Tuesday 31 May 2011

Update 31.05.2011

Wah.. lama sekali blog ini tidak diupdate. Lebih dari sebulan. Tidak pernah macam ni lama blog tidak berupdate. Aku pun tak tau alasan apa nak bagi kenapa tidak update blog. Kalau nak bagi alasan memang macam2 alasan aku boleh bagi. Tapi.. tak naklah.. Biar alasan itu aku simpan saja. Yang pasti aku tidak pernah sekalipun lupakan blog ini. Dulu2 aku memang rajin. Hari2 nak update. Sekarang tahap kerajinanku telah menurun dengan mendadak sekali. Aku pun terkejut. Walau apapun selepas ini aku cuba untuk update seberapa kerap yang boleh.

Kini.. masa ku lebih banyak terisi di group-group facebook yang aku create. Bersembang dgn kawan2 dan mengimbau kembali kenangan lalu yang pernah dilalui di zaman persekolahan adalah sesuatu yang amat manis. Dalam masa sebulan ini juga macam2 perkara, aktiviti yang dilakukan. Secara khususnya perancangan telah dibuat untuk mengadakan reunion bagi group SMVK pada 16 Jun nanti. Sehubungan itu satu mesyuarat AJK yg mana aku telah dilantik sebagai setiausaha telah diadakan pada 21.05.11 yg lalu bertempat di Asiari, SACC Mall. Setelah bertahun2 tidak berjumpa pertemuan ini adalah sangat menerujakan. Kami berjumpa sambil makan2 dan berbincang dalam suasana yg cukup santai. Masing2 telah menunjukkan komitmen penuh untuk menjayakan perancangan yg telah dibuat.

Dalam pada itu aku rasakan semakin hari kehidupan yang aku lalui sangat menggembirakan. Aku dikelilingi oleh keluarga dan teman2 yang begitu mengambil berat dan sentiasa menunjukkan keperihatinan terhadapku yang aku rasakan begitu bermakna sekali. Aku bersyukur kerana Allah yang sentiasa memberikan aku kesempatan untukku melalui kehidupan ini dengan ketenangan dan kebahagiaan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin