Monday, 27 September 2010

Hujan Lagi...

Sejuknya hari ni.. Dari pagi sampai ke malam hujan.. Tengahari tadi, cuaca sangat gelap diikuti hujan turun dengan lebatnya.. Sejuk sangat kat ofis.. Walaupun dan ubah suhu aircond ke tahap suhu luar masih juga terasa sejuk..

Hari ini dua2 bos ke Terengganu.. Ada mesyuarat tapak untuk projek penjara. So, kami kat ofis raya la.. hahah.. Kerja pun tak ada yang urgent hari ini.. Dengan cuaca yang begitu lagilah terasa kebosanan dan kemalasannya..

Hari ini sudah masuk hari ke 18 Syawal. Hai.. sekejapnya masa.. Sana sini orang buat rumah terbuka pada hujung minggu. Minggu ini program sudah diatur - balik kampung.. Harapnya tidak adalah jemputan untuk minggu ini. Memang tidak dapat pergi..

Tiada yang menarik untuk diceritakan hari ini.. Kehidupan dilalui seperti biasa..

Sunday, 26 September 2010

Bangi-Seri Kembangan-Putrajaya

Tempat-tempat ini sentiasa berada di hatiku kerana pernah mencatatkan kenangan manis buatku. Semalam dan hari ini aku berkunjung lagi ke sini atas tujuan yang berbeza.


Open house di Bangi


Seri Kembangan


Jalan-jalan di Masjid Putrajaya


Cantik bunga merah tu..


Mengabadikan kenangan dari kejauhan pejabat JPM


Salawati - teman di seri kembangan

Kandid 2 Sahabat

Biarkan gambar bercerita..


Na: Peningla saya N banyak sangat nak fikir..
Ain: Jangan pening2.. setiap masalah ada penyelesaiannya..


Na: N, awak ingat tak lagi dulu kita suka gaduh?
Ain: Mana boleh lupa.. awakkan suka merajuk..


Na: Bila awak nak datang umah saya pulak?
Ain: Insyaallah.. ni pun dah bertahun tunggu baru awak datang..hehe


Sahabat, kawan, teman sejati


Saturday, 25 September 2010

Pertemuan Yang Manis

Indahnya hari ini dapat mengunjungi sahabat lamaku, ain di rumah terbukanya dan bertemu kembali keluarga angkat yang telah sekian lama tidak ditemui. Dulu masa belajar di PPD, bila cuti selalu datang ke Bangi mengikut ain balik ke rumahnya. Begitu juga ain kerap mengikutku balik kampung. Di situlah bermulanya hubungan menjadi keluarga. Gembira sekali dapat bertemu mak, ain, syam, kusha dan saudara maranya. Cuma kak zura dan izi tidak ada. Kini, masing-masing telah dewasa dan punya keluarga sendiri.

Gambar-gambar yang menjadi kenangan buat tatapan.


Bersemangat nak pergi open house


Cool..


Mak, mak teh, awin dan alia


Syam dan kusha - sama besar dah


Ain dan adzir - happy couple


Si comel aisya


Ain, saya, huda dan adik

Jamuan Aidilfitri Taman Melati

Tengahari ini sempat menghadiri majlis jamuan Aidilfitri Taman Melati Kawasan 5 (E1-E8) bersama housemate. Simple saja majlis dan juadah yang disediakan. Tak kisahlah.. Yang penting memenuhi dan menghormati jemputan yang diterima.


Teman serumahku

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin