Friday 31 December 2010

Catatan Terakhir Tahun 2010

31 Disember 2010

Hari ini adalah hari ke 365 bagi tahun 2010 dan merupakan hari terakhir bagi kalendar 2010. Hai.. sekejapnya masa. Masa berlalu terlalu pantas. Hari demi hari, bulan demi bulan dan kini tibalah hari terakhir bagi tahun 2010.

Bermula esok kalendar baru 2011 akan mengambil alih dan menggantikan tarikh yang tercatat dalam diari kehidupan setiap insan.

Menyingkap kembali catatan diari sepanjang tahun 2010 ini, sesungguhnya terlalu banyak memori yang tercatat. Ada yang manis, pahit, indah, suka, duka, sayu, pilu, gembira, ceria bersilih ganti. Begitulah namanya kehidupan. Tidak selamanya kita gembira. Tidak selalunya kita bahagia. Ada masanya kita berduka. Ada ketikanya kita diuji dengan dugaan yang kadangkala begitu hebat dan memerlukan kesabaran, kekuatan, ketabahan, ketahanan diri yang kental. Namun, sesungguhnya kita ini memang manusia yang lemah. Ada kalanya kita tewas juga. Kita tidak mampu juga untuk menerimanya dengan hati yang tenang dan redha. Bukan kerana kita tidak mahu menerima tetapi kerana kita tidak bersedia untuk menghadapinya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menerimanya dan kita tidak sanggup untuk berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak mahu ia terjadi dalam hidup kita. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apakah hikmahnya di sebalik setiap kejadian itu.

Semoga dengan bermulanya tahun baru 2011, kehidupan kita akan bertambah kepada yang lebih baik dari tahun ini. Semua orang mahu mengharapkan dan mengimpikan kehidupan yang sempurna, berjaya, bahagia sentiasa. Namun semua itu tidak selalunya datang dengan mudah. Kita perlu berusaha, mencari, berkorban, ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa jemu untuk mencapainya. Setiap orang yang berjaya pasti ada cerita sukar yang pernah mereka lalui dan semua itu akan menjadi sangat manis apabila kita telah memperolehi apa yang kita impikan dalam hidup kita.

Berbahagia dan gembiralah dengan setiap apa yang kita lakukan. Insyaallah.. suatu masa kita pasti akan dapat akan menemukan apa yang kita inginkan. Yang paling utama sentiasa redha menerima apa juga yang telah ditentukan untuk kita. Pastinya kita tidak akan merasa sukar atau payah sekalipun kita tidak memperolehi sepertimana yang kita harapkan.

Aku, mengharapkan tahun baru 2011 ini memberikan segala-galanya yang terbaik buatku. Insyaallah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin