Tuesday 31 August 2010

Selamat Hari Merdeka Ke 53

Hari ini, 31 Ogos 2010 bersamaan 21 Ramadan 1431H adalah hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia Ke 53. Tema bagi tahun ini adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Selamat Hari Merdeka Ke 53.

Monday 30 August 2010

Rehat Lagi..

Hari ini tak ada aktiviti khusus.. pagi cuci pakaian dan tengahari basuh kereta.. selebihnya rehat, sembang dan tolong mak masak.. hari ni masak simple saja - kari ikan bawal, ikan kembung goreng, air asam.. mak buat kuih kalakatar.. kuih tradisi orang banjar..

Agak sunyi sikit sebab masing-masing dah balik.. tinggal aku, uda dan arish saja yang masih tinggal..

Esok dah nak balik semula ke KL.. sekejap saja rasanya cuti.. tapi tak lama lagi akan balik kampung semula untuk cuti panjang sempena aidilfitri.. bestnya.. setahun sekali.. saat yang dinanti..

Aku, Dia dan Lagu - 1




Di sini Pasti

Terbangkitlah mentari
Purnama kesiangan hari
Aku masih di sini
Meratap cinta yang abadi

Ku terkenangkan
Cinta yang silam
Yang terbina dari dua jiwa suci
Tak ternoda
Walaupun ku cuba melupakan
Ku tak berdaya

Mengapa oh kekasih
Dirimu yang terpilih
Menyambut lambaiannya
Waktu ku tiada berteman

Mungkinkah kau dan aku
Bisa kan bertemu
Bercinta bagai dulu
Kekal untuk selama-lamanya

Sesungguhnya hanya Dia
Yang mengerti

*U-Topia*

Shopping di Sg Besar

Hari ketiga cuti di kampung.. aktiviti hari ini shopping di Sg. Besar dengan bang mat, kak midah, yah dan uda.. budak-budak semua tinggal.. gerak dari rumah pukul 12 tengahari.. masuk kedai, keluar kedai, beli apa yang dirancang dan tak dirancang.. duit pun keluar macam air.. orang agak ramai.. masing2 sibuk nak cari barang untuk keperluan hari raya yang bakal tiba tak berapa lama lagi.. sempat juga singgah belikan mak kuih bahulu kat Parit 7.. balik tu terus ke TK pulak.. singgah ke bazar ramadan.. beli kuih-muih serba sedikit..

Hari ni meriah.. ada bang mat sekeluarga, yah sekeluarga, aziz sekeluarga, uda, hafis dan termasuklah saya yang menulis ni.. bang lim sekeluarga sampai lepas dah buka.. hari ni mak masak ayam masak tomato, kerabu dan goreng ikan rebus..

Saturday 28 August 2010

Rehat di Kampung

Alhamdulillah.. sekarang telah ada di kampung.. malam tadi sampai pukul 12 tengah malam.. Petang semalam gerak dari Taman Melati pukul 3 dan terus ke PlazaAlam Central. Sempat shopping beberapa barang. Buka puasa (tak puasa pun) di Uptown Shah Alam dengan uda, yah dan famili.. Pukul 10. 15 malam baru gerak balik kampung.. Dalam perjalanan kenderaan agak banyak. Mungkin ramai yang nak balik kampung juga. Ramai yang sambung cuti hari isnin seperti aku. Kiranya lama juga cuti sampai hari selasa..

Di kampung.. bulan puasa sebelah pagi biasanya rehat sajalah.. nak masak pun awal lagi.. sembang2, kemas2.. rehat2.. buat apa yang perlu.. uda dah sibuk cari pelepah sawit nak pasang pelita malam nanti.. abah pulak nak pasang lampu kelip-kelip yang aku baru beli kat KL hari tu.. wah.. mesti nampak bercahaya keliling rumah dengan pelita dan lampu yang berwarna-warni..

Hari ni mak buat kuih seri muka dan juadah istimewa nenek buat murtabak pisang.. bulan puasa macam2 kuih boleh jumpa.. kalau kat bazar tu yang selama ni tak nampak batang hidung, bila masuk bulan puasa baru nampak.. itulah antara istimewanya bulan puasa.. meriah dengan makanan.. tapi seronok tengok sajalah.. nak beli tu tak la sangat..

Thursday 26 August 2010

Cuti Panjang

Di ofis hari ini agak sibuk. Disebabkan esok ofis cuti semua kerja sebolehnya dibuat, disiap dan dihantar hari ini. Alhamdulillah, cuti hari isnin juga dah lulus. Tugas di ofis juga dapat disempurnakan. Bolehlah balik kampung dan cuti panjang dengan hati yang lapang..

Hari ni sudah hari ke 16 puasa. Tinggal lagi 2 minggu Syawal akan tiba. Lagu-lagu raya juga telah mula kedengaran di radio. Masing-masing dah mula memikirkan plan dan persiapan untuk Aidilfitri kelak. Bila nak cuti, nak order kuih, baju raya, duit raya, hiasan rumah, itu dan ini. Dan sudah pastilah semua itu melibatkan kos yang bukan sedikit. Tahun ini tak tahulah sama ada bos akan bagi duit raya atau tidak sebab baru hujung bulan 6 dapat bonus. Tahun lepas bos bagi RM1k duit raya. Harapnya dapatlah juga tahun ni.. At least boleh cover untuk expenses semua tu..

Esok.. bermacam2 plan yang terlintas di fikiran. Tapi belum pasti sama ada nak buat atau tidak. Tengok keadaan macam mana..

p/s sedih hati ini melihatkan namanya ada di situ..

Wednesday 25 August 2010

Tips Menolak Permusuhan

Maafkan, tanpa mengira pihak siapa
yang benar atau salah..

Jika tidak mampu memaafkan, cepat
berlalu dan diam, tanpa membalas..

Kenangkan detik-detik manis atau
kebaikan yang pernah dilalui bersama
dengan 'musuh' kita itu..

Muhasabah hubungan kita dengan
Allah. Mungkin Allah mendidik kita
melalui karenah musuh kita itu..

Sedarlah, kita hanya hamba, penuh
kekurangan dan kesalahan. Kita
layak disakiti, disalahtafsirkan dan
sebagainya..

Sumber: Solusi

Tuesday 24 August 2010

Sorry.. I Really Am..

I can't explain why..
sometimes I say things..
that cause you pain..
for you are the one person..
in the world I care for..
above all others..
So, I am hoping you can find..
it in your heart..
to forgive me because..
I love you so much...
Sorry... I really am..

Sibuk Terlampau..

Datang kerja hari ini terus sambung kerja semalam yang tertangguh.. Edit dan print surat dan report. Bila bos masuk stop semua kerja dan sambung dengan update profile semalam yang tak sempat siap. Edit, insert, copy, cut, paste, compile semua ada.. Akhirnya siap juga dan bos puas hati setelah melihat hasilnya. Selepas emel sudahkan kerja lain serba sedikit. Keluar ofis jam 5.35 petang. Terus ke bazar ramadan.

Banyak kerja yang tertangguh hari ini dan akan disambung esok. Terasa amat letih hari ini.. Letih berfikir..

Monday 23 August 2010

Puasa Hari Ke 13 - 23.08.2010

Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke 13 berpuasa. Tidak terasa masa berlalu. Walaupun berpuasa urusan kerja dan rutin harian tetap seperti biasa. Cuma suasananya berbeza. Balik kerja awal. Lepas tu sediakan juadah untuk berbuka seala kadar saja. Beli tak banyak mana tapi tak pernah habis. Kadang rasa kesal juga terpaksa buang banyak makanan yang berlebihan tak habis dimakan tapi nak buat macamana. Memang makan tak banyak mana. Waktu sahur lagi la tak lalu makan sangat. Cukup sekadar minum susu, milo atau nestum dan makan kebab, roti, kuih atau biskut saja. Sekadar alas perut. Yang utamanya adalah disunatkan bagi kita bersahur..

Hari ini di ofis sibuk mengupdate profil syarikat. Dah agak lama profil tak update. Boss said, he need to submit the profile tomorrow. For such a big project. Mudah-mudahan berjaya. Disebabkan itu kerja lain tertangguh dan terpaksa dibuat esok..

Minggu ini kerja cuma 4 hari. Hari Jumaat cuti Nuzul Quran. Disebabkan ofis memilih mengikut Selangor maka kami juga bercuti. Aku bercadang untuk menyambung cuti hari Isnin dan bermakna akan dapat 5 hari cuti. Dont worry.. baki cuti tinggal 34 hari..

Hari ini tidur awal..

Sunday 22 August 2010

Somebody Cares About You..

Somebody cares
if your day's going right..
Somebody cares
if your outlook is bright..
Somebody cares
if your skies are all blue..
If the wishes and dreams
in your heart all come true..
Somebody hopes
that day in and day out..
You'll always have lots
to be happy about..
And somebody thinks
you're as dear as can be..
I'm sure of all this
for that somebody's me..
You're special
Take care..

Pesan Mereka...

Teringat balik cerita lama.. Dulu-dulu masa sekolah bila nak cuti panjang mulalah masing2 sibuk minta tulis autograf sebagai kenangan. Dalam autograf tu macam2 yang ditulis, siap tampal gambar dan macam2lah. Memang kreatif masing-masing. Habit tu aku sambung sampai ke alam bekerja. Walaupun situasinya tak sama tapi tujuannya serupa. Waktu nak berhenti kerja (tahun 1994) aku minta teman-teman satu ofis menulis nota di buku autograf sebagai kenangan. Sesekali bila teringat kisah lama aku akan buka dan baca balik buku itu lalu tersenyum sendiri.. Sebelum kekal lama di tempat sekarang aku pernah bekerja di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Satu di syarikat perunding kejuruteraan, Vast Consultants Sdn Bhd (VCSB) dan satu lagi syarikat pemaju perumahan, TTDI Development Sdn Bhd (TTDI). Aku petik di sini antara beberapa nota yang tertulis di dalam buku tersebut.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
boleh dilihat dari pelbagai sudut. Walau apapun;
Lihatlah dengan positif;
Fikirlah dengan positif;

Lakukanlah dengan positif &
Rancanglah dengan positif
Selamat Maju Jaya

Ir. Mohamad
Pengarah, VCSB

(Bos No. 2 VCSB.. yang cool orangnya tapi
kalau dia marah makan dalam)

______________________________________________________

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Ana dagang bertempat
Dagang hamba dagang merempat

En. Zul
Jurutera

(Memang suka bergurau En. Zul ni.. Selalu usik dia,
tak balik Kg Ekor Lambat ke? Pelik nama kg kat Perak)
_____________________________________________________

All the best for you. Hope you will enjoy with your new job.

Sharifah Norhuda
(Pelajar praktikal dari UTM)
_____________________________________________________

Sentiasalah ingat
1) Dari mana
2) Hendak ke mana
3) Apa tujuan

Oleh itu untuk capai cita-cita dan impian anda
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

En. Kamal
Jurutera
(Jurutera projek tembok pagar keselamatan sempadan
Malaysia - Thailand.. orang Terengganu kite)
______________________________________________________

Good luck in your career and whatever you do.
Remember, everything is possible if you work for it!

Pn. Aniza
Engineer
(Pernah menjadi bos no. 3 beberapa tahun kemudian
tapi jodohnya dengan VCSB tak panjang)
_____________________________________________________

Thank you so much for serving me. You'll make a good
secretary one day. Ensure that you have your plans to guide
you through this life to make things happen.
Life is so rich, so reach that.. you must not waste
a single moment. Good luck & take care.

En. Ahmad Fuad
AHR Manager, TTDI
(Bos ku.. yang baik.. pernah minta supaya aku menarik
balik surat perletakan jawatan)
_____________________________________________________

Wherever you go - be yourself - (a person whom I've known for
only a short period), who is sweet, soft spoken and patient.
All the best in your future undertakings & do keep in
touch if you still happen to remember me..

Kak Nani
Secretary to GM
(Someone is very nice to me)
____________________________________________________

Wishing you all the best either in career and your lifelihood.
Having you for about a month in our department
is something to be remembered.
I'm impressed of your fast learner and hardworking
with our AHR Department. Keep it up whenever
you go or when you join other company.


Kak Laila
AHR Executive

(Nice person.. always there to guide whenever i need)
____________________________________________________

Nice knowing you, but only for a short time. Anyway,
you can always contact me whenever you are free.
Please keep in touch.

Kak Nurul
Internal Audit Executive
(Yang cantik dan lembut orangnya)
____________________________________________________

Your stay here with TTDI is too short. I wish you would have
stayed longer. But anyway you've to move on. I wish you
the best of endeavour and hope you'll keep in touch.

Teoh
AHR Executive

(Very nice and hardworking person)
__________________________________________________

Itulah serba sedikit yang dapat dicatatkan. Kenangan awal-awal waktu bekerja dahulu. Masa berlalu tahun demi tahun. Ingin sekali bertanya khabar di mana mereka semua kini tapi tidak tahu di mana. Walau apapun diharapkan semuanya berbahagia dengan kehidupan yang dilalui..

Saturday 21 August 2010

Hujung Minggu Yang Ditunggu..

Hujung minggu memang hari yang ditunggu-tunggu sebab cuti dan dapat rehat. Tapi rehat dari bekerja je. Kekadang hujung minggu lebih sibuk dari hari kerja. Kekadang hujung minggu lebih letih dan penat dari hari kerja. Keluar, ke sana, ke mari, balik kampung, jalan-jalan, shopping, gi rumah adik-beradik.. itulah antara aktiviti yang selalu dibuat hujung minggu. Kadang keluar rumah pagi sabtu dan sampai ke rumah semula tengah malam isnin. Esoknya dah nak kerja balik.. Betapa letihnya.. Tapi, kalau hujung minggu tak keluar pun bosan juga.. Bila dah habis buat kerja rumah - lipat kain baju, cuci pakaian, sapu sampah, mop lantai, kemas dapur dan sebagainya, dah tak tau nak buat apa.. tengoklah tv atau tidur.. tu pun tak lama juga.. mesti rasa nak keluar.. dapat gi kedai pun ok.. teruk sangatlah..

Hari ini.. lepas cuci kereta pergi Sungai Buloh.. ada urusan yang tertangguh sejak lama.. Baru hari ini dirasakan masa yang betul-betul tepat dan sesuai nak buat.. Alhamdulillah.. terlaksana..

My friend, Salawati from Seri Kembangan datang buka puasa kat rumah dan tidur sini. Tak sempat nak masak sebab balik dari Sungai Buloh dah lewat. Beli saja juadah untuk buka puasa..

Friday 20 August 2010

Cuti

Hari ini terpaksa ambil cuti untuk buat beberapa urusan rasmi. Semuanya berkaitan dengan Vanessa. Jam 9.30 pagi gerak ke Pandan Indah. Selepas itu terus ke Gombak. Urusan di sana selesai dalam 11.10. Balik ke rumah semula. Pukul 12 ambil LRT ke KL pulak. Turun di stesen Dang Wangi. Nasib baik senang saja nak cari tempat tu. Urusan selesai dekat jam 1. Alhamdulillah semua urusan hari ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Disebabkan masih awal aku ambil keputusan jalan-jalan sekitar Jalan Masjid India. Saja nak tengok kemeriahan bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri. Waktu itu orang lelaki tengah sibuk nak solat Jumaat. Disebabkan ruang masjid India tu tak mencukupi, ruang kaki lima kedai dan laluan sekitar bazar digunakan untuk solat. Aku singgah Mydin dan beli barang sikit. Dalam perjalanan balik ke LRT singgah tempat orang jual brooch. Nampak cantik dan beli. Then balik..

Hari ini berbuka sorang-sorang. My housemate balik rumah kakak dia dari semalam. Malam ini rehat saja sambil tengok tv..

Thursday 19 August 2010

Orang Kelantan Ke?

Inilah persoalannya.. Adakala aku tersenyum sendiri. Sudah lebih bilangan jari sepuluh orang mengatakan aku orang kelantan. Waktu aku mula-mula bekerja dahulu salah satu tugasku menjawab panggilan telefon. Bila bercakap lama sikit dengan pemanggil ramai yang bertanya, "orang kelantan ke?" Waktu mula-mula tu aku tak rasa apa. Terus terang aku mengaku aku orang selangor walaupun lahir kat perak dan pemegang mykad xxxxxx-08-xxxx. Tapi bila dah ramai sangat yang bertanya begitu aku jadi hairan dan pelik. Aku tanya balik orang yang soal tu.. "kenapa kata saya orang kelantan?" Padahal tak pernah jumpa pun. Rupa-rupanya cara aku cakap gaya orang kelantan.. sebiji-sebiji kata mereka.. dan lagi lembut sangat.. Ada satu ketika, ketika interview, orang yang interview tu (akhirnya ambil aku bekerja walaupun aku tak lama kat situ) tanya soalan yang sama. Aku tergelak je..

Baru-baru ni masa pergi kenduri sambut puasa kat Melati, ada seorang perempuan tanya soalan tu lagi. Aku dah tak hairan tapi aku tanya balik kenapa kata macam tu? Sebab yang sama.. dan lagi katanya sebab wajahku macam orang kelantan dan kulit putih. Wah.. macam tu pulak.. Aku rasa macam tak sesuai sebab aku tak macam tu. Orang perempuan kelantan memang diakui comel-comel dan lawa-lawa dan kulit masing-masing putih bersih..

Sayangnya aku tak pandai cakap kelantan walaupun punya ramai kenalan dari kelantan. Malahan adik ipar juga orang kelantan. Kalau cakappun rasa pelik bunyinya dan orang boleh agak bukan kelantan pure.. Kalau tak dah tentu aku boleh dapat harga murah kalau shopping kat sana. Walau apa pun aku tak kisah langsung orang cakap macam tu. Orang kelantan ke, perak ke, selangor ke.. aku orang malaysia. Orang yang menilai tentu punya alasannya. Aku hanya jadi diri sendiri.. dan sentiasa cuba untuk memahami dan menjaga hati orang lain sebaiknya..

Wednesday 18 August 2010

Hujan oh Hujan...

Waktu catatan ini dibuat hujan sedang turun dengan lebatnya. Bulan puasa kali ini cuaca begitu sejuk. Mana tidaknya.. boleh dikatakan hampir setiap hari hujan turun. Tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Tidak menentu. Tapi biasanya belah petang meleret sampai ke malam. Bila hujan waktu petang tu yang buat orang kalut. Maklumlah masing-masing tengah sibuk nak balik dari kerja dan kemudian nak membeli juadah untuk buka puasa di bazar. Bagi peniaga pulak ini ujian buat mereka. Adakala juadah yang dijual tidak habis, ada yang terkena hujan. Pelanggan pun mungkin kurang waktu hujan. Memang kena banyak sabar.. Walau apapun hujan adalah rahmat. Bersyukur dan bersabarlah dengan apa juga keadaan yang kita hadapi..

Tuesday 17 August 2010

Puasa Dulu-Dulu

Hari ni mahu menulis kenangan puasa dulu-dulu. Zaman masa kecil. Banyak perbezaan puasa dulu dengan sekarang. Aku mula puasa seawal usia 6 tahun. Tapi tidak penuh sebulan. Waktu sekolah rendah aku puasa tapi waktu itu agak nakal sikit. Selalu mintak dengan mak nak buka puasa. Entah kenapa bila pergi ke dapur nampak makanan yang ada tak boleh tahan. Mak memang marah tapi aku tetap meminta dengan mak. Sudahnya mak tak boleh larang lagi. Dah memang niat aku nak buka puasa. Jahat sungguh aku..

Satu perkara yang aku masih ingat.. dan sudah tidak ada lagi sekarang.. dulu-dulu waktu petang kami akan bertukar juadah dengan jiran-jiran terdekat. Biasanya kuih-muih. Akulah selalu yang disuruh emak menghantar kuih ke rumah jiran. Kekadang sampai 2-3 buah rumah. Bila tiba waktu buka, penuh juadah buka puasa dengan kuih-muih. Itulah meriahnya puasa dulu-dulu yang tidak ada lagi masa kini..

Satu lagi kenangan.. dulu-dulu di kampung budak-budak akan main meriam. Macam-macam jenis meriam yang dibuat sendiri. Ada meriam tin yang ditanam dalam tanah, meriam buluh dan paling hebat sekali tentunya yang dibuat daripada gelung konkrit. Budak-budak kampung akan berlawan siapa yang paling kuat bunyi meriam. Wah.. memang gamat satu kampung waktu petang hingga malam bila masing-masing berlumba bunyi meriam. Waktu itu aku hanya melihat dari jauh abang-abangku bermain. Tak berani nak dekat..

Dulu-dulu tiada halangan bermain mercun macam sekarang. Jadi macam-macam jenis mercun dan bunga api ada. Selalunya lepas buka baru main mercun. Di samping meriam bunyi mercun juga memang gamat satu kampung..

Itulah serba sedikit kenangan puasa dulu-dulu. Semuanya hanya tinggal kenangan. Walaupun telah lama berlalu ianya tetap manis untuk dikenang..

Monday 16 August 2010

Catatan Isnin - 16.08.2010

Alhamdulilah.. hari ini sudah masuk hari ke 6 berpuasa. Sekejapnya masa berlalu.. Sudah hampir seminggu berlalu namun tidak terasa puasa yang dilalui. Sabtu dan Ahad lepas balik kampung buka puasa bersama mak abah. Walaupun tak ramai yang balik mak tetap masak juadah yang istimewa. Mak dan abah tak begitu sihat tapi masih berusaha untuk menyenangkan hati anak-anak. Abah sejak ada jawatan tok siak kat masjid agak sibuk. Lebih-lebih lagi bulan puasa. Belum masuk waktu buka sudah pergi ke masjid menguruskan apa yang perlu. Hinggalah orang habis tarawih dalam pukul 11 lebih baru abah balik. Esok subuh pergi lagi. Awal pagi pergi lagi kemas-kemas. Boleh dikatakan semua waktu solat abah ada di masjid. Masjid dah jadi rumah kedua abah. Kesian juga kat mak.. sorang-sorang kat rumah. Tapi nak buat macam mana, dah tugas abah.. Sekurang-kurangnya masa abah terisi kerana abah memang tidak betah duduk saja. Ada saja kerja yang dia nak buat.

Semalam sempat lagi buka puasa kat kampung. Gerak balik pukul 8.40.. Hantar Arish balik Klang. Sian dia.. tak sihat tiba-tiba. Singgah pulak Shah Alam hantar Amirul dan Amin. Dah settle semua baru balik KL jam 11.10. Jalan masih sibuk dengan kenderaan walaupun dah lewat. Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai. Sampai KL dekat pukul 12. Laju juga bawa kereta. Terasa amat letih dan mengantuk sangat.

Pagi tadi tak terbangun sahur. Alarm pun tak dapat membantu. Mungkin sebab letih sangat. Pergi kerja macam biasa. Hari ini tak berapa sibuk. Tugas kritikal dah selesai. Do filing and recording correspondences. Balik singgah kat bazar Taman Melawati.

Hari ni nak tidur awal. Rasa tak cukup rehat.

Friday 13 August 2010

Hari Ketiga Puasa - 13.08.2010

Hari ini kesibukan yang melampau di ofis. Dokumen untuk submission perlu disiapkan hari ini. Lepas satu, satu yang perlu dibuat. Agak kalut juga walaupun keadaan masih terkawal. Alhamdulillah.. siap juga akhirnya sebelum balik hari ini. Lega yang teramat.

Keluar dari ofis dekat pukul 5. Hujan telah turun dengan lebatnya. Redah saja. Jalan MRR2 agak sesak hari ini. Sampai rumah, terus mandi dan solat. Then ke bazar Melati. Hujan masih tidak berhenti. Macam semalam orang ramai kalut membeli juadah untuk buka puasa. Disebabkan hari Jumaat ada pasar malam, gerai jualan agak banyak dari biasa. Hari ni malas nak masak.. beli nasi berlauk, kebab, ayam goreng dan air tebu. Dah masuk hari ketiga puasa tapi tidak terasa letih atau lapar. Mungkin sebab sibuk di ofis.

Suasana sejuk malam ini. Malam ni tak pergi tarawih. Tak sabar nak tunggu esok. Nak balik kampung dan buka puasa bersama famili. Agak lama tak balik.. rasa rindu pada mak, abah dan kampung halaman.

Thursday 12 August 2010

Hari Kedua Puasa - 12.08.2010

Di ofis terlalu sibuk hari ni.. masa rasa singkat sangat.. syukur.. satu submission telah dibuat hari ini.. tinggal satu lagi dan akan disambung esok..

Lepas kerja terus balik ke rumah.. solat then ke bazar Melati. Sampai di bazar tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Semua orang bertempiaran cari tempat berlindung. Tuan punya gerai makanan kalut menutup makanan jualan. Ada yg terkena tempias hujan. Ramai orang basah kuyup walaupun setengahnya pakai payung sebab hujan terlalu lebat ditambah dengan angin kuat bertiup. Nasib baik aku bawa payung. Walaupun terkena hujan sekurang-kurangnya masih boleh jalan di tengah hujan. Sempat beli ikan kembung percik, kuih 2 ketul dan mee goreng. Sudah membeli terus balik.. Hujan masih lebat. Kesian betul mereka yang masih berteduh.. terpaksalah tunggu hingga hujan reda..

Balik rumah terus mandi sebab baju dah lencun kena hujan.. Lepas tu masak nasi dan buat sambal telur. Simple je juadah hari ni.. Tu pun tak habis juga..

Lepas maghrib, pergi solat tarawih dengan housemate kat masjid Salehudin Ayubi Taman Melati. Alhamdulillah.. dapat juga solat tarawih kat masjid. Ramainya orang solat. Penuh ruang masjid. Kami buat 8 rakaat saja dan lepas tu balik. Ramai yg tamatkan solat selepas rakaat 8 walaupun imam teruskan solat. Mungkin di sini buat sampai 20 rakaat.

Balik rumah sambung witir 3 rakaat. Alhamdulillah.. Sempurna sudah hari kedua puasa..

Wednesday 11 August 2010

Hari Pertama Puasa - 11.08.2010

Agak sibuk kat ofis hari ni. Prepare document for submission to authority. Rasa masa pun cepat berlalu. Bulan puasa masuk jam 8.00, balik 4.30. So, masa kerja dah jadi pendek dan kena gunakan masa sebaiknya.

Lepas kerja teringin nak tengok apa yang ada kat bazar Taman Melawati. Masih ada gerai-gerai yang kosong. Orang agak ramai dan sesak. Pusing-pusing terjumpa gerai Tauhu Anura. Juadah favorite sejak dulu. Dari harganya 50 sen dulu sampailah 1.50 seketul sekarang. Saiz tak berubah.. harga je meningkat. Tapi orang tetap beli kalau memang sedap. Sempat juga beli agar-agar pelbagai perasa. Tengok semua sedap.

Balik rumah.. lepas solat pergi pulak bazar Taman Melati dengan housemate. Ramainya orang. Selama ni tak pernah nampak kalau pergi pasar malam. Tapi hari ni macam-macam wajah ada. Semua keluar masa ni. Masing-masing kelihatan kalut membeli. Disebabkan hari bekerja orang mungkin tak sempat nak masak. Jadi harus membeli juadah untuk buka. Kat sini, beli nasi ayam dengan air tembikai pulak. Sempat juga beli bihun goreng.. wah! melampau betul.. semua nak makan.. padahalnya nanti ke tong sampah perginya.

Alhamdulillah... puasa hari pertama sempurna sudah. Mulai esok kena plan dengan bijak apa yang nak beli dan makan supaya tidak membazir. Membazir kan amalan syaitan.

Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadan 1431H

Ramadan datang lagi..

Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT kita semua akan mula berpuasa pada 11 Ogos 2010, hari Rabu. Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik dan dapat kita menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Mudahan-mudahan bulan yang mulia ini meningkatkan lagi keimanan dan kesyukuran kita di atas segala kurniaanNya.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa.

Saturday 7 August 2010

Nota Kecilku..

Assalamualaikum wbt.

Setelah setahun blog yang dibina dengan bantuan oleh seorang sahabat ini berehat baru kini penulis bersedia untuk menulis bersempena dengan kedatangan Ramadan Al Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi.

Walaupun blog ini adalah blog peribadi penulis namun apa yang dipaparkan adalah tidak terhad kepada perkara yang melibatkan peribadi penulis sahaja. Apa saja cerita, pandangan, pendapat, perkara tentang perjalanan kehidupan juga akan ditulis mengikut kesesuaian. Penulis akan menulis mengikut cara dan gaya yang bebas dan segala apa yang tertulis adalah dari catatan dan idea dari penulis sendiri. Anda yang membaca adalah dialu-alukan untuk meninggalkan sebarang komen sama ada setuju atau tidak, sama ada suka atau tidak.

To Mr. Isac - I would like to take this opportunity to extend my appreciation for helping me to develop this blog. I have done some editing to the layout to make it pleasant as my wish. Thank you so much again for your assistance.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin