Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Salam Ramadan 1433H

Alhamdulillah.. Ramadan datang lagi. Tahun ini 1 Ramadan 1433H jatuh pada 21 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu.  Syukur kerana aku masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa lagi pada tahun ini.  Mudah-mudahan ibadah puasaku dapat dilakukan dengan sempurna, dengan penuh keikhlasan, ketenangan dan kesabaran.  Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan dan kebaikan yg dilakukan di sepanjang bulan yg penuh keberkatan ini. Aminn.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
DAN
SELAMAT BERPUASA

Thursday, 9 September 2010

Ramadan Terakhir

Ramadan telah sampai ke penghujung. Hari ini hari terakhir kita berpuasa di bulan ramadan. Bulan yang menguji kesabaran umatnya, bukan setakat menahan lapar dan dahaga malahan mengajar kita supaya menginsafi diri dan berusaha mengingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan segala amalan dan kebaikan yang kita lakukan di sepanjang bulan yang mulia ini diterima dan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Amin.

Hari ini sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari raya esok. Pagi ini sambung kemas rumah dan apa yang perlu. Kemudian anyam ketupat dengan uda. Awal petang keluar ke TK shopping beberapa barang keperluan dan ambil baju yang ditempah. Balik tu.. sibuk pula kemas di bahagian dapur dan sediakan juadah untuk buka puasa.

Abah dah masak ketupat petang tadi.. Mak pulak cakap nak masak rendang awal pagi esok. So, malam ini berehat sajalah sambil bersembang adik beradik dan tengok tv. Meriah bila berkumpul ramai-ramai begini. Uda ambil tender gosok baju. Lagi relakslah nampaknya.. hehe..


Persiapan menjelang raya

Monday, 6 September 2010

Satu Kisah Di Bazar Ramadan..

Ramadan hampir sampai ke penghujung.. Pantasnya masa berlalu.. Hari ini sudah hari ke ke 27 berpuasa. Ramai yang telah mula bercuti, ditambah dengan cuti sekolah yang bermula minggu ini. Insyaallah adilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010.

Bila dah hujung-hujung puasa, tumpuan orang kebanyakannya lebih terarah kepada menyediakan persiapan utk hari raya. Macam2lah yang nak dibeli, disediakan sempena hari raya ini. Terpulanglah kepada bajet masing2.

Namun aku bukan nak cerita tentang itu sangat.. Kisah yang nak diceritakan sebenarnya begini... siang tadi selepas membeli juadah untuk berbuka ketika dalam perjalanan balik tiba2 aku dikejutkan dengan tangisan seorang budak perempuan yang tiba2 berlari ke arah ku sambil menangis dan berkata "kakak.. boleh tak nak pinjam handphone?" aku terkejut, dan terus bertanya kenapa.. katanya.. "saya nak call mak saya, mak saya hilang" Ya Allah.. macam mana blh jadi mcm tu? aku tanya.. dia kata, dia tengah beli kuih, selepas itu tiba2 mak dia hilang dari pandangan.. dia pun panik dan tak tentu arah.. aku pun hairan.. macam mana boleh jadi macam tu.. salah siapa.. terasa lucu pun ada jugak.. selalu mak yang hilang anak.. ni anak hilang mak.. kasihan aku melihat keadaan dia menangis macam tu.. kelihatan takut sangat kehilangan mak dia.. aku pujuk dia dan cakap akan tlg dia cari mak dia.. budak ini kelihatan bijak.. dia blh jawab semua soalan ku dengan baik.. ingat no. telefon mak dan ayah dia.. malah ingat no. kereta mak dia.. malangnya hari ini aku tak bawa telefon.. aku dah pegang masa di rumah tadi nak bawa, tapi disebabkan hujan rasa malas pulak.. takut payah nak pegang dengan payung lagi, makanan, beg duit.. rupanya ada cerita pulak akan berlaku.. lalu aku pun bawa dia cari public phone di kawasan berhampiran.. dua phone yang dijumpa tak berfungsi.. nasib baik yg ketiga boleh diguna.. mulanya aku dail no. mak dia tapi tak berjawab.. aku yakin mak dia tengah panik cari dia.. then aku dail no. ayah dia dan beritahu di mana dia berada.. sementara tunggu mak dia sampai aku sempat bertanya umurnya dan tinggal di mana.. baru 9 tahun dan tinggal di Sg. Pusu, Gombak... malang sekali aku lupa untuk bertanya namanya... tak lama kemudian ibu saudaranya sampai dan berkali2 mengucapkan terima kasih kepadaku.. aku ceritakan serba sedikit kronologi yang berlaku.. selepas mereka pergi aku pun balik.. syukurlah dia dah selamat kembali ke pangkuan keluarganya.. mungkin mak dia akan ambil pengajaran selepas daripada itu supaya lebih prihatin.. dengan kejadian kehilangan anak yang kerap berlaku sekarang dan kesan yang akan ditanggung, aku pasti semua keluarga pun tidak mahu perkara seperti itu berlaku..

Monday, 23 August 2010

Puasa Hari Ke 13 - 23.08.2010

Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke 13 berpuasa. Tidak terasa masa berlalu. Walaupun berpuasa urusan kerja dan rutin harian tetap seperti biasa. Cuma suasananya berbeza. Balik kerja awal. Lepas tu sediakan juadah untuk berbuka seala kadar saja. Beli tak banyak mana tapi tak pernah habis. Kadang rasa kesal juga terpaksa buang banyak makanan yang berlebihan tak habis dimakan tapi nak buat macamana. Memang makan tak banyak mana. Waktu sahur lagi la tak lalu makan sangat. Cukup sekadar minum susu, milo atau nestum dan makan kebab, roti, kuih atau biskut saja. Sekadar alas perut. Yang utamanya adalah disunatkan bagi kita bersahur..

Hari ini di ofis sibuk mengupdate profil syarikat. Dah agak lama profil tak update. Boss said, he need to submit the profile tomorrow. For such a big project. Mudah-mudahan berjaya. Disebabkan itu kerja lain tertangguh dan terpaksa dibuat esok..

Minggu ini kerja cuma 4 hari. Hari Jumaat cuti Nuzul Quran. Disebabkan ofis memilih mengikut Selangor maka kami juga bercuti. Aku bercadang untuk menyambung cuti hari Isnin dan bermakna akan dapat 5 hari cuti. Dont worry.. baki cuti tinggal 34 hari..

Hari ini tidur awal..

Tuesday, 17 August 2010

Puasa Dulu-Dulu

Hari ni mahu menulis kenangan puasa dulu-dulu. Zaman masa kecil. Banyak perbezaan puasa dulu dengan sekarang. Aku mula puasa seawal usia 6 tahun. Tapi tidak penuh sebulan. Waktu sekolah rendah aku puasa tapi waktu itu agak nakal sikit. Selalu mintak dengan mak nak buka puasa. Entah kenapa bila pergi ke dapur nampak makanan yang ada tak boleh tahan. Mak memang marah tapi aku tetap meminta dengan mak. Sudahnya mak tak boleh larang lagi. Dah memang niat aku nak buka puasa. Jahat sungguh aku..

Satu perkara yang aku masih ingat.. dan sudah tidak ada lagi sekarang.. dulu-dulu waktu petang kami akan bertukar juadah dengan jiran-jiran terdekat. Biasanya kuih-muih. Akulah selalu yang disuruh emak menghantar kuih ke rumah jiran. Kekadang sampai 2-3 buah rumah. Bila tiba waktu buka, penuh juadah buka puasa dengan kuih-muih. Itulah meriahnya puasa dulu-dulu yang tidak ada lagi masa kini..

Satu lagi kenangan.. dulu-dulu di kampung budak-budak akan main meriam. Macam-macam jenis meriam yang dibuat sendiri. Ada meriam tin yang ditanam dalam tanah, meriam buluh dan paling hebat sekali tentunya yang dibuat daripada gelung konkrit. Budak-budak kampung akan berlawan siapa yang paling kuat bunyi meriam. Wah.. memang gamat satu kampung waktu petang hingga malam bila masing-masing berlumba bunyi meriam. Waktu itu aku hanya melihat dari jauh abang-abangku bermain. Tak berani nak dekat..

Dulu-dulu tiada halangan bermain mercun macam sekarang. Jadi macam-macam jenis mercun dan bunga api ada. Selalunya lepas buka baru main mercun. Di samping meriam bunyi mercun juga memang gamat satu kampung..

Itulah serba sedikit kenangan puasa dulu-dulu. Semuanya hanya tinggal kenangan. Walaupun telah lama berlalu ianya tetap manis untuk dikenang..

Friday, 13 August 2010

Hari Ketiga Puasa - 13.08.2010

Hari ini kesibukan yang melampau di ofis. Dokumen untuk submission perlu disiapkan hari ini. Lepas satu, satu yang perlu dibuat. Agak kalut juga walaupun keadaan masih terkawal. Alhamdulillah.. siap juga akhirnya sebelum balik hari ini. Lega yang teramat.

Keluar dari ofis dekat pukul 5. Hujan telah turun dengan lebatnya. Redah saja. Jalan MRR2 agak sesak hari ini. Sampai rumah, terus mandi dan solat. Then ke bazar Melati. Hujan masih tidak berhenti. Macam semalam orang ramai kalut membeli juadah untuk buka puasa. Disebabkan hari Jumaat ada pasar malam, gerai jualan agak banyak dari biasa. Hari ni malas nak masak.. beli nasi berlauk, kebab, ayam goreng dan air tebu. Dah masuk hari ketiga puasa tapi tidak terasa letih atau lapar. Mungkin sebab sibuk di ofis.

Suasana sejuk malam ini. Malam ni tak pergi tarawih. Tak sabar nak tunggu esok. Nak balik kampung dan buka puasa bersama famili. Agak lama tak balik.. rasa rindu pada mak, abah dan kampung halaman.

Thursday, 12 August 2010

Hari Kedua Puasa - 12.08.2010

Di ofis terlalu sibuk hari ni.. masa rasa singkat sangat.. syukur.. satu submission telah dibuat hari ini.. tinggal satu lagi dan akan disambung esok..

Lepas kerja terus balik ke rumah.. solat then ke bazar Melati. Sampai di bazar tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Semua orang bertempiaran cari tempat berlindung. Tuan punya gerai makanan kalut menutup makanan jualan. Ada yg terkena tempias hujan. Ramai orang basah kuyup walaupun setengahnya pakai payung sebab hujan terlalu lebat ditambah dengan angin kuat bertiup. Nasib baik aku bawa payung. Walaupun terkena hujan sekurang-kurangnya masih boleh jalan di tengah hujan. Sempat beli ikan kembung percik, kuih 2 ketul dan mee goreng. Sudah membeli terus balik.. Hujan masih lebat. Kesian betul mereka yang masih berteduh.. terpaksalah tunggu hingga hujan reda..

Balik rumah terus mandi sebab baju dah lencun kena hujan.. Lepas tu masak nasi dan buat sambal telur. Simple je juadah hari ni.. Tu pun tak habis juga..

Lepas maghrib, pergi solat tarawih dengan housemate kat masjid Salehudin Ayubi Taman Melati. Alhamdulillah.. dapat juga solat tarawih kat masjid. Ramainya orang solat. Penuh ruang masjid. Kami buat 8 rakaat saja dan lepas tu balik. Ramai yg tamatkan solat selepas rakaat 8 walaupun imam teruskan solat. Mungkin di sini buat sampai 20 rakaat.

Balik rumah sambung witir 3 rakaat. Alhamdulillah.. Sempurna sudah hari kedua puasa..

Wednesday, 11 August 2010

Hari Pertama Puasa - 11.08.2010

Agak sibuk kat ofis hari ni. Prepare document for submission to authority. Rasa masa pun cepat berlalu. Bulan puasa masuk jam 8.00, balik 4.30. So, masa kerja dah jadi pendek dan kena gunakan masa sebaiknya.

Lepas kerja teringin nak tengok apa yang ada kat bazar Taman Melawati. Masih ada gerai-gerai yang kosong. Orang agak ramai dan sesak. Pusing-pusing terjumpa gerai Tauhu Anura. Juadah favorite sejak dulu. Dari harganya 50 sen dulu sampailah 1.50 seketul sekarang. Saiz tak berubah.. harga je meningkat. Tapi orang tetap beli kalau memang sedap. Sempat juga beli agar-agar pelbagai perasa. Tengok semua sedap.

Balik rumah.. lepas solat pergi pulak bazar Taman Melati dengan housemate. Ramainya orang. Selama ni tak pernah nampak kalau pergi pasar malam. Tapi hari ni macam-macam wajah ada. Semua keluar masa ni. Masing-masing kelihatan kalut membeli. Disebabkan hari bekerja orang mungkin tak sempat nak masak. Jadi harus membeli juadah untuk buka. Kat sini, beli nasi ayam dengan air tembikai pulak. Sempat juga beli bihun goreng.. wah! melampau betul.. semua nak makan.. padahalnya nanti ke tong sampah perginya.

Alhamdulillah... puasa hari pertama sempurna sudah. Mulai esok kena plan dengan bijak apa yang nak beli dan makan supaya tidak membazir. Membazir kan amalan syaitan.

Tuesday, 10 August 2010

Salam Ramadan 1431H

Ramadan datang lagi..

Alhamdulillah... dengan izin Allah SWT kita semua akan mula berpuasa pada 11 Ogos 2010, hari Rabu. Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik dan dapat kita menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Mudahan-mudahan bulan yang mulia ini meningkatkan lagi keimanan dan kesyukuran kita di atas segala kurniaanNya.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin