Saturday 30 October 2010

Gomo Klate Gomo Juara Piala Malaysia 2010

Syabas dan tahniah kepada pasukan Kelantan (The Red Warriors) atas kemenangan menewaskan juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 pada Final Piala Malaysia 2010 edisi ke 84 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil malam ini. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Hairudin Omar pada minit ke 57 dan Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke 64 separuh masa kedua. Sementara gol tunggal Negeri Sembilan diperolehi menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Shahurain Abu Samah pada minit k 13 separuh masa pertama.

Meriah sekali kat kampung malam ini dengan sorak-sorak penyokong kedua pasukan. Aku dan lain-lain memilih Kelantan. Hanya uda yang menyokong Negeri Sembilan.

Maaflah kualiti gambar tidak memuaskan sebab hanya diambil menerusi kaca tv.. gambar tak berapa nak clear.. tak dapat pergi stadium.. hehe..


Piala Malaysia yang menjadi rebutan


Penyokong gomo klate gomo


Penyokong hobin jang hobin


Keputusan penuh


Kelantan - juara baru dinobatkan


Jurulatih Kelantan B. Sathianathan - sukanya dia..

Friday 29 October 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah.. aku telah selamat sampai ke kampung lebih kurang jam 10.30 tadi.. Keluar ofis agak lewat sikit. Ada keja urgent pulak last-last minute. Disebabkan hari ini hari terakhir bekerja minggu ini kenalah selesaikan apa yang perlu. Keluar ofis pergi buat urusan di bank dulu sebelum gerak ke Shah Alam.

Sepanjang perjalanan jalan agak sibuk dengan kenderaan. MRR2 memang begitulah kebiasaannya pada hari bekerja. Sebelah petang memang waktu yang cukup membosankan dan menyesakkan fikiran dengan jem yang tiada kesudahan. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Orang akan bercuti ataupun mempunyai banyak perancangan di hujung minggu. Nasib baiklah aku tidak berada di laluan itu setiap hari. Belum campur lagi dengan kerenah pemandu yang tidak tahu menghormati orang lain. Seolah-olah jalan itu mereka yang punya. Sesuka hati saja menukar lorong tanpa memberi signal. Susah sangat ke nak bagi signal tu? Bukan kena bayar pun! Kalau berlaku kemalangan bukan sahaja dia yang susah, semua orang kat situ terlibat sama. Tak kiralah kereta apa. Sama saja. Tapi kalau kereta besar, kereta mewah lagilah.. Nak tunjuk lagak saja. Kalau dah tahu nak masuk susur ke kiri, bersedialah dari awal2.. Jangan dah nak dekat baru sibuk nak masuk lorong orang. Kan ke bahaya tu.. Kita pulak nak kena jaga keselamatan dia. Padahalnya itu tanggungjawab masing-masinglah. Ni orang lelakilah punya habit.. Geram betul..

Alamak.. sabar-sabar.. Aku dah jauh membebel... Cukuplah setakat tu.. Tapi itulah realiti yang selalunya berlaku. Sebab itu orang selalu kata, bila di jalan raya, kita selalunya akan hilang pertimbangan dan akan keluarlah semua sifat2 buruk yang tak pernah terfikir sebelum itu..

Yang pasti, aku cukup gembira dapat pulang ke kampung bertemu mak dan abah. Seperti biasa, banyaklah cerita-cerita yang keluar sepanjang perpisahan yang berlaku sebelum ini. Mak, abah pastinya orang yang paling gembira dengan kepulangan anak-anaknya walaupun hanya di waktu hujung minggu.

Thursday 28 October 2010

Aku..

Aku kelihatan senyum..
Meskipun sebenarnya aku bersedih..

Aku kelihatan ketawa..
Meskipun sebenarnya aku menangis..

Aku kelihatan ceria..
Meskipun sebenarnya aku berduka..

Aku kelihatan gembira..
Meskipun sebenarnya aku sebak..
Meskipun sebenarnya aku hiba..
Meskipun sebenarnya aku pilu..
Meskipun sebenarnya aku terluka..
Meskipun sebenarnya aku kecewa..
Meskipun sebenarnya aku merintih..

Kenapa aku harus begini..
Dan sampai bila aku harus begini..

Tuesday 26 October 2010

Hantar Dokumen Sambil Jalan2

Hari ini bos2 tidak masuk ke ofis. Ada mesyuarat tapak di Terengganu. Semalam aku telah diarah oleh bos supaya menghantar dokumen ke pejabat TPKRII hari ini. Pukul 10.15 keluar dari ofis dengan MMT. Sesudah menghantar dokumen kami terus menuju ke Chow Kit. Memang dah plan awal2 nak ke situ untuk membeli buah. Sementelah bos pulak tak ada hari ini.. Apa lagi ambik kesempatan la.. Sempat juga masuk kedai pinggan mangkuk beli macam2.. Aah.. gila tengok kedai peralatan dapur kat situ. Aku memang minat sangat barang2 macam tu. Bukan selalu dapat peluang pergi ke sana. Tempat yang sesak dengan orang ramai. Nak cari parking pun terpaksa pusing 2-3 kali. Akhirnya parking di tempat berbayar. Sesudah habis shopping pergi makan nasi di Kg. Baru. First time makan kat situ.. Sedap makanan ala kampung. Ayam kampung paling popular kat situ, kata MMT. Memang betul pun..

Sebelum balik ke ofis singgah pulak beli goreng pisang, kuih muih dekat Wangsa Melawati. Sampai di ofis semula jam 1.30.

Semalam bos tinggalkan pesanan minta prepare beberapa lagi dokumen profil syarikat. Kerja yang mudah iaitu print sahaja. Jadi.. hari ini lebih rehat daripada biasa..

Monday 25 October 2010

Aku, Dia dan Lagu - 6




Hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum

Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari

Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

~Faizal Tahir~

p/s This song is dedicated to you..

Sunday 24 October 2010

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Pagi ini aktiviti disambung dengan mengemas rumah bagi sesi kedua iaitu sapu sampah, mop lantai, buang sampah.. semuanya berkaitan sampah.. haha..

Disebabkan semalam enggan pergi ke Seri Kembangan (walaupun ingin sekali pergi ke tempat yang pernah meninggalkan kenangan terindah suatu ketika) maka orang dari Seri Kembangan sanggup turun ke Taman Melati.. terima kasihlah wahai adik.. berusaha datang ke sini hari ini.. Setelah habis mengemas pergi cuci kereta dahulu sebelum ke pasar pagi membeli bahan untuk memasak.. Simple saja masak hari ini - ikan goreng, tumis udang dan masak lemak jantung pisang..

Selesai semuanya berehat-rehat sebentar (bukan bersama kit kat).. Terasa bosan pulak.. Lalu timbul cadangan untuk jalan-jalan di petang minggu ini. Mulanya cadang untuk ke KLCC sahaja tapi bila sampai ke LRT plan bertukar lalu menuju ke Masjid Jamek..

Sampai di stesen Masjid Jamek terus keluar melalui Jalan Masjid India, Jalan TAR, then ke Sogo. Jarang sekali keluar ke KL hari Ahad. Selalunya hari Ahad KL tidak begitu sibuk tapi kali ini suasananya sedikit berbeza. Banyak pulak bazar-bazar jualan di sepanjang jalan. Baru teringat yang 2 minggu lagi perayaan Deepavali bakal tiba. Patutlah kelihatan ramai kaum India sedang bershopping sakan. Sepanjang perjalanan tiada apalah yang dibeli, cuma sekadar jalan-jalan, window shopping. Tapi masa di Sogo capai jugalah satu beg pakaian yang comel yang ditawarkan pada harga murah. Seronok tengok orang berebut-rebut memilih.. Maka dengan rasa terujanya aku pun join sama..

Sebelum balik singgah makan dan minum di sebuah gerai. Bukanlah lapar sangat tapi saja nak berehat setelah penat berjalan..

Layan sajalah gambar-gambar nih..


On the way to KL


Jalan TAR yang tak berapa sesak


Macam2 cara nak tarik pelanggan..
mamat ni sporting sungguh.. peace lagi!


Kedai tudung ni opposite kedai mamat atas tuh..


Salawati : Kak na.. baju ni ok tak?


Rayna : Lawa gak baju ni.. (tapi tak beli pun)


Act je tu..


Kaum India sedang sibuk menyopping sempena Deepavali..


Nampak sedap je..


Bila makan tak abis.. rasa kurang sikit..


On the way back... blur pulak...


Lagi sekali..

Saturday 23 October 2010

Berehat

Seronoknya dapat berehat yang betul-betul rehat.. Seharian hari ini berada di rumah.. Sementelah cuaca juga mendung dan hujan di sebelah petang.. Lagi la terasa malas nak keluar.. Salawati ajak datang ke Seri Kembangan.. Tapi seperti tidak ada mood nak ke mana-mana. Memang bercadang untuk berehat saja minggu ini.. Sudah agak lama tidak dapat peluang sebegini.. Aktiviti hari ini banyak berehat sambil mengemas pakaian, cuci baju, menonton tv, melayar internet, mendengar radio dan tidur sekejap di sebelah petang.. Sebelah malam sambung rehat lagi..

Aku, Dia dan Lagu - 5




Sempurna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
Selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
Oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku lengkapi diriku
Oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
Oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

*Andra & The Backbone*

Friday 22 October 2010

I Believe..

I Believe..
That just because two people argue..
It doesn't mean they don't love each other..
And just because they don't argue..
It doesn't mean they do love each other..

I Believe..
That we don't have to change friends..
If we understand that friends change..

I Believe....
That no matter how good a friend is..
they're going to hurt you every once in a while..
and you must forgive them for that..

I Believe..
That true friendship continues to grow..
even over the longest distance..
Same goes for true love..

I Believe..
That you can do something in an instant..
That will give you heartache for life..

I Believe...
That it's taking me a long time..
To become the person I want to be..

I Believe..
That you should always leave loved ones with loving words..
It may be the last time you see them..

I Believe..
That you can keep going long after you think you can't..

I Believe..
That we are responsible for what we do..
no matter how we feel..

I Believe..
That either you control your attitude or it controls you..

I Believe..
That heroes are the people who do what has to be done when it needs..
to be done, regardless of the consequences..

I Believe..
That my best friend and I can do anything or nothing..
and have the best time..

I Believe..
That sometimes the people you expect to kick you when you're down..
will be the ones to help you get back up..

I Believe..
That sometimes when I'm angry..
I have the right to be angry..
But that doesn't give me the right to be cruel..

I Believe..
That maturity has more to do with what types of experiences you've had..
And what you've learned from them and less to do with how many birthdays you've celebrated..

I Believe..
That it isn't always enough..
to be forgiven by others..
Sometimes, you have to learn to forgive yourself..

I Believe..
That no matter how bad your heart is broken..
the world doesn't stop for your grief..

I Believe..
That our background and circumstances..
may have influenced who we are..
But, we are responsible for who we become..

I Believe..
That you shouldn't be so eager to find out a secret..
It could change your life forever..

I Believe..
Two people can look at the exact same thing..
and see something totally different..

I Believe...
That your life can be changed in a matter of hours..
By people who don't even know you..

I Believe..
That even when you think you have no more to give..
When a friend cries out to you..
you will find the strength to help..

I Believe..
That credentials on the wall..
do not make you a decent human being..

I Believe..
That the people you care about most in life..
are taken from you too soon..


"The happiest of people don't necessarily
have the best of everything;
They just make the most of everything they have"

Thursday 21 October 2010

Andai Dapat Ku Undur Masa

Andainya dapat ku undur masa, aku ingin sekali kembali ke alam persekolahan di SMVK (Sekolah Menengah Vokasional Klang) tahun 1988-1999. Sesungguhnya terlalu banyak kenangan manis sewaktu aku berada di sana.

Tanggal 22 Februari 1988 aku melangkah kaki ke SMVK. Sejak dari itu bermulalah kehidupanku sebagai penghuni asrama dan pelajar.

Aku ditempatkan di dorm BG3A. Terdapat 14 orang pelajar ditempatkan di situ termasuk aku. Bagiku dorm ini yang paling best sekali di antara 4 dorm. Semuanya baik-baik dan hubungan kami begitu rapat sekali. Minggu pertama tinggal di sini adalah saat yang paling menyeksakan bagi kami sebagai freshie. Minggu itu dikenali sebagai Minggu Suai Kenal tetapi bagi kami minggu itu terlalu menyeksakan. Kami kena ‘ragging’ dengan senior-senior yang lain. Bermacam-macam jenis ragging yang dikenakan. Walaupun di hati rasa sakit, geram, marah terpaksa ditahan juga. Seminggu itu masa kami begitu padat dengan aktiviti yang telah diatur. Setiap hari kami kena bangun awal pagi. Bermula dengan kuliah subuh, sembahyang subuh berjemaah, aktiviti sukan dan lain-lain ragging yang sengaja dibuat. Aku rasa bersyukur kerana banyak aktiviti yang aku tidak boleh sertai. Namun bagi kawan-kawan yang lain kesian aku melihatnya. Tidak ada masa rehat langsung. Hari-hari kami kena tengking dengan kakak senior. Kami harus mengingat semua nama penuh dan tidak boleh memanggil dengan nama yang singkat. Setiap petang selepas habis aktiviti sukan semua kakak-kakak akan beratur di sepanjang tingkat dan kami akan mula memberi salam dan menyebut nama penuh masing-masing. Kerja gila. Mana boleh ingat semua dalam masa yang singkat. Namun begitu aku gembira kerana ada seorang kakak ingin mengambilku menjadi adik angkatnya. Namanya Mazlinda atau aku panggil Kak Lin. Kak Lin baik dan sentiasa mengambil berat akan diriku. Aku suka dapat kakak sepertinya. Dia juga aktif. Adanya Kak Lin membuatku sedikit gembira. Begitulah sepanjang minggu yang aku lalui. Malam penutup Minggu Suai Kenal adalah malam yang ditunggu-tunggu. Berakhirlah sudah saat ngeri kehidupan di asrama yang selalu menjadi ingatan.

Aktiviti harian di asrama memang sudah ditetapkan seperti jadual. Pada hari persekolahan kami bangun awal pagi. Waktu ini keadaan agak sibuk, maklumlah tempat mandi agak terhad dan harus dikongsi bersama oleh penghuni setiap dorm. Masing-masing tidak mahu terlewat dan tergesa-gesa. Jam 7.00 pagi semua pelajar akan beratur di dewan makan untuk mengambil sarapan pagi. Selapas bersarapan barulah kami akan beramai-ramai menuju ke sekolah yang terletak tidak jauh dari asrama. Waktu persekolahan dari jam 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari. Tamat waktu persekolahan kami pulang ke asrama dan terus ke dewan makan untuk makan tengahari. Waktu tengahari biasanya adalah waktu yang paling gamat. Maklumlah perut sudah lapar dan kadang-kala keadaan agak panas sedikit. Ditambah pula dewan makan bercampur dengan pelajar lelaki. Jadi suasana hingar-bingar tidak dapat dielakkan lagi. Selepas AJK membaca doa makan barulah semua pelajar menikmati hidangan dengan berselera sekali. Selepas makan semua pelajar naik ke asrama dan waktu inilah masing-masing bebas untuk membuat aktiviti sendiri. Sama ada sembahyang, mandi, membasuh, menggosok baju dan lain-lain. Tepat pukul 5.00 petang, semua pelajar dikehendaki meninggalkan asrama untuk membuat aktiviti sukan dan riadah. Tidak ada siapa dibenarkan berada di asrama waktu ini. Waktu ini pelajar bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Bagi pelajar perempuan biasanya kami akan bermain bola jaring, bola tampar, badminton atau hanya duduk memerhati di tepi padang. Aktiviti tamat jam 6.30 petang. Sekali lagi kami akan berebut-rebut menggunakan bilik mandi dan menyiapkan diri kerana hanya ada setengah jam sebelum loceng waktu makan malam berbunyi tepat pukul 7.00. Selepas makan kami akan solat maghrib. Pukul 8.00 hingga 10.30 malam semua pelajar dikehendaki berada di bilik belajar kerana waktu itu diperuntukkan untuk belajar, membuat tugas sekolah atau mengulangkaji pelajaran. Biasalah, jangkamasa belajar yang agak panjang membuatkan kami sering mengantuk dan kadang-kadang tertidur atas meja. Untuk menghilangkan rasa mengantuk sesekali kami bertandang ke bilik study dorm BG4 ataupun bilik study freshie. Sesekali warden asrama datang buat spotcheck terkejut juga kami. Habis waktu belajar kami biasanya akan terus sembahyang Isyak. Tepat jam 11.00 malam semua lampu mesti ditutup dan tibalah masa untuk tidur. Walaupun belum mahu tidur terpaksa juga pejam mata kerana tidak ada apa yang boleh dibuat dalam keadaan gelap. Hanya ada lampu koridor dengan cahaya yang samar-samar. Begitulah sepanjang hari kehidupan di asrama yang telah diatur dengan ketat. Walaupun begitu bila tiba hujung minggu kami diberi kelonggaran untuk membuat aktiviti sendiri. Tidak ada aktiviti khusus. Kami juga diberi kebenaran untuk keluar bandar pada hari Jumaat bagi pelajar perempuan dan Sabtu bagi pelajar lelaki. Kami juga boleh menonton televisyen sepanjang hari. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang tidak pulang ibu bapa atau ahli keluarga akan datang melawat. Waktu inilah saat yang paling menggembirakan kerana selain dapat berjumpa keluarga pastinya akan disertai dengan buah tangan atau makanan yang enak untuk dikongsi bersama rakan-rakan sedorm.

Di sini, aku disenangi dan disukai oleh ramai orang. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin sikap semulajadiku. Kata mereka aku seorang yang lembut, baik hati dan peramah. Aku sentiasa diberi perhatian oleh kawan-kawanku. Malahan, suatu ketika aku pernah mendapat anugerah pelajar paling ‘baik’ di satu majlis di asrama. Aku rasa terkejut dan sangat terharu waktu itu. Namun kenangan yang tidak dapat dilupakan bila aku memenangi nombor cabutan bertuah dalam satu majlis jamuan hari raya. Sesuatu yang tidak aku duga. Memang sangat manis untuk dikenang.

Tinggal di asrama mengajarku supaya hidup berdikari dan belajar menguruskan diri sendiri. Selama ini aku banyak bergantung kepada keluarga namun kini semuanya harus dilakukan sendiri. Tetapi aku tidak mempunyai banyak masalah. Kerana aku telah biasa dengan kehidupan sebegitu. Malah aku rasa bersyukur kerana pengalaman hidup banyak membantuku dalam hidup berdikari.

Di sini aku mengambil jurusan Pengurusan Pejabat (PPJ). Mata pelajaran yang diajar merangkumi segala subjek yang berkaitan dengan pejabat dan aku didedahkan kepada tugas-tugas sebagai seorang setiausaha. Di kelasku semua pelajar adalah perempuan. Di sini aku belajar subjek-subjek kemahiran seperti menaip, trengkas, asas pemprosesan maklumat, amalan pejabat di samping subjek asas yang lain. Guru kelasku namanya Puan Zuraidah. Dia mengajar subjek amalan pejabat. Orangnya baik namun waktu belajar kami sering mengantuk. Dalam banyak-banyak subjek aku paling suka trengkas. Subjek ni senang. Belajar macam baru nak kenal huruf. Cikgu yang mengajar namanya Pn. Siva / Raj. Hari-hari ia akan membaca transkripsi melalui kaset dan kamipun menulis trengkas. Cikgu Siva memang teliti. Setiap kesilapan akan dipotong markah. Ramai yang gagal dalam subjek ini kerana markah dipotong agak banyak. Namun begitu selalunya aku mendapat markah paling tinggi dalam kelas. Cikgu yang paling aku dan kawan-kawanku tidak suka ialah cikgu menaip. Cik Azna namanya. Garang dan terlalu cerewet. Setiap gerak-geri kami ditelitinya. Kalau dia marah memang semua menyampah. Selalu juga kawan-kawanku kena berdiri luar kelas waktu ia mengajar atas kesilapan waktu menaip. Memang kami tidak suka dengannya. Lebih-lebih lagi ia menjadi guru kelas kami waktu di tingkatan lima.

Di SMVK aku boleh dikatakan seorang pelajar yang pandai di dalam kelas. Setiap kali peperiksaan aku mendapat tempat pertama. Sebenarnya aku bukanlah belajar sangat tetapi di kelasku tidak banyak saingan. Dengan kelayakan yang aku dapat dalam SRP berbanding dengan rakan-rakanku yang lain tidak hairanlah aku sentiasa dapat mengekalkan keputusan terbaik setiap kali peperiksaan. Namun begitu bila peperiksaan SPMV kian hampir aku dan semua teman-teman yang lain mula sibuk menelaah pelajaran. Aku mula rasakan yang aku perlu lakukan lebih usaha dari sedia ada memandangan peperiksaan SPMV ini amat penting buatku. Setiap malam aku dan teman-teman akan tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Namun begitu kami tidak dibenarkan study di bilik study memandangkan semua lampu harus ditutup menjelang pukul 12.00 tengah malam. Terpaksalah kami menyambung study di surau menggunakan lampu koridor dalam keadaan yang tidak begitu selesa. Kadang-kadang aku tidur dulu dan bangun pukul 4 atau 5 pagi semata-mata nak study. Waktu itu aku rasakan terlalu banyak yang belum aku ulang kaji. Takut juga memikirkan peperiksaan yang semakin hampir. Hari yang mendebarkan tiba juga tanggal 30 Oktober 1989. Aku menduduki peperiksaan SPMV dengan memakai angka giliran BA01 V526. Aku cuba menjawab soalan dengan sebaik mungkin. Sepanjang tempoh peperiksaan aku tidak putus-putus berdoa agar setiap usaha yang aku lakukan mendapat kejayaan. Peperiksaan berjalan dengan lancar hinggalah tamat tempohnya. Aku berserah kepada Tuhan dengan usaha yang telah aku lakukan.

Dengan tamatnya peperiksaan maka berakhirlah sudah kehidupanku selama dua tahun di SMVK. Dua tahun berada di SMVK aku rasakan tempoh yang amat singkat. Aku sebenarnya gembira dengan kehidupan di SMVK. Tahun pertama agak perit kerana waktu itu aku adalah junior dan sering diperhati oleh kakak senior. Bila masuk tahun kedua kami bebas untuk membuat apa saja kerana tiada lagi kakak-kakak yang akan memerhati setiap tingkah laku kami. Sesungguhnya aku dan teman-teman amat sedih untuk meninggalkan segala memori yang sama-sama kami lalui sepanjang tempoh dua tahun itu. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang meninggalkan kesan di sudut hati kami semua. Malah sepanjang tempoh dua tahun itulah aku menilai erti persahabatan sebenarnya. Aku gembira dapat bersama melalui susah payah kehidupan sewaktu junior. Aku gembira menjadi pelajar senior yang disenangi oleh adik-adik. Aku gembira kerana menjadi seorang yang disukai dan disayangi teman-teman. Namun begitu, ada juga kenangan pahit yang aku lalui. Biarlah aku menyimpannya di sudut hati.

Teman sedorm ku - Fauziah (Ji), Salmah (Sal), Marzidah (Along), Mardiana (Nana), Nor Azliana (Liana), Zubaidah (Zu), Nor Azlina (Ina), Nor Azizah (Zah), Fadilah (Dila), Norasmanah (Mana), Junaidah (Jun), Norliza (Liza) dan Siti Zubaidah (Siti) - entah di manakah kalian berada kini. Pastinya kalian sedang berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Rindu sekali untuk bertemu dan menyingkap kenangan masa lalu.

Wednesday 20 October 2010

20.10.2010

Satu tarikh yang cantik - 20102010

Namun tiada apa yang istimewa pada tarikh ini untuk diingati melainkan tarikh ini lesen memandu ku telah tamat tempoh 2 tahun dan aku perlu memperbaharuinya..

Aku bercadang untuk ke JPJ Wangsa Maju esok saja. Walaupun boleh dibuat di pejabat pos di sini namun aku memilih untuk ke JPJ kerana aku mahu lesen beserta gambar sekali..

Di ofis hari ini sibuk dengan tugasan untuk projek SABK di sebelah pagi. Sebelah petang pulak sediakan dua set company profile untuk bos bawa ke JKR untuk temujanji dengan TKPKRII hari Jumaat ini.

Monday 18 October 2010

Dilema Seorang Aku..

Aku terasa ingin pergi jauh..
membawa hati yang keliru..
membawa rasa yang celaru..
membawa bersama kisah lalu..
cerita sedih dan pilu..

Aku terasa ingin tinggalkan..
semua cerita, semua kenangan..
yang terlalu menggamit perasaan..
yang selalu bermain di ingatan..

Namun aku tidak mampu..

semakin aku cuba lupakan..
semakin aku cuba lepaskan..
semakin aku cuba leraikan..

semakin kuat ia hadir..

Sesungguhnya aku tidak mampu..
kerana aku terlalu menyayangimu..

Sunday 17 October 2010

Lain Dirancang Lain Yang Jadi..

Semua plan tidak menjadi.. Lain dirancang lain yang jadi..

Hari sabtu seorang demi seorang call bertanya adakah aku tidak datang ke Shah Alam? Aku memberi pelbagai alasan. Namun sudahnya aku mengalah demi adik2 yang mengharap aku datang ke sana. Tak bestlah kata mereka kalau aku tak ada. Mereka beria2 meminta aku join perjumpaan adik-beradik di Shah Alam. Plan ku untuk berehat dan menghabiskan masa di KL nampaknya terpaksa ditukar. Tidak sampai hati untuk menghampakan permintaan mereka. Namun begitu aku sempat berehat dan membuat sedikit kerja rumah sebelah siang sebelum bergerak ke Shah Alam pada sebelah malamnya..

Aku teruja kerana hasrat untuk bertemu anak-anak buahku terutama Yuyi terlaksana. Juga dapat menikmati nasi kukus yang sedap di uptown Shah Alam. Sempat lagi tengok ziana zain.. kakak dia menyanyi di karaoke uptown. Kecoh dibuatnya dengan jerit penonton kalau ziana zain..kakak dia datang menyanyi..

Layan gambar dulu...


Yuyi kesayanganku


Ni lah dia gerai nasi kukus kat uptown tu..


Ziana zain..kakak dia sedang membuat persembahan

Hari ini pula, aku berada di Klang. Along dan suaminya minta bantuan untuk membuat sedikit tugasan yang urgent di pejabatnya. Berbaloi juga sebab dapat upah RM300 walaupun masa membuatnya tidaklah lama. Tugasannya pun tidaklah susah sangat. Cuma key-in data. Kalau macam ni bolehlah bantu selalu.. hehe..

Selepas habis tugasan itu pergi makan di Giant Setia Alam. Sempat juga beli USB flash memory Toshiba 4G dan HP notebook case..

Pukul 8 malam gerak balik ke KL dari Shah Alam dan sampai ke Taman Melati pukul 9 malam. Alhamdulillah..

Friday 15 October 2010

Cepatnya Masa..

Minggu ini terasa cepat saja masa. Hari ini sudah hari jumaat. Seperti tidak sedar masa berlalu. Minggu ini banyak terlibat dengan submission kepada IWK yang tak sudah-sudah lagi. Kerja yang lain tidaklah terlalu menekan. Semuanya berjalan lancar. Hari ini agak sibuk dengan sikit dengan pelbagai tugas. Bos juga minta sediakan co. profile untuk dibawa ke JKR petang ini.

Minggu ini aku bercadang untuk berehat saja di Taman Melati. Sejak beberapa minggu dari bulan puasa hingga kini aku tidak berpeluang untuk berehat di KL. Ada saja program yang memang telah siap diatur sejak awal. Minggu ini tidak ada program khusus atau dirancang. Jadi, minggu ini aku akan menghabiskan masa di KL saja. Aku sudah beritahu kepada semua orang, minggu ini tidak ke mana-mana. Mak juga sudah diberitahu, minggu ini tidak balik ke kampung. Adik-adikku, jangan mintak aku datang ke sana lagi ye.. Walaupun terasa rindu dengan keletah Yuyi. Walaupun di hati teringin sangat nak makan nasi kukus yang sedap di Uptown Shah Alam. Walaupun ingin sekali ke Klang jumpa along (janji nak buatkan langsir). Walaupun ingin sekali menjenguk Vanessa. Semuanya aku tangguhkan. Untuk minggu ini aku mahu berehat di KL.

Thursday 14 October 2010

Aku, Dia dan Lagu - 4




Kembalilah

Kembalilah wahai sayang
Padaku yang kesepian
Bawakanlah ku penawar
Rindu...

Tiada kata tiada pesan
Dikau pergi meninggalkan
Ku kembara mencarimu
Kasih...

Usah kau turutkan
Resah di hatimu
Usah kau kenangkan
Kisah lalu...

Derita kesedihan
Telah ku lupakan
Hulurkan tanganmu
Wahai sayang...

Akan ku dirikan
Mahligai impian
Dikaulah dewiku
Pujaanku...

Kembalilah wahai sayang
Ku rindukan kemesraan

Sinarilah cinta suci
Kasih...

~Jamal Abdillah~

Berita Ringkas

Lewat petang tadi aku mendapat satu berita yang agak menggembirakan di ofis. Melalui perbincangan bos-bos petang tadi dengan rasminya telah membuat keputusan untuk mentop-up (bahasa apa ni!) bayaran pas bulanan untuk parking sebanyak RM40. Bayaran pas bulanan adalah sebanyak RM60. Bermakna kami hanya perlu membayar RM20. Selebihnya ditanggung oleh company. Terima kasih bos kerana prihatin. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kami yang selama ini memang sudah sedia terbeban dengan kos-kos tersembunyi..


Inilah rupanya pas bulanan tu..

Wednesday 13 October 2010

Thank You, Friend

Thank You, Friend

Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me;
For concern and understanding
You give abundantly..

Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you..

Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain..

For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend..


Pure Delight

It's such a pleasure and a joy
To have a friend like you.
You always care, you're always there,
You say the right things, too!

You make me smile when I am low
You're just a pure delight.
We talk a lot about everything;
You make my life so bright!

I hope that I am giving you
Some joy and happiness,
Because you mean so much to me,
More than I can express!


p/s Thank you for this meaningful words to me.. so sweet to recall all those moments..

Tuesday 12 October 2010

Saya Dah Kena Kompaun...

Oppss.. jangan panik ye na.. ini baru kompaun parking! bukan saman PDRM, saman trafik, saman ekor, atau saman apa.. Sepanjang saya memandu saya tak pernah kena saman. Saya patuh semua undang-undang.. ye ke!

Tetapi baru-baru ini parking tempat saya bekerja yang selama ini percuma tiba-tiba kena bayar pulak sejak bermulanya bulan Oktober ini. Tempat parking tu adalah khusus untuk kebanyakan pekerja pejabat di bangunan berhampiran. Tidak tahu kenapa tiba-tiba perlu dibayar. Mungkin sudah tamat kontrak di antara pihak pemaju atau majlis. Disebabkan tempat itu percuma maka orang ramai dari sekitar kawasan tersebut turut 'menumpang' parking di situ walaupun terpaksa berjalan jauh ke pejabat atau premis mereka. Maka kawasan itu sentiasa penuh. Tapi bagi saya tiada masalah kerana saya memang datang awal. Namun sekarang tiada yang percuma lagi. Mulai dari tarikh tersebut semua tempat perlu dibayar. Mesin-mesin tiket parking telah sedia dipasang di kawasan tersebut. Jika tidak mahu bayar terimalah macam yang saya baru dapat ini.. hehe..

Bayaran bagi setiap satu jam adalah sebanyak 50 sen. Saya anggarkan tempoh kutipan adalah dari 9 pg - 5 ptg. Bermakna satu hari saya perlu memperuntukkan sebanyak RM4 bagi tempoh selama 8 jam. 5hr x 4minggu (anggaran) dah berapa tu.. Adoii.. bertambahlah bajetku..

Saya tidak mahu persoalkan tentang undang-undang yang telah ditetapkan. Cuma perlaksanaan undang-undang tersebut perlu mudah, efisien serta mesra pengguna. Yang menjadi masalah di sini adalah kelemahan yang ada pada mesin. Mesin hanya boleh menerima duit syiling. Tidak praktikal langsung untuk membayar sejumlah RM4 menggunakan duit syiling. Dan tidak semua orang mempunyai simpanan syiling yang banyak setiap hari. Sepatutnya mesin yang ada diganti dengan mesin seumpama di pusat-pusat membeli-belah yang boleh menggunakan wang kertas. Disebabkan kelemahan seperti itu maka ramai yang gagal membayar atau sengaja untuk tidak membayar.

Satu lagi kelemahan yang ada yang menjadi masalah di sini adalah perlaksanaan sistem meletak kenderaan. Taman Melawati adalah satu tempat di mana banyak pejabat-pejabat dan premis perniagaan beroperasi. Di sini juga menjadi tumpuan disebabkan terdapat bank-bank utama dan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Orang dari luar banyak tertumpu ke sini bagi membuat pelbagai urusan. Kawasan ini memang sentiasa sesak dan tidak kecukupan tempat parking. Bagi pemilik pejabat atau premis perniagaan pula berpendapat adalah tidak adil dan tidak berbaloi untuk membayar parking kerana pejabat dan premis itu adalah milik persendirian mereka sejak sekian lama. Malahan ada yang berpendapat biarlah sebanyak mana notis kompaun dikumpul mereka tidak akan membayarnya. Cukuplah dikenakan bayaran kepada mereka yang datang berurusan di situ sahaja. Tapi bagaimana mahu dipastikan siapa pemilik dan siapa orang yang datang berurusan? Orang yang datang memeriksa tiket hanya menulis notis kompaun pada kereta yang tidak mempamerkan tiket parking tersebut. Tidak kira kereta siapa.

Selain itu mereka waktu memeriksa tiket juga tidak menentu. Ada yang datang pagi, tengahari atau petang. Kalau hari hujan tak datang langsung. Kebanyakan mereka yang takut mendapat notis sentiasa berwaspada dan awas akan kehadiran pemeriksa tersebut. Jika nampak kelibat mereka waktu itulah masing-masing turun dari pejabat berebut mencari mesin untuk membeli tiket.

Kesimpulannya, perlu ada satu sistem yang lebih berkesan bagi membolehkan peraturan meletak kenderaan ini dapat dipatuhi. Selagi undang-undang tidak dikuatkuasakan dan tindakan yang lebih tegas tidak dikenakan, selagi itulah orang ramai tidak akan mengambil kisah undang-undang dan peraturan tersebut. Sehingga terdapat ura-ura baru-baru ini pihak PBT akan memohon untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang sebagaimana pihak JPJ yang tidak akan memperbaharui cukai jalan selagi kompaun atau saman tidak dijelaskan. Sehingga tiba masa itu, selamatlah bagi mereka yang tidak mempedulikannya... termasuk saya juga.. hehe...

Perlukah saya membayar kompaun seperti di atas?

Monday 11 October 2010

Gambar Lagi..

Posting kali ini adalah merupakan sesi bergambar di rumah along.. hehe.. Saja nak berposing di setiap sudut rumah barunya yang cantik dan berkonsepkan gaya english.

Layan saja..


Ruang tamu


Berhampiran ruang makan


Sisi ruang tamu


Ruang tangga menuju ke tingkat 2


Pintu utama


Sisi pintu utama belah kanan


Sisi pintu utama belah kiri


Pagar utama

Sunday 10 October 2010

Majlis Pertunangan Lagi

Majlis pertunangan adik kakcik, Ola berjalan lancar, sederhana tetapi meriah. Ramai tetamu yang datang memeriahkan majlis. Yang paling best makanan yang dimasak sendiri oleh ahli keluarga perempuan. Semuanya sedap-sedap belaka. Majlis berlangsung sehingga malam bersekali dengan open house untuk saudara-mara dan kenalan tuan rumah.


Pasangan yang secocok


Pelamin yang simple tapi cantik


Hantaran daripada pihak perempuan


Cenderahati untuk tetamu

Saturday 9 October 2010

Minggu Yang Sibuk

Minggu ini ada program lagi. Selepas balik cuti raya memang tak ada kesempatan lagi nak berehat kat Melati. Ada saja program yang memang telah dirancang dan menanti. Minggu ini aku akan berada di Klang. Rumah adik beradik. Majlis pertunangan adik kakcik akan berlangsung pada tarikh yang cukup cantik - 10.10.10 di Taman Bunga Melur, Klang. Kehadiranku adalah bagi memenuhi jemputan dan membantu serba sedikit dalam membuat persediaan bagi majlis tersebut. Sampai di Klang jam 6 lebih. Lambat sikit keluar sebab banyak benda yang dikemas kat rumah. Maklumlah asyik balik malam saja lately. Rumah pun kelihatan tak teratur. Puas hati dapat kemas bilik, sapu sampah, mop lantai, kemas dapur, kemas ruang makan, buat filing, cuci bilik air. So, keluar rumah dengan hati yang senang.

Ramai juga adik beradik yang datang membantu. Mak dan abah pun ada juga. Kiranya meriah macam majlis kat kampung minggu lepas.

Friday 8 October 2010

Untuk Kenangan

Entah kenapa hari ini terasa mahu bergambar puas-puas dengan teman-teman di ofis. Gambar-gambar ini diabadikan sebagai kenangan manis yang pernah dilalui bersama teman2 di VCSB.

Layan jer...

Open House Saya

Hari ini, 08 Oktober 2010 bersamaan 29 Syawal 1431H, adalah hari terakhir umat islam meraikan syawal. Maka berakhirlah segala macam program rumah terbuka yang diadakan tidak kira di rumah, pejabat, dewan, hotel dan sebagainya. Sebulan ni penuh dengan aktiviti makan-makan saja. Sampai dah senak perut makan ketupat, rendang, kuah kacang, lontong, sate, laksa, mee kari, mee rebus, bihun dan segala bagai jenis makanan yang terhidang. Walau apapun semua juadah itu adalah sebagai pelengkap majlis sahaja. Tujuan utama rumah terbuka adalah bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama insan setelah masing-masing sibuk dengan urusan kehidupan seharian. Rumah terbuka adalah masa dan tempat yang paling sesuai untuk bertemu dan beramah mesra setelah lama tidak berjumpa.

Alhamdulillah... semalam aku sempat menghabiskan puasa sebanyak 6 hari. Tapi belum abis lagi. Ada baki lagi yang perlu diganti.. biasa la tu.. So.. sempena hari terakhir syawal hari ini aku menyediakan sedikit juadah untuk dibawa ke ofis. Kiranya ini open house saya la.. hehe.. Jadi, sebaik sahaja datang ke ofis pagi ini kami sama-sama menikmati juadah yang berupa nasi impit, kuah kacang ayam, puding koktil, biskut2 dan air nescafe panas. Aku dengan rela dan terbuka hati melayan 'tetamu' yang ada.. cheh.. Hanya kami2 saja yang ada dan bos2 tidak termasuk dalam 'jemputan'.


Nasi impit


Kuah kacang


Puding koktil


Antara tetamu jemputan saya


Tetamu jemputan saya yang tak berapa ramai

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin