Showing posts with label Vios. Show all posts
Showing posts with label Vios. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Vios Tercalar atau Dicalar

Di satu pagi 22 Oktober 2012 sewaktu aku turun untuk pergi bekerja alangkah terkejutnya aku bila melihat Viosku tercalar di tempat parking.  Sedih dan marah bagai disiat2 aku rasakan.  Entah siapa yang begitu cuai hingga mengakibatkan keretaku jadi begitu.  Seperti tercalar rasa hatiku.  Vios adalah kesayanganku yg aku begitu jaga serba serbinya. Sakit hatiku ini melihat kereta kesayangkan ku jadi begitu.

Calar yg agak teruk

Thursday, 10 May 2012

Vios Terlibat Kemalangan

Kejadikan ini berlaku pada 20 Februari 2012 yg lalu. Vios kesayanganku terlibat dengan kemalangan di persimpangan keluar UKM.  Pada hari kejadian adik kesayanganku telah meminjam Viosku untuk membuat urusan tentang kerja sekolahnya. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6.30 petang.

Di saat aku menerima berita itu umpama separuh jiwaku pergi.  Berbagai2 yg terlintas di fikiran waktu itu.  Namun aku bersyukur adikku telah selamat dalam kejadian itu.  Jika dilihat keadaan kereta kelihatan impak pelanggaran agak teruk dan membuat aku tidak sanggup untuk melihatnya ketika membuat urusan tuntutan insurans pada keesokan harinya.  Aku sebenarnya sedih namun semua itu mungkin telah ditakdirkan.

Keretaku telah diperbaiki dan mudah-mudahan Allah akan melindungiku dari perkara seperti ini lagi.

Inilah rupanya impak perlanggaran

Cermin terpaksa diganti

Monday, 26 December 2011

Meter Kereta

Hari ni pada tarikh 26 Disember 2011
meter yg tercatat pada keretaku
menunjukkan angka 118833
setelah 7 tahun menggunakannya..
Ku kira no. ini sangat cantik untuk dikongsikan..


Friday, 3 December 2010

Cuti - Servis Kereta

Aku bercuti hari ini kerana pagi ini aku telah buat appointment untuk servis kereta di Klang. Sudah sampai masa dan ketikanya kereta perlu diservis. Kali ini servis untuk 100k. Disebabkan hanya servis biasa yang tidak mengambil masa yang agak lama, aku buat keputusan untuk menunggu sahaja di pusat servis ini. Di sini perkhidmatan yang disediakan begitu selesa. Tempat menunggu lengkap dengan kemudahan surat khabar, televisyen, minuman dan makanan ringan dan pc untuk melayari internet. Pendek kata tidak bosanlah untuk menunggu.

Lihat saja gambar2 ini.


Ruang menunggu yang selesa



PC untuk melayari internet


Makanan dan minuman ringan pun ada


Tempat kerja2 servis kenderaan dibuat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin