Wednesday 15 September 2010

Kenangan Raya 2010 - Part 2

Meriahnya...

Bertuahnya punya keluarga yang ramai. Masa kecil-kecil dulu memang terasa sukar kerana perlu berkongsi banyak benda dengan adik-beradik dan tidak berpeluang untuk hidup dengan selesa. Walaupun kehidupan dilalui dengan serba sederhana hubungan adik-beradik tetap rapat. Suka duka kehidupan sewaktu kecil pastinya menjadi memori manis untuk dikenang. Masa berlalu tahun demi tahun dan kini apabila masing-masing sudah dewasa dan punya keluarga sendiri peluang untuk bertemu dan berkumpul ramai2 memang agak terhad. Maklumlah masing-masing mempunyai kehidupan sendiri yang perlu diuruskan. Cuma bila hari raya, kenduri-kendara atau cuti panjang barulah berpeluang untuk berjumpa serentak. Kalau dah berkumpul ramai-ramai memang meriah. Tak perlu orang lain. Adik-beradik, ipar-duai serta karenah anak-anak saudara sudah cukup untuk membuatkan rumah jadi kecoh. Melihatkan kereta yang bersusun di halaman pun orang sudah boleh agak mesti ramai ahli keluarga. Walau apapun aku bangga mempunyai adik-beradik yang ramai begini. Dan tidak semua orang memilikinya.

Gambar-gambar kereta mewakili adik-beradik yang ada. Dua lagi tiada dalam gambar.. hehe..






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin