Tuesday 17 January 2012

Catatan 17.01.2012

Alhamdulillah.. hari ini sudah 17.01.2012. Hai.. cepatnyalah masa berlalu. Dalam tak sedar sudah masuk hari ke 17 di bulan Januari ini. Aku bersyukur kerana masih diberikan usia untuk bernafas di dunia ini. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini dengan mudah, tenang dan gembira. Aku bersyukur kerana dikelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat dan memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buatku. Semoga semuanya ini berpanjangan.

Dalam pada itu perjalanan aktiviti kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Bekerja selagi kemampuanku ada dan itu adalah sesuatu yg mesti dilakukan untuk kehidupan ini. Namun aku mula merancang untuk melakukan banyak perkara yg selama ini tidak diberikan perhatian khusus terutamanya berkenaan Vanessa. Banyak perkara yg aku rancangkan selama ini dan akan mula melakukannya sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan semuanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Hujung minggu ini merupakan cuti panjang kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 23-24hb. Bermakna ada 4 hari cuti. Aku dan keluarga akan berkunjung ke negeri Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupuku di Selama yg akan diadakan pada 22hb. Disebabkan cuti panjang kami bercadang untuk terus bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort bagi menggantikan perancangan percutian yg tidak dapat dibuat hujung tahun lalu. Beberapa buah keluarga akan terlibat di dalam percutian kali ini. Sudah pastinya akan sangat meriah. Semoga apa yg akan dirancang berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin