Thursday, 9 December 2010

Seringkali..

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang adakalanya begitu menjengkelkan dan menyakitkan hati.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang tidak tahu menghormati orang lain. Berkata dan berbuat sesuatu seenaknya tanpa mempedulikan perasaan orang yang mendengar atau melihatnya. Sedangkan tidak rugi apa pun untuk kita saling menghormati antara satu sama lain malahan menjadikan kita lebih dihormati.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang perasan dirinya terlalu bagus, terlalu hebat, terlalu besar lebih daripada orang lain, terlalu berbangga, terlalu sombong, terlalu angkuh dengan jawatan, kedudukan, kemewahan yang mereka miliki. Yang selalu menganggap status diri mereka lebih tinggi dan memandang rendah kepada kekurangan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan di sisi Allah SWT kita ini hanyalah sama sahaja.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Menganggap dunia ini seperti miliknya seorang dan berbuat sesuka hati sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Sedangkan dia lupa orang lain juga mempunyai hak yang sama sepertinya.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Tidak ada perasaan belas kasihan dan tergamak melihat kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Sedangkan hakikatnya kehidupan ini ibarat roda. Adakalanya di atas dan sampai masanya di bawah.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang tidak sabar apabila berada di jalan raya. Sesuka hati memandu tanpa mengikut peraturan seolah2 jalan raya itu dia yang punya dan hanya dia sahaja yang membayar cukai. Memandu laju, melulu tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain. Sedangkan tak ke mana pun jauhnya dia dapat pergi.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang mahu mencapai sesuatu dengan cara yang mudah tetapi salah. Sedangkan orang lain bersusah payah dan berusaha dengan ikhlas dan bersungguh2 untuk mencapai impian hidupnya.

Seringkali kita berhadapan dengan kerenah manusia yang mudah berhasad dengki dan beriri hati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Tidak senang melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan dia tidak sedar semakin banyak kelebihan yang dimiliki orang lain semakin banyaklah kekurangan yang dimiliki olehnya.

Sesungguhnya kehidupan ini hanyalah untuk sementara. Capailah kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan dalam hidup dengan cara yang mulia dan diredhai. Jadilah kita seorang yang sentiasa dihormati, dikasihi dan disayangi oleh orang lain.

Sunday, 5 December 2010

Percutian Ke Genting Highland dan Teluk Cempedak, Kuantan

Seperti yang dirancang pada saat2 akhir aku dan seorang teman, kak yati memilih untuk bercuti ke Genting Highland. Bertolak dari Taman Melati jam 8.15 pagi dan sampai di Genting Sempah lebih kurang jam 9. Disebabkan masih awal kami bersarapan pagi di sebuah restoran berhampiran Hotel Seri Malaysia yang kami cadang untuk bermalam. Selepas sarapan kami jalan-jalan sekitar Taman Strawberi yang juga berdekatan dengan hotel tersebut. Bukan setakat ladang strawberi yang ada di situ malahan juga terdapat juga tanaman berbagai jenis cendawan, sayur-sayuran hidroponik yang segar, anggur yang begitu subur (walaupun bukan musim buah), bunga-bungaan yang begitu cantik, gerai2 jualan cenderahati, makanan, minuman dan lain-lain. Sangat menarik sekali.

Selepas itu perjalanan diteruskan menuju ke puncak Genting Highland. Tiada tujuan untuk bermain apa juga permainan sama ada indoor atau outdoor di situ. Cuma sekadar untuk melihat kawasan sekitar Genting dan memerhati gelagat pengunjung yang begitu ramai sekali. Maklumlah cuti sekolah. Nak naik cable car pun cuaca berkabus sangat teruk dan pemandangan begitu terhad.

Setelah puas berjalan2 di situ timbul pula cadangan untuk menukar plan. Tak mahu pulak bermalam di Genting memandangkan tiada apa lagi tempat untuk dituju. Lalu kami memilih untuk menuju ke Kuantan. Disebabkan tidak booking hotel atau tempat penginapan kami gamble saja pergi. Sampai di sana baru nak cari. Kalau tak dapat hotel atau chalet, bajet hotel pun ok. Kalau tak, tidur kat masjid la jawabnya.. haha.. Sampai di Kuantan kami terus menuju ke Pantai Teluk Cempedak dan cuba cari tempat penginapan di situ. Alhamdulillah.. nasib baik masih ada kekosongan bilik di Pine Beach Hotel di situ. Kategori bajet hotel. Tak kisahlah. Asalkan ada tempat penginapan. Walaupun bajet hotel tapi masih selesa dan lengkap dengan semua kemudahan. Kedudukannya juga sangat berdekatan dengan pantai. Cuma berjalan kaki saja.

Malam, keluar makan di KFC yang terletak berhampiran hotel tersebut dalam keadaan hujan yang turun sejak dari petang lagi. Cuaca sejuk sangat. Selepas makan balik ke hotel berehat, tengok tv dan tidur.

Pagi ahad, selepas bersarapan di McD yang juga terletak berhampiran hotel, kami berehat di sekitar pantai Teluk Cempedak sambil memerhatikan gelagat pengunjung pantai. Kelihatan ramai sekali pengunjung yang datang bersama keluarga sama ada untuk mandi-manda atau bersiar2 di sekitar pantai. Berada di tepi pantai sambil mendengar desiran ombak memukul pantai sangat menenangkan hati dan jiwa.

Dekat jam 12 kami bergerak balik ke hotel untuk bersiap2 kerana sudah sampai masanya untuk check out. Dalam perjalanan tu sempat juga singgah membeli cenderamata sebagai kenangan. Selepas check out kami terus memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Kami sampai di Taman Melati hampir jam 3.30. Alhamdulillah. Tamatlah sudah percutian yang dirancang saat2 akhir. Walaupun begitu singkat namun tetap meninggalkan kenangan manis.


Bersama kak yati... on the way to Genting Highland


Taman Strawberi Genting Highland


Bergambar berlatar belakangkan cendawan ling zhi


Bunga2 pelbagai jenis yang sangat cantik dipandang..


Segar.. salad yang ditanam secara hidroponik..


Taman orkid


Kedai cenderamata


Sekitar ladang strawberi


Ladang strawberi di bawah tu..


Bunga yang menyegarkan pandangan..


Cantiknya orkid..


Ladang strawberi yang begitu subur..


Genting Highland yang sesak dengan orang ramai


Taman permainan Genting


Genting Highland Hotel dari kejauhan


Cuaca berkabus yang sangat teruk sewaktu turun balik


Bercuti sampai ke Kuantan..


Pine Beach Hotel Teluk Cempedak tempat penginapan


Makan malam di KFC


Keletihan seharian berjalan..


Bersantai di pantai Teluk Cempedak


Desiran ombak memukul pantai.. sangat menenangkan..


Bersiar-siar melihat keindahan pantai..


Di tepi pantai yang indah..


Tamat sudah percutian.. on the way back to KL..

Friday, 3 December 2010

Cuti - Servis Kereta

Aku bercuti hari ini kerana pagi ini aku telah buat appointment untuk servis kereta di Klang. Sudah sampai masa dan ketikanya kereta perlu diservis. Kali ini servis untuk 100k. Disebabkan hanya servis biasa yang tidak mengambil masa yang agak lama, aku buat keputusan untuk menunggu sahaja di pusat servis ini. Di sini perkhidmatan yang disediakan begitu selesa. Tempat menunggu lengkap dengan kemudahan surat khabar, televisyen, minuman dan makanan ringan dan pc untuk melayari internet. Pendek kata tidak bosanlah untuk menunggu.

Lihat saja gambar2 ini.


Ruang menunggu yang selesa



PC untuk melayari internet


Makanan dan minuman ringan pun ada


Tempat kerja2 servis kenderaan dibuat

Thursday, 2 December 2010

Bagus Sangat Ke Kita Nih?

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena " Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah".

Jadi renungilah..

Ada antara kita datang ke pejabat hanya sekadar memenuhi tanggungjawab. ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja..

Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’..

Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY..

Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN..

Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS..

Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA..

Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TAK ADA KERJA’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’..

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Wednesday, 1 December 2010

Disember - Bulan Untuk Bersantai...

Cepatnya masa berlalu. Sedar tidak sedar tinggal sebulan sahaja lagi untuk memasuki tahun baru 2011. Sebelas bulan yang telah berlalu mencatatkan pelbagai cerita, peristiwa, pahit manis kehidupan. Semuanya dilalui dengan berbagai perasaan. Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan warna.

Bulan ini adalah bulan terakhir bagi kalendar 2010. Seboleh-bolehnya aku ingin memenuhi bulan terakhir ini dengan cerita paling indah dan paling manis untuk dikenang. Tidak mahu terlalu memikirkan persoalan tentang kerja. Biarlah bulan ini dilalui dengan perasaan yang gembira, ceria, dan dalam suasana santai sahaja.

Untuk beberapa minggu terakhir ini aku telah ada program yang telah sedia diatur awal. Itu yang membuatkan aku sangat teruja dan seperti tidak sabar untuk melaluinya.

Hujung minggu ini jika tiada aral, aku akan pergi bercuti dengan seorang teman lama ke destinasi yang masih belum dipastikan lagi. Semuanya akan dirancang pada saat akhir. Yang pasti kami akan pergi keluar daripada KL ini. Sudah lama plan ini dirancang dan baru kini akan menjadi kenyataan, insyaallah.

Minggu berikutnya aku dan keluarga akan berkunjung ke Bagan Serai, Perak bagi menghadiri majlis kenduri saudara di sana dan sekaligus bercuti ke Lake Town, Bukit Merah.

Minggu seterusnya, sekali lagi percutian bersama keluarga telah diatur di Port Dickson pada tarikh 21-23 Disember. Percutian 3hr 2m di Regency Tanjung Tuan ini adalah untuk kali yang ketiga. Walaupun untuk kali yang ketiga tidak terasa jemu kerana persekitaran percutian yang menarik. Untuk itu aku telah merancang untuk bercuti seminggu bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih banyak.

Untuk minggu terakhir aku membiarkan masa dan keadaan untuk menentukan. Walaupun aku telah ada beberapa perkara yang aku rancang untuk dibuat pada tarikh tersebut namun semuanya akan dapat dipastikan pada saat2 akhir. Aku tidak akan mendetailskan di sini perancangan tersebut. Biarlah keadaan dan masa yang merancang untukku. Mana tahu ada kejutan yang aku sendiri tidak tahu. Segalanya mungkin.

Walau apapun perancangan yang dibuat segalanya ditentukan oleh Allah SWT jua. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang lebih mengetahui segala-galanya. Aku hanya berdoa semoga segala perancangan tersebut berjalan lancar dan sempurna.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin