Friday, 31 December 2010

Catatan Terakhir Tahun 2010

31 Disember 2010

Hari ini adalah hari ke 365 bagi tahun 2010 dan merupakan hari terakhir bagi kalendar 2010. Hai.. sekejapnya masa. Masa berlalu terlalu pantas. Hari demi hari, bulan demi bulan dan kini tibalah hari terakhir bagi tahun 2010.

Bermula esok kalendar baru 2011 akan mengambil alih dan menggantikan tarikh yang tercatat dalam diari kehidupan setiap insan.

Menyingkap kembali catatan diari sepanjang tahun 2010 ini, sesungguhnya terlalu banyak memori yang tercatat. Ada yang manis, pahit, indah, suka, duka, sayu, pilu, gembira, ceria bersilih ganti. Begitulah namanya kehidupan. Tidak selamanya kita gembira. Tidak selalunya kita bahagia. Ada masanya kita berduka. Ada ketikanya kita diuji dengan dugaan yang kadangkala begitu hebat dan memerlukan kesabaran, kekuatan, ketabahan, ketahanan diri yang kental. Namun, sesungguhnya kita ini memang manusia yang lemah. Ada kalanya kita tewas juga. Kita tidak mampu juga untuk menerimanya dengan hati yang tenang dan redha. Bukan kerana kita tidak mahu menerima tetapi kerana kita tidak bersedia untuk menghadapinya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menerimanya dan kita tidak sanggup untuk berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak mahu ia terjadi dalam hidup kita. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apakah hikmahnya di sebalik setiap kejadian itu.

Semoga dengan bermulanya tahun baru 2011, kehidupan kita akan bertambah kepada yang lebih baik dari tahun ini. Semua orang mahu mengharapkan dan mengimpikan kehidupan yang sempurna, berjaya, bahagia sentiasa. Namun semua itu tidak selalunya datang dengan mudah. Kita perlu berusaha, mencari, berkorban, ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa jemu untuk mencapainya. Setiap orang yang berjaya pasti ada cerita sukar yang pernah mereka lalui dan semua itu akan menjadi sangat manis apabila kita telah memperolehi apa yang kita impikan dalam hidup kita.

Berbahagia dan gembiralah dengan setiap apa yang kita lakukan. Insyaallah.. suatu masa kita pasti akan dapat akan menemukan apa yang kita inginkan. Yang paling utama sentiasa redha menerima apa juga yang telah ditentukan untuk kita. Pastinya kita tidak akan merasa sukar atau payah sekalipun kita tidak memperolehi sepertimana yang kita harapkan.

Aku, mengharapkan tahun baru 2011 ini memberikan segala-galanya yang terbaik buatku. Insyaallah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Aku, Dia dan Lagu - 10

Berteman Sepi

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

~Erra Fazira~

Aku, Dia dan Lagu - 9

Renungan Terakhir

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya mengganggu ketenangan
Dalam hidupmu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah kurindu
Mudahnya berlalu
Mengapa begitu
Berubah laku
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu denganmu

~Nora~

Tuesday, 28 December 2010

Rasa

Hari-hari ku menanti..
Hari-hari ku berharap..
Hari-hari perih ku memikirkan..
Harapanku kini hanya rasa usang..
Menunggu yang tidak pernah datang..
Menanti yang sudah melupakan..

Aku..
Kini sedari..
Semua sudah terjadi..
Kata sudah terucap..
Bicara sudah terungkap..
Masa tidak akan mampu diputar..
Keadaan tidak akan bisa diubah..

Namun..
Masih ada memori yang sukar dihapus..
Masih ada rasa yang sarat terkandung..
Terpahat di lubuk hati yang terpendam..
Saat matahari terbenam rasa itu menangis..
Mengenang yang telah hilang..
Merindu yang sudah pergi..
Meratap yang kian jauh..
Sampai bila..

Thursday, 23 December 2010

Percutian Ke Port Dickson - Day 3

Hari terakhir percutian. Sekejap saja masa berlalu. Selepas bersarapan pagi hanya duk berehat2 sambil bersembang2 dengan adik beradik. Anak2 buah lepas makan saja terus turun ke kolam untuk main air dan mandi buat kali terakhir sebelum balik. Lepas masak2 dan makan tengahari mulalah bersiap2 untuk check out.

Selepas check out bergerak ke Pantai Teluk Kemang. Saja nak bersiar2 sebelum balik. Agak ramai juga pengunjung yang datang berkelah bersama keluarga. Maklumlah cuti sekolah. Dah lama tak berkunjung ke sini. Memang banyak perubahan. Kemudahan semakin banyak berbanding beberapa tahun dahulu. Tapi pantai semakin tidak cantik. Tidak nampak lagi pasir memutih. Hanya kelihatan pasir bercampur tanah merah dan sesetengah tempat berwarna hitam. Air laut juga kelihatan keruh dan tidak menarik. Namun begitu masih ramai orang yang mandi-manda terutamanya kanak2. Mungkin dah alang2 datang berkelah tidak peduli lagi semua itu.

Selepas berehat2, makan2 dan membeli beberapa barangan berupa makanan kami bergerak balik jam 4.30. Terus ke Enstek, Sepang menghantar adik. Selepas berehat seketika sambung perjalanan balik ke Shah Alam dan sampai hampir jam 7.

Tamatlah sudah percutian keluarga 3h 2m di Port Dickson.

Gambar2 hari ketiga percutian.


Sebelum meninggalkan apartmen


Di tempat letak kereta


Gambar kenangan sebelum meninggalkan apartmen


Pantai Teluk Kemang yang tidak lagi menarik dipandang


Bersiar2 di pantai Teluk Kemang


Bersama uda


Yuyi yang ambik gambar nih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin