Sunday, 22 August 2010

Pesan Mereka...

Teringat balik cerita lama.. Dulu-dulu masa sekolah bila nak cuti panjang mulalah masing2 sibuk minta tulis autograf sebagai kenangan. Dalam autograf tu macam2 yang ditulis, siap tampal gambar dan macam2lah. Memang kreatif masing-masing. Habit tu aku sambung sampai ke alam bekerja. Walaupun situasinya tak sama tapi tujuannya serupa. Waktu nak berhenti kerja (tahun 1994) aku minta teman-teman satu ofis menulis nota di buku autograf sebagai kenangan. Sesekali bila teringat kisah lama aku akan buka dan baca balik buku itu lalu tersenyum sendiri.. Sebelum kekal lama di tempat sekarang aku pernah bekerja di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Satu di syarikat perunding kejuruteraan, Vast Consultants Sdn Bhd (VCSB) dan satu lagi syarikat pemaju perumahan, TTDI Development Sdn Bhd (TTDI). Aku petik di sini antara beberapa nota yang tertulis di dalam buku tersebut.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
boleh dilihat dari pelbagai sudut. Walau apapun;
Lihatlah dengan positif;
Fikirlah dengan positif;

Lakukanlah dengan positif &
Rancanglah dengan positif
Selamat Maju Jaya

Ir. Mohamad
Pengarah, VCSB

(Bos No. 2 VCSB.. yang cool orangnya tapi
kalau dia marah makan dalam)

______________________________________________________

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Ana dagang bertempat
Dagang hamba dagang merempat

En. Zul
Jurutera

(Memang suka bergurau En. Zul ni.. Selalu usik dia,
tak balik Kg Ekor Lambat ke? Pelik nama kg kat Perak)
_____________________________________________________

All the best for you. Hope you will enjoy with your new job.

Sharifah Norhuda
(Pelajar praktikal dari UTM)
_____________________________________________________

Sentiasalah ingat
1) Dari mana
2) Hendak ke mana
3) Apa tujuan

Oleh itu untuk capai cita-cita dan impian anda
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

En. Kamal
Jurutera
(Jurutera projek tembok pagar keselamatan sempadan
Malaysia - Thailand.. orang Terengganu kite)
______________________________________________________

Good luck in your career and whatever you do.
Remember, everything is possible if you work for it!

Pn. Aniza
Engineer
(Pernah menjadi bos no. 3 beberapa tahun kemudian
tapi jodohnya dengan VCSB tak panjang)
_____________________________________________________

Thank you so much for serving me. You'll make a good
secretary one day. Ensure that you have your plans to guide
you through this life to make things happen.
Life is so rich, so reach that.. you must not waste
a single moment. Good luck & take care.

En. Ahmad Fuad
AHR Manager, TTDI
(Bos ku.. yang baik.. pernah minta supaya aku menarik
balik surat perletakan jawatan)
_____________________________________________________

Wherever you go - be yourself - (a person whom I've known for
only a short period), who is sweet, soft spoken and patient.
All the best in your future undertakings & do keep in
touch if you still happen to remember me..

Kak Nani
Secretary to GM
(Someone is very nice to me)
____________________________________________________

Wishing you all the best either in career and your lifelihood.
Having you for about a month in our department
is something to be remembered.
I'm impressed of your fast learner and hardworking
with our AHR Department. Keep it up whenever
you go or when you join other company.


Kak Laila
AHR Executive

(Nice person.. always there to guide whenever i need)
____________________________________________________

Nice knowing you, but only for a short time. Anyway,
you can always contact me whenever you are free.
Please keep in touch.

Kak Nurul
Internal Audit Executive
(Yang cantik dan lembut orangnya)
____________________________________________________

Your stay here with TTDI is too short. I wish you would have
stayed longer. But anyway you've to move on. I wish you
the best of endeavour and hope you'll keep in touch.

Teoh
AHR Executive

(Very nice and hardworking person)
__________________________________________________

Itulah serba sedikit yang dapat dicatatkan. Kenangan awal-awal waktu bekerja dahulu. Masa berlalu tahun demi tahun. Ingin sekali bertanya khabar di mana mereka semua kini tapi tidak tahu di mana. Walau apapun diharapkan semuanya berbahagia dengan kehidupan yang dilalui..

Saturday, 21 August 2010

Hujung Minggu Yang Ditunggu..

Hujung minggu memang hari yang ditunggu-tunggu sebab cuti dan dapat rehat. Tapi rehat dari bekerja je. Kekadang hujung minggu lebih sibuk dari hari kerja. Kekadang hujung minggu lebih letih dan penat dari hari kerja. Keluar, ke sana, ke mari, balik kampung, jalan-jalan, shopping, gi rumah adik-beradik.. itulah antara aktiviti yang selalu dibuat hujung minggu. Kadang keluar rumah pagi sabtu dan sampai ke rumah semula tengah malam isnin. Esoknya dah nak kerja balik.. Betapa letihnya.. Tapi, kalau hujung minggu tak keluar pun bosan juga.. Bila dah habis buat kerja rumah - lipat kain baju, cuci pakaian, sapu sampah, mop lantai, kemas dapur dan sebagainya, dah tak tau nak buat apa.. tengoklah tv atau tidur.. tu pun tak lama juga.. mesti rasa nak keluar.. dapat gi kedai pun ok.. teruk sangatlah..

Hari ini.. lepas cuci kereta pergi Sungai Buloh.. ada urusan yang tertangguh sejak lama.. Baru hari ini dirasakan masa yang betul-betul tepat dan sesuai nak buat.. Alhamdulillah.. terlaksana..

My friend, Salawati from Seri Kembangan datang buka puasa kat rumah dan tidur sini. Tak sempat nak masak sebab balik dari Sungai Buloh dah lewat. Beli saja juadah untuk buka puasa..

Friday, 20 August 2010

Cuti

Hari ini terpaksa ambil cuti untuk buat beberapa urusan rasmi. Semuanya berkaitan dengan Vanessa. Jam 9.30 pagi gerak ke Pandan Indah. Selepas itu terus ke Gombak. Urusan di sana selesai dalam 11.10. Balik ke rumah semula. Pukul 12 ambil LRT ke KL pulak. Turun di stesen Dang Wangi. Nasib baik senang saja nak cari tempat tu. Urusan selesai dekat jam 1. Alhamdulillah semua urusan hari ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Disebabkan masih awal aku ambil keputusan jalan-jalan sekitar Jalan Masjid India. Saja nak tengok kemeriahan bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri. Waktu itu orang lelaki tengah sibuk nak solat Jumaat. Disebabkan ruang masjid India tu tak mencukupi, ruang kaki lima kedai dan laluan sekitar bazar digunakan untuk solat. Aku singgah Mydin dan beli barang sikit. Dalam perjalanan balik ke LRT singgah tempat orang jual brooch. Nampak cantik dan beli. Then balik..

Hari ini berbuka sorang-sorang. My housemate balik rumah kakak dia dari semalam. Malam ini rehat saja sambil tengok tv..

Thursday, 19 August 2010

Orang Kelantan Ke?

Inilah persoalannya.. Adakala aku tersenyum sendiri. Sudah lebih bilangan jari sepuluh orang mengatakan aku orang kelantan. Waktu aku mula-mula bekerja dahulu salah satu tugasku menjawab panggilan telefon. Bila bercakap lama sikit dengan pemanggil ramai yang bertanya, "orang kelantan ke?" Waktu mula-mula tu aku tak rasa apa. Terus terang aku mengaku aku orang selangor walaupun lahir kat perak dan pemegang mykad xxxxxx-08-xxxx. Tapi bila dah ramai sangat yang bertanya begitu aku jadi hairan dan pelik. Aku tanya balik orang yang soal tu.. "kenapa kata saya orang kelantan?" Padahal tak pernah jumpa pun. Rupa-rupanya cara aku cakap gaya orang kelantan.. sebiji-sebiji kata mereka.. dan lagi lembut sangat.. Ada satu ketika, ketika interview, orang yang interview tu (akhirnya ambil aku bekerja walaupun aku tak lama kat situ) tanya soalan yang sama. Aku tergelak je..

Baru-baru ni masa pergi kenduri sambut puasa kat Melati, ada seorang perempuan tanya soalan tu lagi. Aku dah tak hairan tapi aku tanya balik kenapa kata macam tu? Sebab yang sama.. dan lagi katanya sebab wajahku macam orang kelantan dan kulit putih. Wah.. macam tu pulak.. Aku rasa macam tak sesuai sebab aku tak macam tu. Orang perempuan kelantan memang diakui comel-comel dan lawa-lawa dan kulit masing-masing putih bersih..

Sayangnya aku tak pandai cakap kelantan walaupun punya ramai kenalan dari kelantan. Malahan adik ipar juga orang kelantan. Kalau cakappun rasa pelik bunyinya dan orang boleh agak bukan kelantan pure.. Kalau tak dah tentu aku boleh dapat harga murah kalau shopping kat sana. Walau apa pun aku tak kisah langsung orang cakap macam tu. Orang kelantan ke, perak ke, selangor ke.. aku orang malaysia. Orang yang menilai tentu punya alasannya. Aku hanya jadi diri sendiri.. dan sentiasa cuba untuk memahami dan menjaga hati orang lain sebaiknya..

Wednesday, 18 August 2010

Hujan oh Hujan...

Waktu catatan ini dibuat hujan sedang turun dengan lebatnya. Bulan puasa kali ini cuaca begitu sejuk. Mana tidaknya.. boleh dikatakan hampir setiap hari hujan turun. Tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Tidak menentu. Tapi biasanya belah petang meleret sampai ke malam. Bila hujan waktu petang tu yang buat orang kalut. Maklumlah masing-masing tengah sibuk nak balik dari kerja dan kemudian nak membeli juadah untuk buka puasa di bazar. Bagi peniaga pulak ini ujian buat mereka. Adakala juadah yang dijual tidak habis, ada yang terkena hujan. Pelanggan pun mungkin kurang waktu hujan. Memang kena banyak sabar.. Walau apapun hujan adalah rahmat. Bersyukur dan bersabarlah dengan apa juga keadaan yang kita hadapi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin