, 24 June 2012

Bertemu Setelah 23 Tahun

Tarikh 23 Jun 2012 aku dan beberapa orang teman membuat perjumpaan untuk bertemu rakan2 yg masih belum berkesempatan bertemu setelah tamat persekolahan 23 tahun yg lalu. Seperti biasa perjumpaan berlangsung dalam suasana santai dan happening dengan bermacam2 kisah zaman sekolah diimbas kembali.

Masing2 dah berubah














Wednesday, 23 May 2012

Reunion SMVKlang 2012

Alhamdulillah.. tarikh 19 Mei 2012 menjadi satu tarikh yg meninggalkan kenangan manis buatku dan kawan2 sekolah di SMV Klang kerana pada tarikh itu kami mengadakan majlis reunion buat kali ketiga.  Sebagai AJK yg terlibat aku dan kawan2 yg lain telah membuat persediaan sebulan lebih awal. Ramai juga yg sudi untuk memberi sumbangan berupa hadiah dan hamper bagi memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran kali ini lebih ramai dari reunion tahun2 lepas.  Syukur kerana majlis berjalan dengan meriah dan lancar walaupun ada beberapa perubahan dibuat di saat akhir. Selain daripada jamuan makan malam pelbagai acara diadakan malam itu.  Antaranya cabutan bertuah, kerusi muzik, pertandingan karaoke, soalan kuiz, santai bersama dj serta sambutan hari jadi bagi mereka yg lahir sehingga bulan Mei. Terasa hubungan persahabatan yg terjalin amat dekat sekali walaupun ada di antaranya tidak pernah bertemu langsung sejak meninggalkan alam persekolahan. Dan yg paling membuatkan aku teruja bila mana aku terpilih sebagai pemenang Best Dress bagi kategori perempuan. Sesuatu yg tidak terjangka sama sekali. Majlis berlangsung dalam suasana santai dan semua orang benar2 enjoy dan gembira.  Insyaallah mudah-mudahan tahun hadapan kami dapat mengadakan majlis reunion lagi.







 


 





 



Monday, 11 July 2011

Melawat Rakan di Banting

Hujung minggu lepas iaitu pada 09 Julai 2011, aku dan beberapa orang teman di Group SMVKlang membuat kunjungan ke rumah seorang rakan daripada kelas Automatif iaitu Anuar Draman di rumahnya di Kg. Sg Buaya, Banting. Rakan ini telah terlibat dengan kemalangan jalanraya sewaktu masih di bangku sekolah. Kunjungan ini dibuat bagi melihat sendiri keadaannya di samping menghulurkan sedikit sumbangan yang dihulurkan oleh ahli2 group.

Kehadiran kami disambut baik oleh Anuar dan keluarganya. Mereka begitu berbesar hati menerima kehadiran kami. Kami diberikan layanan yang cukup mesra dan menyenangkan. Siap dijamu dengan makan tengahari dengan lauk-pauk yang enak, buah-buahan serta bubur durian. Kelihatan mereka begitu terharu dengan kedatangan kami, kawan2 sekolah Anuar 21 tahun dahulu.

Alhamdulillah.. program kami berjalan lancar seperti dirancang. Seronok rasanya dapat melakukan aktiviti amal seperti ini. Sebelum balik kami sempat mengabadikan kenangan bersama Anuar.









Wednesday, 22 June 2011

Reunion SMVKlang 88-89 Group

Alhamdulillah.. seperti dirancang majlis reunion bagi SMVK 88-89 Group berjalan lancar dan meriahnya pada 18 Jun 2011 lalu. Sesungguhnya setelah bertahun2 tidak berjumpa pertemuan ini sangatlah dinantikan bagi semua orang. Kehadiran seramai lebih 30 orang ahli group membuatkan kami semua begitu teruja. Berbagai aktiviti dibuat pada majlis ini. Semuanya mengiburkan dan membangkitkan kembali nostalgia di zaman sekolah dahulu.

Sesungguhnya majlis ini meninggalkan kenangan manis yg pasti akan kekal di sudut hati. Selepas ini akan ada lagi lain2 program yg dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin. Insyaallah.

Banyak gambar2 yg diabadikan bersama kawan2 dan ini sebahagian yang dapat dikongsikan bersama.















LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin