Thursday, 23 December 2010

Percutian Ke Port Dickson - Day 3

Hari terakhir percutian. Sekejap saja masa berlalu. Selepas bersarapan pagi hanya duk berehat2 sambil bersembang2 dengan adik beradik. Anak2 buah lepas makan saja terus turun ke kolam untuk main air dan mandi buat kali terakhir sebelum balik. Lepas masak2 dan makan tengahari mulalah bersiap2 untuk check out.

Selepas check out bergerak ke Pantai Teluk Kemang. Saja nak bersiar2 sebelum balik. Agak ramai juga pengunjung yang datang berkelah bersama keluarga. Maklumlah cuti sekolah. Dah lama tak berkunjung ke sini. Memang banyak perubahan. Kemudahan semakin banyak berbanding beberapa tahun dahulu. Tapi pantai semakin tidak cantik. Tidak nampak lagi pasir memutih. Hanya kelihatan pasir bercampur tanah merah dan sesetengah tempat berwarna hitam. Air laut juga kelihatan keruh dan tidak menarik. Namun begitu masih ramai orang yang mandi-manda terutamanya kanak2. Mungkin dah alang2 datang berkelah tidak peduli lagi semua itu.

Selepas berehat2, makan2 dan membeli beberapa barangan berupa makanan kami bergerak balik jam 4.30. Terus ke Enstek, Sepang menghantar adik. Selepas berehat seketika sambung perjalanan balik ke Shah Alam dan sampai hampir jam 7.

Tamatlah sudah percutian keluarga 3h 2m di Port Dickson.

Gambar2 hari ketiga percutian.


Sebelum meninggalkan apartmen


Di tempat letak kereta


Gambar kenangan sebelum meninggalkan apartmen


Pantai Teluk Kemang yang tidak lagi menarik dipandang


Bersiar2 di pantai Teluk Kemang


Bersama uda


Yuyi yang ambik gambar nih..

Wednesday, 22 December 2010

Percutian Ke Port Dickson - Day 2

Tiada aktiviti yang khusus hari ini. Cuma berehat2 di apartmen sambil masak2 dan makan2. Duduk di sini dah tak kira pagi, tengahari atau petang. Asyik makan saja. Makanan pulak memang banyak. Macam2 ada.. Sambil makan, bersembang dan bergelak ketawa. Betul2 santai..

Budak2 dari pagi sampailah ke petang duk mandi kolam. Sampai muka, badan dah gelap semua. Duk main air berjemur. Bila dah lapar naik atas makan. Kemudian turun balik. Macam tu lah. Tak jemu2..

Petang ni.. turun ke pantai lagi.. Bersiar2 dan menyusuri pantai dengan adik2. Ada yang mandi juga. Aku sekadar jadi pemerhati dah tukang ambik gambar..

Jom layan gambar2 hari kedua percutian.


Pemandangan daripada apartmen di waktu pagi


Kolam renang dari tingkat 4 apartmen


Apartmen mengadap pantai

Tuesday, 21 December 2010

Percutian Ke Port Dickson - Day 1

Wah.. bercuti lagi.. jangan jeles eh!

Kali ni bercuti dengan famili kat Port Dickson pulak.. Dekat je pun.. Di sini menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Apartment 3 bilik. Cukup selesa. Percutian 3h 2m ini ditaja oleh adik dari Enstek, Sepang. So.. bajet tak la banyak sangat.. haha.. Bercuti untuk merehatkan minda sambil menghabiskan cuti hujung tahun. Bila dah tiba hujung tahun mood nak bekerja pun macam tak ada. Ramai yang bercuti bersilih ganti. Bos2 pun sama. Nak tunggu tahun baru, baru bersemangat. Begitulah katanya..

Memandangkan cuti sekolah masih belum berakhir, ramai jugalah orang yang bercuti walaupun di tengah2 minggu. Kanak2lah yang paling seronok. Anak2 buahku selepas check in saja terus bersiap2 nak mandi kolam. Tak sabar2 lagi. Entah apa la yang seronok sangat main air tu..

Bila berada di persisiran pantai terasa sangat relaks. Melihat ombak memukul pantai begitu menenangkan dan mendamaikan hati dan jiwa. Alangkah indah dan seronoknya jika selalu dapat melalui situasi sebegini..

Oklah.. jom layan gambar2 nih..


The Regency Tanjung Tuan Beach Resort - tempat penginapan


Apartment bersebelahan


Setia bak ombak dan pantai..


Tenang dan damai..


Seronoknya budak2 ni mandi kolam..


Sunset yang begitu mengasyikkan..

Monday, 20 December 2010

Puisi Rindu Buat Kekasih

Sepi itu..
Membawa jiwaku mengembara..

Hingga merentas batas lamunku..
Mencari erti sebuah rindu..
Yang tidak berpenghujung..

Di sini..
Masih aku simpan setangkup rindu buatmu..
Di sudut hati yang kian celaru..
Di mana keresahan membias sendu..
Hingga lelah hati temani sepiku..


Entah..
Masih mampukah tangan ini melukis langit..
Dan menggambar rasa hatiku padamu..

Masihkah ada ruang di hatimu untukku..
Di antara rindu yang hempaskan aku..
Atau biarkan saja angin menghapus jejakmu..

Saat ini..
Aku masih terus menanti..
Hingga kau kembali..
Di sisi..


Update..

Wah.. lamanya tak update blog.. bukak2 asyik gambar kat Bukit Merah je.. sampai dah jemu tengok.. haha.. sebenarnya nak menulis blog pun perlu ada mood juga.. dan yang lebih penting kena ada idea apa nak tulis.. mungkin juga idea tu ada cuma nak menulis tu perlu ada daya kreativiti supaya apa yang nak ditulis seronok untuk dibaca.. sebenarnya kita boleh baca atau menilai karakter seseorang itu melalui tulisannya.. aku juga sebenarnya bukanlah seorang penulis yang baik.. sekadar menulis mengikut kehendak hati.. bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang penulis yang baik.. itu memang kelebihan atau anugerah kepada seseorang.. perlu ada bakat semulajadi.. dan tak semua orang ada bakat itu.. seorang penulis yang baik pastinya adalah seorang yang bijak.

Okey... tinggalkan part tu.. Sepanjang minggu lepas akitiviti harian berjalan seperti biasa. Pergi dan balik kerja. Hari sabtu cuma berehat di Taman Melati membuat aktiviti yang tertangguh beberapa minggu iaitu mengemas segala bagai. Hari ahad ke Shah Alam untuk mengambil adik dan menghantar balik ke kolej setelah habis cuti semesternya.

Minggu ni adalah minggu yang menggembirakan.. sebabnya.. esok aku akan mula bercuti panjang.. hari ini di ofis sudahkan kerja-kerja yang diminta oleh bos untuk disiapkan sebelum dia bercuti hujung minggu lepas.. esok bos masuk aku pulak mula cuti.. aku telah letakkan nota di meja bos maklumkan tugas yang aku dah siapkan.. harap2 tak ada masalah.. kalau bos tak cari maknanya ok la tu.

Esok.. seperti dirancang.. aku dan sebahagian ahli keluarga akan bercuti 3h 2m di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson. Bercuti lagi... Satu aktiviti yang tidak pernah menjemukan bagiku. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin