Sunday 26 June 2011

Kenduri Lagi..

Hari ini aku sekeluarga berkunjung ke majlis perkahwinan sepupu lelaki di Puchong Perdana. Kami berkonvoi dari Shah Alam dengan 4 buah kereta. Sesampai di sana lebih kurang jam 1.30 tengahari. Sedang elok rombongan pengantin pun sampai. Memang meriah majlis yg bertemakan hitam dan putih ini. Sempat juga bertemu dengan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat. Peluang sebegini bukan datang selalu. Walaupun sekadar pertemuan yg singkat sudah cukup untuk bertanya khabar dan bertukar cerita di antara masing2.

Sebahagian gambar2 yg sempat dirakamkan.



Seri pengantin baru - Nabil Fikri & Nurul Ain


Pelamin yg indah




Mengabadikan kenangan bersama kedua mempelai


Ibu dan ayah pengantin


Tak ingat apa yg disembangkan..


Di meja makan




Di depan homestay yg disediakan untuk saudara mara




Adik beradik dan kakak2 ipar..


Last but not least.. Rayna

Saturday 25 June 2011

Makan Kenduri

Tengahari ini aku dijemput oleh jiran tingkat bawah rumah ku datang ke rumahnya kerana ada kenduri cukur jambul cucunya yang kedua. Disebabkan aku tidak ada plan apa2 sebelah pagi dan tengahari maka aku pun turun memenuhi jemputan tersebut. Selalunya macam tu lah. Setiap jemputan yang diterima cuba dipenuhi jika tiada apa2 aral. Selain mengeratkan hubungan baik sesama jiran ia juga amat dituntut oleh agama.

Sempat juga ambil gambar untuk kenangan. Layan...













Wednesday 22 June 2011

Reunion SMVKlang 88-89 Group

Alhamdulillah.. seperti dirancang majlis reunion bagi SMVK 88-89 Group berjalan lancar dan meriahnya pada 18 Jun 2011 lalu. Sesungguhnya setelah bertahun2 tidak berjumpa pertemuan ini sangatlah dinantikan bagi semua orang. Kehadiran seramai lebih 30 orang ahli group membuatkan kami semua begitu teruja. Berbagai aktiviti dibuat pada majlis ini. Semuanya mengiburkan dan membangkitkan kembali nostalgia di zaman sekolah dahulu.

Sesungguhnya majlis ini meninggalkan kenangan manis yg pasti akan kekal di sudut hati. Selepas ini akan ada lagi lain2 program yg dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin. Insyaallah.

Banyak gambar2 yg diabadikan bersama kawan2 dan ini sebahagian yang dapat dikongsikan bersama.















Friday 10 June 2011

Percutian Ke Cameron Highland

Cuti sekolah yang baru lalu aku dan keluarga memilih untuk bercuti ke Cameron Highland pada 5-7 Jun lalu. Menariknya dan secara kebetulan tarikh pergi kali ini adalah sama dengan kunjungan 2 tahun lalu. Kami berkonvoi 3 buah kereta dari Shah Alam dan melalui Jalan Tapah. Pengalaman memandu sebelum ini membuatkan aku telah memahami sedikit sebanyak keadaan jalan yang memang bahaya, berliku2 dan berbukit2.

Hari Pertama

Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 1.30. Selepas check-in kami berehat seketika. Sebelah petangnya kami memulakan aktiviti lawatan ke ke taman agrofarm. Di sini terdapat pelbagai jenis buahan, sayuran dan bunga-bungaan seperti strawberi, anggur, salad, kailan, tomato, kaktus, ros dan sebagainya. Walaupun tempat ini tidak terlalu besar tetapi pemandangannya amat menarik sekali. Selepas puas bergambar kami meneruskan aktiviti menuju ke pasar malam Brinchang. Aduh.. sesaknya jalan menuju ke pasar. Ramai orang datang bercuti. Kenderaan dari seluruh pelusuk negeri datang bercuti sempena cuti sekolah. Hinggakan kami terpaksa berpatah balik 2-3 kali untuk mencari tempat parking. Akhirnya dapat juga tempat parking. Di pasar sekadar melihat kerenah peniaga dan pembeli yang macam2 ragam. Dah namanya Cameron Highland sudah pastilah yang paling menarik sekali adalah kesegaran sayur-sayurannya yang berbagai jenis. Sempat jugalah kami membeli sedikit sebanyak untuk dibawa pulang.

Sebelah malam.. aktiviti masak, makan, bersembang dan berehat. Memang seronok kalau dapat bercuti ramai2 bersama keluarga.

Sebelah malam cuaca agak sejuk. Memang menjadi kemestian memakai sweater, sarung tangan dan kaki. Tidak perlu lagi kipas atau aircond.

Hari Kedua

Sebelah pagi acara bebas. Masing2 membuat urusan tersendiri mengikut kesesuaian. Aktiviti keluar diteruskan di awal petang. Kali ini membuat lawatan ke Kampung Taman Sedia. Satu2nya taman strawberi yg dimiliki oleh bumiputera melayu. Buah strawberi tak banyak yang masak. Baru lepas dipetik kata pemilik ladang di situ. Kawasan sekitarnya agak menarik juga. Di sini pun sibuk bergambar lagi.

Selepas itu kami meneruskan lawatan menuju ke ladang teh Cameron Valley. Ini tempat yang paling teruja untuk dikunjungi. Pemandangan di sini sangat cantik sekali. Puas jugala masing2 dapat bergambar dengan gaya dan aksi yg pelbagai. Sempat juga membeli buah tangan di kedai teh yg terdapat di sini.

Pada sebelah petang kami ke pasar Brinchang sekali lagi untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum pulang pada esok hari. Macam2 yang dibeli. Seronok dapat berjalan2 di sini. Macam2 barang jualan seperti makanan, pakaian, buahan, sayuran dan pelbagai jenis hasil tanaman yg terdapat di sini. Memang menarik sekali.

Sebelah malam sekadar berehat di apartmen sambil makan2 dan bersembang.

Hari Ketiga

Hari terakhir percutian. Kami bangun seawal pagi dan mengemas2 apa yg perlu. Selepas sarapan pagi kira2 jam 10.30 kami memulakan perjalanan balik melalui Jalan Tapah. Dalam perjalanan balik sekali lagi singgah di ladang teh menghala balik untuk bergambar. Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Rekreasi Kuala Woh untuk berehat seketika. Di sini anak2 mula bermandi manda sementara kami yg lain sekadar berehat memerhati.

Jam 3.30 petang perjalanan balik diteruskan. Jalan agak lancar. Kami singgah di hentian rehat dan rawat Tapah untuk makan dan berehat seketika. Sesudah itu perjalanan diteruskan dan sampai di Shah Alam lebih kurang jam 7 malam.

Tamatlah sudah percutian keluarga yang meninggalkan pelbagi kenangan manis. Semoga kami berpeluang untuk berkunjung lagi ke Cameron Highland pada masa akan datang.

Antara gambar2 percutian yang diabadikan.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin