Friday 3 September 2010

Andai Kita Ingin Bersahabat

Andai kita ingin bersahabat
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan
kita mungkin akan menjauhinya...

Andai kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kita akan membencinya...

Andai kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
kita mungkin akan menyalahkannya...

Andai kita inginkan sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kita mungkin akan memfitnahnya...

Andai kita ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang hanya manusia biasa
jangan diharapkan terlalu sempurna
kerana diri kita sendiri pun tidak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah SWT
yang sebenar-benarnya..

Bersederhanalah dalam persahabatan
Insyaallah kita tidak akan melihat
kelemahan itu sebagai satu kelemahan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin