Saturday 21 January 2012

Cuti-Cuti @ Bukit Merah Lake Town Resort - Part 1

Seperti dirancang tibalah masanya untuk pergi bercuti. Perjalanan percutian kali ini merupakan pengalaman yg sangat teruk. Kami bertolak dari Shah Alam berkonvoi 2 buah kereta lebih kurang jam 2 petang. Perjalanan melalui Lebuhraya Koridor Guthrie pada mulanya lancar. Namun sebaik tiba di Rawang Selatan kenderaan mula bergerak perlahan walaupun terdapat tiga lorong. Semakin lama semakin perlahan. Kemungkinan kenderaan yg terlalu banyak menuju utara menyebabkan perjalanan menjadi tidak lancar. Lama-kelamaan pemandu menjadi tidak sabar bila mana lorong kecemasan digunakan sebagai laluan menjadikan empat lorong. Berbagai reaksi wajah dapat dilihat dari kenderaan sebelah kiri dan kanan jalan. Semuanya mempamerkan wajah2 tension dan letih kerana terpaksa memandu dalam kelajuan antara 20-40kmj. Kami buat keputusan untuk berhenti rehat di Hentian Sebelah Behrang kerana masing2 sudah tidak tahan mahu ke tandas dan perut pun lapar. Bayangkan pukul 5.30 baru sampai ke persimpangan Tanjung Malim. Nak menunggu sampai ke Hentian Sebelah Behrang dirasakan amat lambat. Padahal jaraknya tidak lah begitu jauh. Sesampainya di situ keadaan seperti kelam-kabut dan sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Nasib baik ada anggota Rela yg membant dan memantau keadaan di situ. Setelah mengisi petrol, ke tandas, makan dan berehat kira2 satu jam kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 7. Alhamdulillah.. perjalanan selepas itu agak lancar dan tidak lagi tersekat2. Namun kenderaan masih banyak. Pemanduan sekitar 80-90kmj sahaja. Sampai di Taiping hujan mula turun dengan lebatnya menyebabkan perjalanan menjadi sedikit perlahan. Akhirnya setelah melalui 8 jam perjalanan kami sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort tepat jam 10 malam. Syukur alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yg dituju. - bersambung..



Sesak teruk..


3 jam baru sampai sini..


Wajah2 lapo..


Bersedia untuk menyambung perjalanan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin