Thursday 8 November 2012

Chiko oh Chiko

Di satu hari pada 12 Oktober 2012 sewaktu aku sampai ke ofis dan hendak parking kereta tiba2 aku ternampak seekor kucing berada berhampiran tempat parking itu.  Dia kucing yang sangat comel dan berlainan sekali disebabkan warna coklatnya agak jarang ditemui.  Dia juga kelihatan jinak dan manja bila diusap badannya.  Disebabkan aku begitu tertarik dgn kucing ini maka aku berhasrat untuk mengambilnya tanpa mempedulikan sama ada kucing ini mempunyai tuan atau tidak. Namun aku yakin dia adalah seekor kucing jalanan yang banyak terdapat di sekitar foodcourt di ofisku.  Memandangkan hari itu masih awal pagi maka aku tida pilihan lain melainkan membawa kucing ini ke ofisku.  Sampai di ofis aku terlebih dahulu mandikan kucing ini supaya ia kelihatan bersih. Dia langsung tidak meronta dan sangat senang diuruskan. Baru ku tahu rupanya ini kemungkinan adalah species kucing siam dan bukan kucing kampung bila dengar suaranya mengiau halus.  Selepas dimandikan aku hanya membiarkan dia mengeringkan badannya sendiri sambil aku membuat kerja.  Dia langsung tidak banyak kerenah. Lebih banyak tidur.

Bila bosku masuk ke ofis aku tidak ada pilihan melainkan terpaksa memberitahu hal tersebut kepadanya.  Nasib baik lah bos tak marah.  Selamat. Hehe. Waktu tengahari itu aku turun membelikan nasi dan lauk namun dia seperti tidak mahu makan nasi. Mungkin kucing siam memang begitu agaknya.

Selepas habis waktu bekerja aku membawa kucing terus balik ke kampung kerana memang aku berhasrat untuk tinggalkan di kampung disebabkan kesukaran untuk membelanya di Kuala Lumpur ini.  Di dalam kereta dia cukup baik.  Hanya duduk di ribaku sewaktu aku memandu.  Di kampung aku meminta abah membelikan makanan kucing dalam bentuk biskut (kibles).  Aku rasa gembira bila dia makan dengan begitu berselera sekali.  Maka selepas ini hanya perlu membelikan makanan sebegitu saja lah untuknya.

Kini, setelah beberapa minggu kucing jantan yang aku namakan Chiko ini begitu sihat dan aktif.  Badannya juga sudah semakin berat.  Dia gemar makan, tidur, tangkap cicak atau tikus sekadar untuk bermain-main.  Cuma sangat susah untuk mendengar suaranya.  Sewaktu dimandikan pun hanya sesekali terdengar suaranya mengiau halus.

Aku harap Chiko kesayanganku akan terus sihat dan menjadi penghibur kami sekeluarga.

Chiko sedang mengeringkan badan selepas mandi waktu dibawa ke ofis

Selepas dimandikan

Lenanya tidur

Sungguh berat

Ada tahi lalat di wajahnya
Chiko yg comel 

Chiko dah gemuk


Chiko sangat berani memanjat pokok mangga

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin