Friday, 20 April 2012

Saya Rindu Blog Saya - Update 20.04.2012

Hampir 3 bulan saya tidak mengupdate blog saya ini. Satu tempoh yg agak lama juga. Entahlah.. saya tidak mahu memberi apa2 alasan di atas ketiadaan update itu. Nak cipta alasan memang mudah. Bermacam2 alasan buat dibuat. Biarlah masa yg telah berlalu itu ditinggalkan. Apa pun yg terjadi di sepanjang tempoh itu adalah satu perkara yg tetap akan meninggalkan kenangan. Tidak kira sama ada manis, pahit, suka, duka, gembira dan sebagainya. Kehidupan tetap perlu diteruskan.

Saya hairan juga. Walaupun blog saya tidak berupdate tetapi bila sesekali saya membukanya sentiasa ada pengunjung yg saya tidak pasti dari mana membuka blog saya ini. Tetapi berdasarkan kepada lokasi yg tercatat di Life Traffic Feed pengunjung datang daripada pelbagai lokasi yg agak jauh. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda2 semua yg begitu setia mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih yg tidak terhingga. Saya menghargai anda semua.

Alhamdulillah.. kehidupan saya masih seperti biasa. Saya gembira dan bersyukur dengan apa yg dikurniakan oleh Allah kepada saya sehingga saat ini. Saya bermohon kepada Allah agar apa yg saya miliki ketika ini berkekalan. Saya bahagia dengan cara saya. Kebahagiaan yg saya miliki mungkin tidak sama dengan orang lain tetapi hakikatnya saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya.

Masa berlalu terlalu cepat dirasakan. Di saat ini saya sedang berusaha untuk melaksanakan pelbagai perkara yg agak lama tertangguh terutamanya berkaitan Vanessa. Saya sudah tidak sabar untuk melihat apa yg saya rancangkan terlaksana mengikut apa yg saya impikan. Saya memohon agar Allah mempermudahkan setiap apa yg saya mahu rancang dan lakukan. Insyaallah.

Monday, 23 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 3

Hari ketiga menghabiskan cuti dengan berehat di resort sahaja.  Jalan-jalan di sekitar resort sambil makan2, membeli cenderahati dan melihat gelagat orang ramai.  Ramai sekali orang bercuti kali ini.  Selepas check out lebih kurang jam 3 petang kami bertolak balik.  Dalam perjalanan balik kami berhenti untuk solat dan makan malam.  Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung halaman lebih kurang jam 11.30 malam.






Sunday, 22 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 2

Hari kedua aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Nadirah yg diadakan di Dewan Majlis Daerah Selama, Perak. Meriah sekali majlis tersebut. Di majlis ini juga kami dapat bertemu dengan ramai sanak saudara dari jauh dan dekat yg turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Setelah berada kira-kira 3 jam di majlis tersebut kami pun pulang. Dalam perjalanan balik kami singgah di tasik Bukit Merah dengan tujuan untuk bergambar. Tiba-tiba hujan turun menyebabkan kami terpaksa memendekkan persinggahan kami dan bergegas balik ke resort.
















Saturday, 21 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 1

Seperti dirancang tibalah masanya untuk pergi bercuti. Perjalanan percutian kali ini merupakan pengalaman yg sangat teruk. Kami bertolak dari Shah Alam berkonvoi 2 buah kereta lebih kurang jam 2 petang. Perjalanan melalui Lebuhraya Koridor Guthrie pada mulanya lancar. Namun sebaik tiba di Rawang Selatan kenderaan mula bergerak perlahan walaupun terdapat tiga lorong. Semakin lama semakin perlahan. Kemungkinan kenderaan yg terlalu banyak menuju utara menyebabkan perjalanan menjadi tidak lancar. Lama-kelamaan pemandu menjadi tidak sabar bila mana lorong kecemasan digunakan sebagai laluan menjadikan empat lorong. Berbagai reaksi wajah dapat dilihat dari kenderaan sebelah kiri dan kanan jalan. Semuanya mempamerkan wajah2 tension dan letih kerana terpaksa memandu dalam kelajuan antara 20-40kmj. Kami buat keputusan untuk berhenti rehat di Hentian Sebelah Behrang kerana masing2 sudah tidak tahan mahu ke tandas dan perut pun lapar. Bayangkan pukul 5.30 baru sampai ke persimpangan Tanjung Malim. Nak menunggu sampai ke Hentian Sebelah Behrang dirasakan amat lambat. Padahal jaraknya tidak lah begitu jauh. Sesampainya di situ keadaan seperti kelam-kabut dan sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Nasib baik ada anggota Rela yg membant dan memantau keadaan di situ. Setelah mengisi petrol, ke tandas, makan dan berehat kira2 satu jam kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 7. Alhamdulillah.. perjalanan selepas itu agak lancar dan tidak lagi tersekat2. Namun kenderaan masih banyak. Pemanduan sekitar 80-90kmj sahaja. Sampai di Taiping hujan mula turun dengan lebatnya menyebabkan perjalanan menjadi sedikit perlahan. Akhirnya setelah melalui 8 jam perjalanan kami sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort tepat jam 10 malam. Syukur alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yg dituju. - bersambung..



Sesak teruk..


3 jam baru sampai sini..


Wajah2 lapo..


Bersedia untuk menyambung perjalanan..

Tuesday, 17 January 2012

Catatan 17.01.2012

Alhamdulillah.. hari ini sudah 17.01.2012. Hai.. cepatnyalah masa berlalu. Dalam tak sedar sudah masuk hari ke 17 di bulan Januari ini. Aku bersyukur kerana masih diberikan usia untuk bernafas di dunia ini. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini dengan mudah, tenang dan gembira. Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat dan memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buatku. Semoga semuanya ini berpanjangan.

Dalam pada itu perjalanan aktiviti kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Bekerja selagi kemampuanku ada dan itu adalah sesuatu yg mesti dilakukan untuk kehidupan ini. Namun aku mula merancang untuk melakukan banyak perkara yg selama ini tidak diberikan perhatian khusus terutamanya berkenaan Vanessa. Banyak perkara yg aku rancangkan selama ini dan akan mula melakukannya sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan semuanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Hujung minggu ini merupakan cuti panjang kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 23-24hb. Bermakna ada 4 hari cuti. Aku dan keluarga akan berkunjung ke negeri Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupuku di Selama yg akan diadakan pada 22hb. Disebabkan cuti panjang kami bercadang untuk terus bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort bagi menggantikan perancangan percutian yg tidak dapat dibuat hujung tahun lalu. Beberapa buah keluarga akan terlibat di dalam percutian kali ini. Sudah pastinya akan sangat meriah. Semoga apa yg akan dirancang berjalan dengan lancar.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin