Tuesday 11 January 2011

Buka Facebook

Dah seminggu blog kesayanganku ini tak diupdate.. Terkadang ada ketika aku buntu. Tidak tahu apa yang nak dicatatkan. Terkadang ada ketika rasa malas lebih menguasai diri membuatkan semuanya jadi perlahan. Seminggu yang berlalu dilalui seperti biasa. Masa berlalu tanpa menunggu kita. Walau apapun yang berlaku kehidupan tetap perlu diteruskan. Susah atau senang, suka atau duka, pahit atau manis semuanya adalah rencah yang mewarnai kehidupan setiap insan.

Minggu ini tiba-tiba tergerak hati untuk membuka akaun facebook. Sejak beberapa lama teman2 mengusik bukalah facebook, aku cuma berkata nantilah.. belum terbuka hati.. Memang rasa agak ketinggalan bila orang lain asyik bercerita tentang facebook di mana2 saja. Aku sekadar mampu mendengar. Sesekali menyampuk. Hinggakan anak2 buah yang masih di sekolah rendah pun sudah ada facebook. Di mana2 ada kesempatan masing2 sibuk nak update. Ia sudah menjadi kegilaan hampir kebanyakan orang kini. Seolah2 tanpa facebook kehidupan seperti tidak normal. Tapi bagiku itu adalah terpulang kepada diri masing2. Aku tidak akan buat sesuatu hanya kerana mahu terikut2 dengan cara orang lain. Apabila sampai masa dan ketikanya sesuatu itu akan berlaku mengikut kehendakNya jua. Tidak dinafikan facebook ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Namun itu terpulang kepada cara bagaimana kita menggunakannya. Dan kini bila hatiku terbuka untuk berfacebook aku akan cuba untuk tidak membiarkan facebook menguasai kehidupanku. Tujuanku hanya satu - untuk menjejak teman2 lama yang telah terputus hubungan sejak sekian lama. Juga berhubung kembali dengan teman2 yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan sewaktu zaman persekolahan dan alam pekerjaan. Seronok sekali apabila melihat teman2 lama satu-persatu memenuhi permintaan untuk disenaraikan sebagai kawan. Ini menandakan diri ini masih tetap diingati walaupun telah lama hubungan terputus disebabkan oleh masa dan keadaan. Bila melihat senarai nama2 itu satu2 kenangan sewaktu bersama membayangi di hati. Ada kenangan terindah yang pernah dilalui sewaktu bersama setiap daripada teman2 itu. Tidak kira manis atau pahit semuanya tetap menjadi kenangan dan terpahat di dalam memori sampai bila2.

Sesungguhnya.. teman yang baik susah untuk dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin