Monday 27 September 2010

Hujan Lagi...

Sejuknya hari ni.. Dari pagi sampai ke malam hujan.. Tengahari tadi, cuaca sangat gelap diikuti hujan turun dengan lebatnya.. Sejuk sangat kat ofis.. Walaupun dan ubah suhu aircond ke tahap suhu luar masih juga terasa sejuk..

Hari ini dua2 bos ke Terengganu.. Ada mesyuarat tapak untuk projek penjara. So, kami kat ofis raya la.. hahah.. Kerja pun tak ada yang urgent hari ini.. Dengan cuaca yang begitu lagilah terasa kebosanan dan kemalasannya..

Hari ini sudah masuk hari ke 18 Syawal. Hai.. sekejapnya masa.. Sana sini orang buat rumah terbuka pada hujung minggu. Minggu ini program sudah diatur - balik kampung.. Harapnya tidak adalah jemputan untuk minggu ini. Memang tidak dapat pergi..

Tiada yang menarik untuk diceritakan hari ini.. Kehidupan dilalui seperti biasa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin