Thursday 27 January 2011

Susah Sangat Ke Nak Bagi Signal?

Dah lama aku nak tulis entry tentang ini. Asyik tertangguh saja. Walaupun ada banyak perkara yang boleh dijadikan sebab atau punca berlakunya kemalangan aku cuma mahu bicara tentang subjek ini sahaja.

Sejak sekian lama aku memerhati dan melalui pengalaman berada di jalanraya inilah satu masalah yang begitu kritikal dihadapi kepada kebanyakan pemandu kat Malaysia ni - pemandu tak mahu bagi signal bila nak keluar masuk simpang, ketika memotong, mahupun ketika menukar atau mengubah laluan dengan tergesa2.

Aku sendiri kerap kali berhadapan dengan situasi ini. Bagiku orang seperti ini tidak tahu menghormati orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri. Beranggapan jalanraya itu milik dia seorang. Dia tak tahu tindakan seperti itu bukan saja membahayakan dan menyusahkan diri dia sendiri malahan melibatkan pihak lain juga jika berlalu sesuatu yang tidak diingini.

Susah sangat ke nak bagi signal? Bukan payah pun kan. Tak sampai sesaat pun. Ini adalah berpunca daripada masalah sikap. Sangat menjengkelkan hati dan mata apabila berhadapan dengan orang yang bersikap seperti ini. Contohnya ketika berada di simpang nak masuk ke kanan. Kita menunggulah kononnya orang dari kanan kita tu nak lalu terus. Sekali tiba2 selamba je dia masuk ke kiri tanpa memberi signal. Geramnya.. Kita dah tercongok kat situ lama. Sekali dia buat macam tu. Mahu tak merungut.. merungut tu biasa lagi.. yang menyumpah seranah pun ada.

Sesudah tu bila kat jalanraya, ada pulak spesis yang jenis tak sabar2. Dah la tak bagi signal, main masuk je laluan orang. Ingat jalanraya dia ke? Kalau tak kemalangan nasib baik lah. Kalau jadi hal tanggunglah sendiri. Kalau ye pun nak cepat.. hormatlah orang lain juga. Kita pulak yang nak kena jaga keselamatan dia. Padahalnya.. itu tanggungjawab masing2 lah kan.

Lagi satu ketika nak memotong, susah sangat ke nak bagi signal? Sedangkan itu perkara yang amat penting sekali dilakukan. Tanpa signal kita tak akan dapat membaca apa yang ingin dibuat oleh pemandu lain. Tapi ada sesetengah pemandu beranggapan orang lain boleh nampak semua pergerakan dia.

Aku bukan jenis yang berkira sangat atau terlalu terikat dengan peraturan. Peraturan tetap peraturan. Tetapi ketika mana keadaan memerlukan aku masih boleh bertolak ansur dan memberi ruang kepada orang lain. Tidak mengapalah beralah asalkan keadaan kita akan selamat. Bagiku berada di jalanraya bererti kita berhadapan dengan pelbagai risiko yang tidak terduga. Sama ada kesilapan kita atau orang lain kesannya dan akibatnya adalah sama. Menyusahkan.

Fikir2kan lah.. Tak rugi kita menghormati orang lain malahan kita akan lebih dihormati.

Tuesday 25 January 2011

Tak Sabar Nak Cuti

Terasa lambat pulak nak abis bulan januari ni. Rasa macam lama betul nak tunggu cuti panjang awal bulan februari. Tentunya aku sangat tidak sabar untuk menunggu cuti raya cina nanti. Sebabnya aku akan pergi bercuti bersama teman2 sewaktu belajar di poli dahulu. Percutian yang memang dirancang lama cuma baru kini menjadi kenyataan. Dah lama sangat kami tak berjumpa dan bercuti bersama2. Kali terakhir percutian kami ke Melaka tahun 2003. Sebab tu rasa teruja yang teramat sangat. Kali ini destinasi percutian ke Terengganu. Aku tak dapat nak bayangkan percutian pada musim perayaan. Mesti kesesakan berlaku di mana2. Namun perancangan telah dibuat dan tidak dapat ditunda lagi. Cuma menunggu tiba harinya sahaja. Hanya waktu cuti panjang beginilah sesuai untuk pergi bercuti. Tak perlu mengambil banyak cuti. Cuma menambah untuk sehari dua.

Dalam pada itu aku tengah sibuk nak mengemas rumah, mengubah susun atur rumah, menukar apa yang perlu dan menyediakan segala keperluan. Teman2 ku akan singgah untuk sehari dua di sini selepas balik dari percutian nanti. Sebagai tuan rumah aku akan memastikan semuanya kelihatan teratur dan sempurna untuk keselesaan tetamu ku nanti.

Hujung minggu ni aku akan pulang ke kampung buat seketika. Dah lama sangat tak balik kampung bertemu mak abah. Dah la nanti cuti panjang aku tak balik. Selain itu ada beberapa barang yang ingin aku cari dan beli waktu balik kampung nanti.

Dalam masa seminggu ni aku akan jadi seorang yang lebih sibuk untuk membuat persiapan sebelum pergi bercuti. Mudah-mudahan semua yang aku rancangkan berjalan lancar dan sempurna dan aku dapat pergi bercuti dengan hati yang tenang.

Thursday 20 January 2011

Trace Kawan2 Dalam Facebook

Wah.. lamanya tak update blog.. macam biasala alasannya.. ikut mood.. dan lagi pulak lately sibuk men'trace' (bahasa apa ni?) kawan2 lama dalam facebook. Inilah kelebihan facebook yang sangat berguna dan banyak membantu. Gembira sangat dapat berhubung kembali dengan mereka semua. Walaupun belum dapat berhubung secara langsung dengan kesemuanya sekurang2nya senarai nama teman2 lama tersebut membuktikan yang kita masih diingati dan dikenali meskipun telah terputus hubungan bertahun-tahun. Ada di antaranya sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Bila melihat foto-foto zaman sekolah dahulu.. memang membangkitkan nostalgia.. kelakar pun ada juga.. Maklumlah zaman kanak2.. naif sangat.. Kini, masing2 telah dewasa dan punya kehidupan tersendiri. Semuanya berubah sedikit demi sedikit seiring dengan peredaran masa dan zaman.


Foto masa di ting. 1 SDH 1985


Foto di asrama SMVK 1989


Foto di PPD 1992

Monday 17 January 2011

Aku, Dia dan Lagu - 11




Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

[*] [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

*ST 12*

Tuesday 11 January 2011

Buka Facebook

Dah seminggu blog kesayanganku ini tak diupdate.. Terkadang ada ketika aku buntu. Tidak tahu apa yang nak dicatatkan. Terkadang ada ketika rasa malas lebih menguasai diri membuatkan semuanya jadi perlahan. Seminggu yang berlalu dilalui seperti biasa. Masa berlalu tanpa menunggu kita. Walau apapun yang berlaku kehidupan tetap perlu diteruskan. Susah atau senang, suka atau duka, pahit atau manis semuanya adalah rencah yang mewarnai kehidupan setiap insan.

Minggu ini tiba-tiba tergerak hati untuk membuka akaun facebook. Sejak beberapa lama teman2 mengusik bukalah facebook, aku cuma berkata nantilah.. belum terbuka hati.. Memang rasa agak ketinggalan bila orang lain asyik bercerita tentang facebook di mana2 saja. Aku sekadar mampu mendengar. Sesekali menyampuk. Hinggakan anak2 buah yang masih di sekolah rendah pun sudah ada facebook. Di mana2 ada kesempatan masing2 sibuk nak update. Ia sudah menjadi kegilaan hampir kebanyakan orang kini. Seolah2 tanpa facebook kehidupan seperti tidak normal. Tapi bagiku itu adalah terpulang kepada diri masing2. Aku tidak akan buat sesuatu hanya kerana mahu terikut2 dengan cara orang lain. Apabila sampai masa dan ketikanya sesuatu itu akan berlaku mengikut kehendakNya jua. Tidak dinafikan facebook ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Namun itu terpulang kepada cara bagaimana kita menggunakannya. Dan kini bila hatiku terbuka untuk berfacebook aku akan cuba untuk tidak membiarkan facebook menguasai kehidupanku. Tujuanku hanya satu - untuk menjejak teman2 lama yang telah terputus hubungan sejak sekian lama. Juga berhubung kembali dengan teman2 yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan sewaktu zaman persekolahan dan alam pekerjaan. Seronok sekali apabila melihat teman2 lama satu-persatu memenuhi permintaan untuk disenaraikan sebagai kawan. Ini menandakan diri ini masih tetap diingati walaupun telah lama hubungan terputus disebabkan oleh masa dan keadaan. Bila melihat senarai nama2 itu satu2 kenangan sewaktu bersama membayangi di hati. Ada kenangan terindah yang pernah dilalui sewaktu bersama setiap daripada teman2 itu. Tidak kira manis atau pahit semuanya tetap menjadi kenangan dan terpahat di dalam memori sampai bila2.

Sesungguhnya.. teman yang baik susah untuk dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.

Saturday 1 January 2011

1.1.11

Selamat Datang 2011 dan Selamat Tinggal 2010.

Mulakan tahun baru dengan azam dan semangat yang baru. Jadikan segala cerita dan pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2010 sebagai pengalaman dan pengajaran yang akan dijadikan panduan sepanjang melalui perjalanan kehidupan seterusnya. Lupakan segala cerita pahit, sedih, pilu yang telah dilalui dan berusahalah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Insyaallah.. suatu masa bahagia pasti akan tiba jua.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin