Tuesday 25 January 2011

Tak Sabar Nak Cuti

Terasa lambat pulak nak abis bulan januari ni. Rasa macam lama betul nak tunggu cuti panjang awal bulan februari. Tentunya aku sangat tidak sabar untuk menunggu cuti raya cina nanti. Sebabnya aku akan pergi bercuti bersama teman2 sewaktu belajar di poli dahulu. Percutian yang memang dirancang lama cuma baru kini menjadi kenyataan. Dah lama sangat kami tak berjumpa dan bercuti bersama2. Kali terakhir percutian kami ke Melaka tahun 2003. Sebab tu rasa teruja yang teramat sangat. Kali ini destinasi percutian ke Terengganu. Aku tak dapat nak bayangkan percutian pada musim perayaan. Mesti kesesakan berlaku di mana2. Namun perancangan telah dibuat dan tidak dapat ditunda lagi. Cuma menunggu tiba harinya sahaja. Hanya waktu cuti panjang beginilah sesuai untuk pergi bercuti. Tak perlu mengambil banyak cuti. Cuma menambah untuk sehari dua.

Dalam pada itu aku tengah sibuk nak mengemas rumah, mengubah susun atur rumah, menukar apa yang perlu dan menyediakan segala keperluan. Teman2 ku akan singgah untuk sehari dua di sini selepas balik dari percutian nanti. Sebagai tuan rumah aku akan memastikan semuanya kelihatan teratur dan sempurna untuk keselesaan tetamu ku nanti.

Hujung minggu ni aku akan pulang ke kampung buat seketika. Dah lama sangat tak balik kampung bertemu mak abah. Dah la nanti cuti panjang aku tak balik. Selain itu ada beberapa barang yang ingin aku cari dan beli waktu balik kampung nanti.

Dalam masa seminggu ni aku akan jadi seorang yang lebih sibuk untuk membuat persiapan sebelum pergi bercuti. Mudah-mudahan semua yang aku rancangkan berjalan lancar dan sempurna dan aku dapat pergi bercuti dengan hati yang tenang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin