Saturday, 30 October 2010

Gomo Klate Gomo Juara Piala Malaysia 2010

Syabas dan tahniah kepada pasukan Kelantan (The Red Warriors) atas kemenangan menewaskan juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 pada Final Piala Malaysia 2010 edisi ke 84 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil malam ini. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Hairudin Omar pada minit ke 57 dan Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke 64 separuh masa kedua. Sementara gol tunggal Negeri Sembilan diperolehi menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Shahurain Abu Samah pada minit k 13 separuh masa pertama.

Meriah sekali kat kampung malam ini dengan sorak-sorak penyokong kedua pasukan. Aku dan lain-lain memilih Kelantan. Hanya uda yang menyokong Negeri Sembilan.

Maaflah kualiti gambar tidak memuaskan sebab hanya diambil menerusi kaca tv.. gambar tak berapa nak clear.. tak dapat pergi stadium.. hehe..


Piala Malaysia yang menjadi rebutan


Penyokong gomo klate gomo


Penyokong hobin jang hobin


Keputusan penuh


Kelantan - juara baru dinobatkan


Jurulatih Kelantan B. Sathianathan - sukanya dia..

Friday, 29 October 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah.. aku telah selamat sampai ke kampung lebih kurang jam 10.30 tadi.. Keluar ofis agak lewat sikit. Ada keja urgent pulak last-last minute. Disebabkan hari ini hari terakhir bekerja minggu ini kenalah selesaikan apa yang perlu. Keluar ofis pergi buat urusan di bank dulu sebelum gerak ke Shah Alam.

Sepanjang perjalanan jalan agak sibuk dengan kenderaan. MRR2 memang begitulah kebiasaannya pada hari bekerja. Sebelah petang memang waktu yang cukup membosankan dan menyesakkan fikiran dengan jem yang tiada kesudahan. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Orang akan bercuti ataupun mempunyai banyak perancangan di hujung minggu. Nasib baiklah aku tidak berada di laluan itu setiap hari. Belum campur lagi dengan kerenah pemandu yang tidak tahu menghormati orang lain. Seolah-olah jalan itu mereka yang punya. Sesuka hati saja menukar lorong tanpa memberi signal. Susah sangat ke nak bagi signal tu? Bukan kena bayar pun! Kalau berlaku kemalangan bukan sahaja dia yang susah, semua orang kat situ terlibat sama. Tak kiralah kereta apa. Sama saja. Tapi kalau kereta besar, kereta mewah lagilah.. Nak tunjuk lagak saja. Kalau dah tahu nak masuk susur ke kiri, bersedialah dari awal2.. Jangan dah nak dekat baru sibuk nak masuk lorong orang. Kan ke bahaya tu.. Kita pulak nak kena jaga keselamatan dia. Padahalnya itu tanggungjawab masing-masinglah. Ni orang lelakilah punya habit.. Geram betul..

Alamak.. sabar-sabar.. Aku dah jauh membebel... Cukuplah setakat tu.. Tapi itulah realiti yang selalunya berlaku. Sebab itu orang selalu kata, bila di jalan raya, kita selalunya akan hilang pertimbangan dan akan keluarlah semua sifat2 buruk yang tak pernah terfikir sebelum itu..

Yang pasti, aku cukup gembira dapat pulang ke kampung bertemu mak dan abah. Seperti biasa, banyaklah cerita-cerita yang keluar sepanjang perpisahan yang berlaku sebelum ini. Mak, abah pastinya orang yang paling gembira dengan kepulangan anak-anaknya walaupun hanya di waktu hujung minggu.

Thursday, 28 October 2010

Aku..

Aku kelihatan senyum..
Meskipun sebenarnya aku bersedih..

Aku kelihatan ketawa..
Meskipun sebenarnya aku menangis..

Aku kelihatan ceria..
Meskipun sebenarnya aku berduka..

Aku kelihatan gembira..
Meskipun sebenarnya aku sebak..
Meskipun sebenarnya aku hiba..
Meskipun sebenarnya aku pilu..
Meskipun sebenarnya aku terluka..
Meskipun sebenarnya aku kecewa..
Meskipun sebenarnya aku merintih..

Kenapa aku harus begini..
Dan sampai bila aku harus begini..

Tuesday, 26 October 2010

Hantar Dokumen Sambil Jalan2

Hari ini bos2 tidak masuk ke ofis. Ada mesyuarat tapak di Terengganu. Semalam aku telah diarah oleh bos supaya menghantar dokumen ke pejabat TPKRII hari ini. Pukul 10.15 keluar dari ofis dengan MMT. Sesudah menghantar dokumen kami terus menuju ke Chow Kit. Memang dah plan awal2 nak ke situ untuk membeli buah. Sementelah bos pulak tak ada hari ini.. Apa lagi ambik kesempatan la.. Sempat juga masuk kedai pinggan mangkuk beli macam2.. Aah.. gila tengok kedai peralatan dapur kat situ. Aku memang minat sangat barang2 macam tu. Bukan selalu dapat peluang pergi ke sana. Tempat yang sesak dengan orang ramai. Nak cari parking pun terpaksa pusing 2-3 kali. Akhirnya parking di tempat berbayar. Sesudah habis shopping pergi makan nasi di Kg. Baru. First time makan kat situ.. Sedap makanan ala kampung. Ayam kampung paling popular kat situ, kata MMT. Memang betul pun..

Sebelum balik ke ofis singgah pulak beli goreng pisang, kuih muih dekat Wangsa Melawati. Sampai di ofis semula jam 1.30.

Semalam bos tinggalkan pesanan minta prepare beberapa lagi dokumen profil syarikat. Kerja yang mudah iaitu print sahaja. Jadi.. hari ini lebih rehat daripada biasa..

Monday, 25 October 2010

Aku, Dia dan Lagu - 6




Hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum

Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari

Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

~Faizal Tahir~

p/s This song is dedicated to you..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin