Friday, 30 December 2011

Catatan 30.12.2011

Hari ini adalah hari terakhir bekerja di tahun 2011..
Mood untuk bekerja seperti tiada sepanjang minggu ini.
Sementelah bos2 juga bercuti maka kesibukan
menjadi berkurang dan kemalasan melanda.. haha..
Sekali lagi, disebabkan 01.01.2012 jatuh pada hari Ahad,
bermakna hari Isnin dikira sebagai cuti ganti..
Hmm.. banyak sangat cuti bulan Disember ni..
sampai tak tau nak plan apa..

Wednesday, 28 December 2011

Catatan 28.12.2011

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran..
Masa berlalu hari demi hari dan kini
sudah sampai masanya ia berakhir..
Semakin hampir 2011 meninggalkan kita..
Semakin hampir menjelangnya 2012..

Monday, 26 December 2011

Meter Kereta

Hari ni pada tarikh 26 Disember 2011
meter yg tercatat pada keretaku
menunjukkan angka 118833
setelah 7 tahun menggunakannya..
Ku kira no. ini sangat cantik untuk dikongsikan..


Friday, 23 December 2011

Aku, Dia dan Lagu - 15





Hanya Padamu Saja

Haruskah kau tanyakan
Mengapa aku kasih
Mestikah kau tanyakan
Betapa aku cinta
Bagaimanakah cara
Untukku meyakinkan
Hanya padamu saja
Semua kucurahkan

Mungkin kau tak percaya
Mungkin kau masih sangsi
Ataupun kau sengaja
Ingin jauhkan diri
Katakanlah sahaja
Agar aku mengerti
Apa sebenarnya isi di hati

Aku kan jadi seperti lilin
Membakar diri
Menerangi malammu
Memberikan kau sinaran
Di waktu kegelapanmu

Oho.. Bukan untuk seketika
Bukan jua
Hanya untuk sementara
Kan ku temani dikau hingga
Ke akhir usia

Perlukah kepastian
Mengapa aku kasih
Harus ku nyatakan
Betapa aku cinta
Kiranya ada cara
Bagiku membuktikan
Hanya dikau sahaja
Untuk selamanya

*Fauziah Latiff*

Tuesday, 20 December 2011

Langkawi - A Memorable Journey

Percutian Yang Tak Diijangka

Memang benar. Tiada langsung perancangan untuk bercuti ke Langkawi sebenarnya. Semuanya secara tiba2. Setelah perancangan untuk bercuti bersama famili gagal disebabkan tidak membuat tempahan awal, maka aku mula membuat perancangan sendiri. Walau apa pun aku mesti pergi bercuti pada hujung tahun ini. Selain untuk berehat dan menenangkan fikiran juga untuk menghabiskan cuti tahun. Kebetulan ada kawan yang tinggal di sana. Maka ini adalah satu perancangan yang sedikit mudah.

Di Langkawi aku tinggal di rumah kawan yg pernah sama2 belajar di Poli PD. Gembira dan seronok dapat berjumpa kembali Ji yg kali terakhir kutemui pada percutian kami ke Terengganu pada Tahun Baru Cina Februari lalu.

Sepanjang di Langkawi aku sempat mengunjungi beberapa tempat pelancongan yang popular seperti De Baron Resort, Pantai Cenang, Awana Porto Malai, Air Hangat, Oriental Village, Harbour Park, Kampung Beras Terbakar, Perkampungan Mahsuri dan lain2.
Disebabkan ruang masa yang terhad maka tidak dapat singgah di banyak tempat. Namun di sepanjang laluan perjalanan itu sempat juga melalui Galeria Perdana, Kompleks Kraf, Taman Burung, Underwater World, juga melihat keindahan sawah padi, kampung2 dan pemandangan yang sangat indah.

Tidak lupa juga pergi ke tempat membeli belah yang popular iaitu Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Walaupun tidaklah bershopping sangat tapi aku benar2 teruja melihat pelbagai jenis barangan dapur terutamanya pinggan mangkuk yang begitu cantik2 dan menawan hati. Suatu hari aku akan datang lagi ke sini dengan tujuan untuk bershopping.

Sememangnya percutian ini lain daripada yang lain. Ini kerana ia adalah semua perancangan percutian ini aku lakukan sendiri. Walaupun begitu singkat ia sesungguhnya satu pengalaman indah dan meninggalkan kenangan manis buatku. Ia bermakna lebih dari itu.

Antara gambar2 percutian yg sempat diabadikan.


Jeti Kuala Perlis - ramai sekali orang yg ingin bercuti ke Langkawi..


Sabar menunggu ketibaan feri ke Langkawi..


Dalam feri ke Langkawi. Lihatlah beg2 yg menggunung..


De Baron Resort




Awana Porto Malai








Bersama teman2 di Langkawi - Kak Zura, Saniah, Ji






Kolam Air Hangat yg suam2 kuku..










Cable Car













Harbour Park


Perkampungan Beras Terbakar


Perkampungan Mahsuri

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin