Andai kata cinta telah diucapkan
itu bukan satu jaminan
cinta dapat dikekalkan
kerana cinta boleh berubah haluan
- masa
- keadaan
- cabaran
Adalah musuh pada percintaan
cinta boleh diikat
menjadi padu dan kuat
andai cinta yang dihayat
ada rasa kasih dan sahabat
tersemat
cinta cuma kata-kata
rasa kasih.. cuma terjemahan dari teori cinta
rasa bersahabat.. adalah praktik pada teorinya
Bila kekasih itu adalah sahabat
seorang kekasih boleh dilukai dan dilupai
kekasih yang bersahabat
saling..
- mengingati
- menghormati
- memahami
- melindungi
- memerlui
- menyayangi
- merindui
Yang pada kekasih itu adalah sahabat
tiada istilah luka
tiada istilah lupa
paling nikmat bila bercinta
Bila kekasih itu adalah sahabat
meski cinta tidak sampai ke syurga rumahtangga
meski terpisah cinta
tapi tidak terputus kasih
Bila kekasih itu adalah sahabat
dia tetap kekal di hati terpahat
hingga akhir hayat
Wednesday, 22 September 2010
Monday, 20 September 2010
Back to Work
Setelah 12 hari bercuti panjang sempena Aidilfitri hari ini kembali bekerja semula. Meninggalkan mak, abah dan semua kenangan manis yang dilalui sepanjang cuti yang lalu.
Masing-masing seperti tidak ada mood untuk bekerja. Maklumlah bercuti agak lama. Terpaksa refresh balik kerja yang ditinggalkan sebelum ini. Tapi semuanya ok sebab balik cuti hari tu semua kerja yang urgent sudah diselesaikan.
Bos beritahu nak buat jamuan aidilfitri untuk ofis pada hari jumaat. emm... apa nak masak ye.. masih ada masa untuk fikir..

Sunday, 19 September 2010
Saturday, 18 September 2010
Mereka Yang Menghiburkan..
Kerenah mereka yang menghiburkan dan adakalanya memeningkan kepala. Bila semuanya berkumpul serentak rumah bagaikan nak pecah dengan kerenah mereka. Tak tau penat dari siang sampai malam selagi belum tidur asyik main, main, main, bergaduh, menangis.
Untuk anak-anak buahku:
1. Shafikah (kakak)
2. Mohd Lokman Ali (oman)
3. Nurul Adibah (adibah)
4. A'esyah Maisarah (a'esy)
5. Mohd Fahmi (ami)
6. Amir Fitri (amir)
7. Muhammad Hazim (ajim)
8. Muhammad Rahimi (rahimi)
9. Muhammad Zulhilmi (joi)
10. Muhammad Zulfikri (fiki)
11. Amirul Iman (mirul)
12. Naufal Imran (opal)
13. Nazril Amin (bebeh)
14. Putri Aleeya (putri)
15. Muhammad Firdaus Syahmi (syahmi)
16. Muhammad Faiz Ridzwan (faiz)
17. Muhammad Arish Damien (arish)
Jadilah kamu anak yang taat kepada ibu-bapa dan insan yang berguna kelak. Walaupun cik yong selalu marah kamu (sebab kamu nakal dan kadang kala tak dengar kata) tapi sebenarnya cik yong sayang kamu semua.

Wednesday, 15 September 2010
Kenangan Raya 2010 - Part 2
Meriahnya...
Bertuahnya punya keluarga yang ramai. Masa kecil-kecil dulu memang terasa sukar kerana perlu berkongsi banyak benda dengan adik-beradik dan tidak berpeluang untuk hidup dengan selesa. Walaupun kehidupan dilalui dengan serba sederhana hubungan adik-beradik tetap rapat. Suka duka kehidupan sewaktu kecil pastinya menjadi memori manis untuk dikenang. Masa berlalu tahun demi tahun dan kini apabila masing-masing sudah dewasa dan punya keluarga sendiri peluang untuk bertemu dan berkumpul ramai2 memang agak terhad. Maklumlah masing-masing mempunyai kehidupan sendiri yang perlu diuruskan. Cuma bila hari raya, kenduri-kendara atau cuti panjang barulah berpeluang untuk berjumpa serentak. Kalau dah berkumpul ramai-ramai memang meriah. Tak perlu orang lain. Adik-beradik, ipar-duai serta karenah anak-anak saudara sudah cukup untuk membuatkan rumah jadi kecoh. Melihatkan kereta yang bersusun di halaman pun orang sudah boleh agak mesti ramai ahli keluarga. Walau apapun aku bangga mempunyai adik-beradik yang ramai begini. Dan tidak semua orang memilikinya.
Gambar-gambar kereta mewakili adik-beradik yang ada. Dua lagi tiada dalam gambar.. hehe..

Subscribe to:
Posts (Atom)