Friday 23 November 2012

Marble Cheese Brownies

Salah satu hobiku adalah memasak.. Dari dulu lagi.  Aku memang gemar mencuba resipi baru.  Ada yang menjadi dan ada yang gagal.  Biasa lah. Tidak semua resipi yang terdapat di majalah, akhbar, internet, blog atau mana2 berjaya mendapat hasil seperti yg diharapkan.  Tidak tau salah di mana.  Sama ada aku yang tidak mahir atau orang yang bagi resipi tidak betul2 memberinya.  Rasanya sudah ikut bahan2 yg dikehendaki dan step yang perlu diikuti.  Namun hasilnya seperti tidak menjadi.  Mungkin perlu diubah suai untuk memperbaiki rasa dan persembahannya.

Resipi marble cheese brownies ini diperolehi melalui internet.  Aku cuba membuat mengikut kreativiti tersendiri dalam mereka corak marble tersebut.  Kelihatan cantik juga.. hehe.. (sila muntah).. Namun rasanya perlu diperbaiki.  Memandangkan aku tidak berapa mahir lagi tentang sukatan menggunakan cawan.  Tak apa. Akan datang aku pasti akan mencuba lagi..




p/s tidak tahu kenapa gambar tidak boleh dirotate. sudah cuba berkali2 namun masih senget.. hehe..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin