Thursday 27 January 2011

Susah Sangat Ke Nak Bagi Signal?

Dah lama aku nak tulis entry tentang ini. Asyik tertangguh saja. Walaupun ada banyak perkara yang boleh dijadikan sebab atau punca berlakunya kemalangan aku cuma mahu bicara tentang subjek ini sahaja.

Sejak sekian lama aku memerhati dan melalui pengalaman berada di jalanraya inilah satu masalah yang begitu kritikal dihadapi kepada kebanyakan pemandu kat Malaysia ni - pemandu tak mahu bagi signal bila nak keluar masuk simpang, ketika memotong, mahupun ketika menukar atau mengubah laluan dengan tergesa2.

Aku sendiri kerap kali berhadapan dengan situasi ini. Bagiku orang seperti ini tidak tahu menghormati orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri. Beranggapan jalanraya itu milik dia seorang. Dia tak tahu tindakan seperti itu bukan saja membahayakan dan menyusahkan diri dia sendiri malahan melibatkan pihak lain juga jika berlalu sesuatu yang tidak diingini.

Susah sangat ke nak bagi signal? Bukan payah pun kan. Tak sampai sesaat pun. Ini adalah berpunca daripada masalah sikap. Sangat menjengkelkan hati dan mata apabila berhadapan dengan orang yang bersikap seperti ini. Contohnya ketika berada di simpang nak masuk ke kanan. Kita menunggulah kononnya orang dari kanan kita tu nak lalu terus. Sekali tiba2 selamba je dia masuk ke kiri tanpa memberi signal. Geramnya.. Kita dah tercongok kat situ lama. Sekali dia buat macam tu. Mahu tak merungut.. merungut tu biasa lagi.. yang menyumpah seranah pun ada.

Sesudah tu bila kat jalanraya, ada pulak spesis yang jenis tak sabar2. Dah la tak bagi signal, main masuk je laluan orang. Ingat jalanraya dia ke? Kalau tak kemalangan nasib baik lah. Kalau jadi hal tanggunglah sendiri. Kalau ye pun nak cepat.. hormatlah orang lain juga. Kita pulak yang nak kena jaga keselamatan dia. Padahalnya.. itu tanggungjawab masing2 lah kan.

Lagi satu ketika nak memotong, susah sangat ke nak bagi signal? Sedangkan itu perkara yang amat penting sekali dilakukan. Tanpa signal kita tak akan dapat membaca apa yang ingin dibuat oleh pemandu lain. Tapi ada sesetengah pemandu beranggapan orang lain boleh nampak semua pergerakan dia.

Aku bukan jenis yang berkira sangat atau terlalu terikat dengan peraturan. Peraturan tetap peraturan. Tetapi ketika mana keadaan memerlukan aku masih boleh bertolak ansur dan memberi ruang kepada orang lain. Tidak mengapalah beralah asalkan keadaan kita akan selamat. Bagiku berada di jalanraya bererti kita berhadapan dengan pelbagai risiko yang tidak terduga. Sama ada kesilapan kita atau orang lain kesannya dan akibatnya adalah sama. Menyusahkan.

Fikir2kan lah.. Tak rugi kita menghormati orang lain malahan kita akan lebih dihormati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin