Monday 6 September 2010

Kisah Hujung Minggu..

Hujung minggu lalu aku berkunjung ke rumah adik di Enstek, Sepang. Selain bertujuan untuk mengambil baju yang ditempah di rumah kawan adik, sajalah aku datang untuk buka puasa.. Bertolak dari Taman Melati jam 4.30. Jalan MRR2 agak sesak dengan kenderaan. Masing-masing punya hala tuju tersendiri. Aku melalui lebuhraya KL-Seremban dan susur keluar melalui Nilai. Sampak Enstek dalam pukul 6. Uda dah lama sampai. Juadah untuk buka puasa juga telah siap. Malam minggu rehat saja. Kebetulan masa terluang, aku ambil kesempatan tengok TV3 slot cerekarama bertajuk Ar-Rayyan. Menarik jalan ceritanya walaupun ringkas dan sesuai dengan suasana di bulan ramadan yang mulia ini.

Hari ahad, kononnya nak keluar pagi.. tapi rasa ngantuk pulak.. tidur sekejap.. tak sedar masa berlalu. Jam 12 baru gerak dari rumah. Singgah ke Giant Nilai beli barang sikit. Then jalan-jalan kedai2 kat area tu. Beli kasut untuk mak. Dah abis tu, baru gerak ke Nilai 3. Dah sampai sana, mulalah aktiviti shopping. Masuk kedai, keluar kedai. Beli barang-barang untuk keperluan hari raya di kampung. Tengah belek2 barang adik call.. suruh datang teman dia buka puasa. Tu lah.. semalam orang ajak ke Sepang tak nak ikut. Terpaksalah kami stop shopping dan gerak balik sebab nak kejar masa. Lepas solat aku dan uda gerak ke UKM dalam pukul 6. Aku ambil adik di kolej dan terus ke Village View. Waktu masa tu dekat 6.45. Nasib baik adik dah booking meja. Sampai sana, nak jadi cerita, meja yang adik tempah tak ada dalam senarai. Entah macam mana jadi cam tu aku pun pelik.. Adik cakap dia dah call booking tapi tak ada dalam rekod. Hairan aku.. Masa dah makin suntuk.. Check punya check adalah satu tempat yang orang dah booked tapi tak datang. Tapi kena berkongsi dengan orang lain. Tak kisah la... asalkan ada tempat untuk buka. Dapat pulak tempat yang privasi, yang meja macam meja makan org jepun.. hehe.. apa-apalah.. disebabkan dah suntuk masa kami order makanan yang simple je.. semua sama.. nasi lemak lauk ayam, sate 15 cucuk dan air barli, tembikai dan epal... alhamdullillah..

Then, adik ajak gi Alamanda, Putrajaya... nak cari apa tah.. uda senanglah balik sbb dah dekat dengan rumah dia kat Presint 14. Sampai Alamanda, parking pulak full... pusing 2,3 kali, turun naik baru dapat tempat parking.. this is my first time been there.. so tak familiar kat situ.. not bad place to shoppe.. gi Carrefour.. adik nak beli barang keperluan dia.. aku just tengok2 je..

Gerak keluar dari Alamanda dalam kul 9.30.. Terus hantar adik balik kolej. Then baru balik ke KL. Sampai Melati jam 11.30.. Walaupun tak banyak aktiviti tapi terasa panjang cuti 2 hari ini.. Tak sabar nak habiskan 2 hari akan datang.. Nak balik kampung untuk cuti panjang sempena aidilfitri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin