Saturday 2 October 2010

Sibuknya Hari Ni..

Aku telah berada di kampung sejak lewat malam tadi. Semua ahli keluarga akan berkumpul lagi minggu ini sempena majlis pertunangan uda yang akan diadakan pada hari Ahad esok. Walaupun hanya majlis pertunangan banyak persiapan yang dibuat untuk menyambut kedatangan pihak sebelah sana. Siap dengan khemah lagi. Pagi tadi aku bersama abah, mak dan adik ke pekan untuk membeli barang keperluan untuk memasak bagi meraikan tetamu yang akan datang. Semua persediaan dibuat sendiri bersama ahli keluarga sahaja.


Berkumpul adik-beradik


Seronok dapat berjumpa lagi

Dalam pada sibuk-sibuk itu malam ini sempat juga pergi ke open house rumah abang lim. Meriah juga majlisnya dengan juadah dan tetamu yang kebanyakannya ahli keluarga tuan rumah.

Malam ini semuanya tidur lewat kerana membuat pelbagai persiapan untuk majlis esok hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin