Saturday, 25 September 2010
Hatiku Berbunga Riang
Ada sesuatu yang membuatkan hatiku menjadi riang hari ini.. Telah lama aku nantikan saat ini.. Namun biarlah menjadi rahsiaku dan tidak perlu untuk ku ceritakan di sini..
Friday, 24 September 2010
Jamuan Aidilfitri VCSB
Hari ini 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H VCSB mengadakan majlis jamuan aidilfitri sepertimana dijadualkan. Dah namapun jamuan, maka banyaklah makanan. Semua juadah disediakan sendiri oleh staf dan ada juga yang ditempah. Macam-macam juadah ada seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, spagetti, roti jala, sate, kuih, puding, kek, buah-buahan dan minuman semestinya. Masing-masing berpakaian mengikut tema hari raya termasuklah bos-bos. Semuanya nampak cantik dan hensem. Tahun ini bos menjemput ramai tetamu. Semuanya datang hampir serentak.
Biarkan gambar-gambar bercerita..
Biarkan gambar-gambar bercerita..
Karipap oleh shahrul, roti jala dan puding oleh mahya
Tuan blog menaja spagetti.. buat sendiri tau!
Ex-staff yang datang.. en. zul, en. kamal dan zailan
Gaya spontan bos besar dan bos kecik
Posing sebelum majlis - ana, ayu, aya dan ani
Tak cukup korum.. acu tiada dalam gambar.. cuti sakit
Thursday, 23 September 2010
Kisah Setia Seorang Lelaki
Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9.30 pagi seorang lelaki berusia 70an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya satu jam lagi.
Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah. Sebentar-sebentar melihat ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan doktor, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.
Sambil merawat lukaya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak. Dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya setiap hari. Dia menceritakan bahawa isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan isterinya mengidap penyakit alzheimer.
Lalu kutanya apakah isterinya akan marah kalau dia terlambat datang. Dia menjawab bahawa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat terkejut dan berkata, "Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik tidak kenal lagi??" Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, "Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia, kan?".
Aku terus menahan air mata hingga pakcik itu pergi. Aku kagum. Cinta kasih seperti itulah yang aku mahu dalam hidupku.
"Cinta sesungguhnya tidak bersifat fizik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi dan yang tidak akan pernah terjadi".
Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting:
"Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki. Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan".
p/s credit to writer, unknown source

Susah Ke Nak Faham Tu?
Susah ke nak faham tu?
Aku pernah tersentak dengan kata-kata ini.. susahnya untuk aku menerima semua itu..
Susah ke nak faham tu?
Memang susah untuk aku fahami kenapa ini berlaku kepadaku..
Susah ke nak faham tu?
Memang susah untuk aku fahami kenapa hingga saat ini aku masih tidak mampu untuk melupakanmu..
Susah ke nak faham tu?
Memang susah untuk aku fahami kenapa dirimu begitu istimewa bagiku..
Susah ke nak faham tu?
Memang susah untuk aku fahami..

Wednesday, 22 September 2010
Persidangan Meja Bulat
Bersempena dengan jamuan Aidilfitri pada jumaat ini (24.09.2010), satu perbincangan di meja bulat telah diadakan pagi ini. Keputusan telah dicapai berkaitan dengan juadah yang akan disediakan nanti. Masing-masing telah memberi cadangan dan pendapat. Disebabkan bos-bos akan keluar untuk meeting jam 3 petang, maka majlis akan bermula sedikit awal. Jamuan tidak dapat ditunda ke tarikh lain disebabkan minggu selepas itu ramai yang akan terlibat dengan outstation dan meeting di luar. Mahu tak mahu terpaksa juga buat dalam minggu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)