Friday 3 September 2010

Jumaat Yang Damai

Sudah hari jumaat.. patutlah cepat saja sebab kerja cuma 3 hari minggu ni.. masing-masing kelihatan sudah tidak sabar untuk balik kampung.. nak buat kerja pun seperti sudah tidak ada mood.. semua topik cerita pasal raya.. semua orang diminta mengisi borang cuti untuk hari raya aidilfitri minggu depan.. sebut pasal cuti ramai yang berkira2 sebab cuti dah tinggal hujung nyawa.. cuma aku saja yg masih blh bercuti terus sebulan kalau nak.. baru-baru ni bos cakap aku blh convert cuti dengan duit... mgk aku akan ambil peluang tu utk mengurangkan baki cuti yg tak habis2.. aku, acu, aya dan en. as akan mula cuti dari hari rabu.. selebihnya start hari khamis.. ofis wajib tutup selama seminggu dan akan kembali operasi pada 20hb september.. nak tak nak semua orang kenalah cuti.. hehe..

Tadi tengahari pergi tukar duit raya dengan adik norliza yg kerja kat maybank.. alhamdulillah.. dapat duit baru..

Hari ni berbuka puasa sorang2 saja sebab adik jamilah buka dekat luar.. teringin nak makan mee kari hari ni.. dengan air soya panas.. tapi biasalah.. makan tak pernahnya habis..

Esok.. dah ada plan yang dirancang.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin