Monday 11 July 2011

Melawat Rakan di Banting

Hujung minggu lepas iaitu pada 09 Julai 2011, aku dan beberapa orang teman di Group SMVKlang membuat kunjungan ke rumah seorang rakan daripada kelas Automatif iaitu Anuar Draman di rumahnya di Kg. Sg Buaya, Banting. Rakan ini telah terlibat dengan kemalangan jalanraya sewaktu masih di bangku sekolah. Kunjungan ini dibuat bagi melihat sendiri keadaannya di samping menghulurkan sedikit sumbangan yang dihulurkan oleh ahli2 group.

Kehadiran kami disambut baik oleh Anuar dan keluarganya. Mereka begitu berbesar hati menerima kehadiran kami. Kami diberikan layanan yang cukup mesra dan menyenangkan. Siap dijamu dengan makan tengahari dengan lauk-pauk yang enak, buah-buahan serta bubur durian. Kelihatan mereka begitu terharu dengan kedatangan kami, kawan2 sekolah Anuar 21 tahun dahulu.

Alhamdulillah.. program kami berjalan lancar seperti dirancang. Seronok rasanya dapat melakukan aktiviti amal seperti ini. Sebelum balik kami sempat mengabadikan kenangan bersama Anuar.









LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin