Monday 23 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 3

Hari ketiga menghabiskan cuti dengan berehat di resort sahaja.  Jalan-jalan di sekitar resort sambil makan2, membeli cenderahati dan melihat gelagat orang ramai.  Ramai sekali orang bercuti kali ini.  Selepas check out lebih kurang jam 3 petang kami bertolak balik.  Dalam perjalanan balik kami berhenti untuk solat dan makan malam.  Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung halaman lebih kurang jam 11.30 malam.






Sunday 22 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 2

Hari kedua aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Nadirah yg diadakan di Dewan Majlis Daerah Selama, Perak. Meriah sekali majlis tersebut. Di majlis ini juga kami dapat bertemu dengan ramai sanak saudara dari jauh dan dekat yg turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Setelah berada kira-kira 3 jam di majlis tersebut kami pun pulang. Dalam perjalanan balik kami singgah di tasik Bukit Merah dengan tujuan untuk bergambar. Tiba-tiba hujan turun menyebabkan kami terpaksa memendekkan persinggahan kami dan bergegas balik ke resort.
















Saturday 21 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 1

Seperti dirancang tibalah masanya untuk pergi bercuti. Perjalanan percutian kali ini merupakan pengalaman yg sangat teruk. Kami bertolak dari Shah Alam berkonvoi 2 buah kereta lebih kurang jam 2 petang. Perjalanan melalui Lebuhraya Koridor Guthrie pada mulanya lancar. Namun sebaik tiba di Rawang Selatan kenderaan mula bergerak perlahan walaupun terdapat tiga lorong. Semakin lama semakin perlahan. Kemungkinan kenderaan yg terlalu banyak menuju utara menyebabkan perjalanan menjadi tidak lancar. Lama-kelamaan pemandu menjadi tidak sabar bila mana lorong kecemasan digunakan sebagai laluan menjadikan empat lorong. Berbagai reaksi wajah dapat dilihat dari kenderaan sebelah kiri dan kanan jalan. Semuanya mempamerkan wajah2 tension dan letih kerana terpaksa memandu dalam kelajuan antara 20-40kmj. Kami buat keputusan untuk berhenti rehat di Hentian Sebelah Behrang kerana masing2 sudah tidak tahan mahu ke tandas dan perut pun lapar. Bayangkan pukul 5.30 baru sampai ke persimpangan Tanjung Malim. Nak menunggu sampai ke Hentian Sebelah Behrang dirasakan amat lambat. Padahal jaraknya tidak lah begitu jauh. Sesampainya di situ keadaan seperti kelam-kabut dan sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Nasib baik ada anggota Rela yg membant dan memantau keadaan di situ. Setelah mengisi petrol, ke tandas, makan dan berehat kira2 satu jam kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 7. Alhamdulillah.. perjalanan selepas itu agak lancar dan tidak lagi tersekat2. Namun kenderaan masih banyak. Pemanduan sekitar 80-90kmj sahaja. Sampai di Taiping hujan mula turun dengan lebatnya menyebabkan perjalanan menjadi sedikit perlahan. Akhirnya setelah melalui 8 jam perjalanan kami sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort tepat jam 10 malam. Syukur alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yg dituju. - bersambung..



Sesak teruk..


3 jam baru sampai sini..


Wajah2 lapo..


Bersedia untuk menyambung perjalanan..

Tuesday 17 January 2012

Catatan 17.01.2012

Alhamdulillah.. hari ini sudah 17.01.2012. Hai.. cepatnyalah masa berlalu. Dalam tak sedar sudah masuk hari ke 17 di bulan Januari ini. Aku bersyukur kerana masih diberikan usia untuk bernafas di dunia ini. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini dengan mudah, tenang dan gembira. Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat dan memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buatku. Semoga semuanya ini berpanjangan.

Dalam pada itu perjalanan aktiviti kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Bekerja selagi kemampuanku ada dan itu adalah sesuatu yg mesti dilakukan untuk kehidupan ini. Namun aku mula merancang untuk melakukan banyak perkara yg selama ini tidak diberikan perhatian khusus terutamanya berkenaan Vanessa. Banyak perkara yg aku rancangkan selama ini dan akan mula melakukannya sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan semuanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Hujung minggu ini merupakan cuti panjang kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 23-24hb. Bermakna ada 4 hari cuti. Aku dan keluarga akan berkunjung ke negeri Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupuku di Selama yg akan diadakan pada 22hb. Disebabkan cuti panjang kami bercadang untuk terus bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort bagi menggantikan perancangan percutian yg tidak dapat dibuat hujung tahun lalu. Beberapa buah keluarga akan terlibat di dalam percutian kali ini. Sudah pastinya akan sangat meriah. Semoga apa yg akan dirancang berjalan dengan lancar.

Monday 2 January 2012

Main Air di Sg Tekala

Bersempena cuti tahun baru lalu aku dan beberapa ahli keluarga membuat
perancangan untuk beriadah di Hutan Rekreasi Sg Tekala di Semenyih.
Disebabkan tidak pernah berkunjung ke sana maka perjalanan kami
agak mengambil masa kerana kami sekadar berpandukan papan tanda
yg tidak berapa jelas petunjuknya. Sesudah bertanya orang barulah
tempat yg hendak dituju ditemui. Agak jauh juga rupanya.
Suasana di situ meriah dengan pengunjung. Ramai yg datang
bersama keluarga bagi mengisi masa cuti tahun baru.
Sangat tenang sekali persekitaran di situ dengan bunyi air terjun
mengalir deras beserta suara kicauan burung2 bernyanyi riang.
Terasa begitu dekat dengan alam semulajadi dan menenangkan jiwa..















Sunday 1 January 2012

Salam Tahun Baru 2012

Selamat Datang 2012..
Permulaan usia dan era baru..

Apa azam di tahun baru ini..
Banyak sekali yg diimpikan sebenarnya..
Apakah aku mampu melaksanakanya..
Masa hadapan adalah sesuatu yg tidak pasti..
Terlalu besar harapan untuk diletakkan..
Menginginkan sebuah kehidupan yg sempurna..
Ketenangan, kebahagiaan yg berpanjangan..
Hanya Dia yg lebih mengetahui..
Semoga perjalanan hidupku dipermudahkan..
Diberkati serta dilimpah dgn rahmat..
Aku ingin mencapai impian hidupku..
Insyaallah..

SELAMAT TAHUN BARU 2012

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin