Friday, 23 November 2012

Makan di Aroma Ikan Bakar

Sudah lama berhasrat untuk makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram.  Ini adalah salah satu tempat makanan seafood yg popular di Selangor selain di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dan Bagan Lalang, Sepang.  Di kesempatan cuti panjang maka sempat juga meluangkan masa untuk makan malam di sini.  Suasananya agak menarik dan tempat makannya agak luas dengan beberapa ruang makan yang berlainan rekabentuk. Ramai juga orang yang datang untuk makan ketika itu.

Makanan disajikan dalam tempoh yang singkat. Paling penting harganya agak berpatutan.  Sajian makan pada hari itu adalah udang masa butter (10 ekor), sotong sederhana besar goreng tepung (1 ekor), ikan kembung masak pedas (1 ekor), sayur kangkung goreng belacan, nasi putih, air jus, air suam.  Semuanya berharga RM40.  Agak berbaloi.  Mungkin boleh datang lagi pada masa akan datang.

Aroma Ikan Bakar Jeram

Ramai yg datang untuk menikmati makan malam

Ruang makan yg luas, selesa dan banyak pilihan

Menyelerakan

Nampak tak cili kering tu.. macam ni rupanya masak pedas..

Thursday, 22 November 2012

Berjalan Ke Melaka Negeri Bersejarah

Salah satu aktiviti cuti yang sempat dirancang adalah berjalan ke negeri Melaka.  Sudah agak lama juga juga tidak berkunjung ke sini.  Rupanya terlalu banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Sepanjang perjalanan setengah hari tu banyak lagi tempat2 menarik yang tidak dapat dikunjungi disebabkan kesuntukan masa.  Kenangan menyusuri Sg Melaka adalah yang paling menarik disebabkan pemandangan di kiri dan kanan sungai terdapat panorama bangunan2 dihiasi dengan lukisan mural yg cantik dan menarik.  Tidak jemu mata memandang. Rasanya tidak rugi untuk berkunjung ke Melaka.

















Majlis Pertunangan Mimi

Pada hari Sabtu 10hb November 2012 diadakan majlis pertunangan sepupuku bernama Mimi Wahidah yg diadakan di rumah pakcikku di Sg. Leman, Sekinchan.  Lepas berkemas serba serbinya aku bertolak balik ke Tg Karang untuk mengambil adik2ku sebelum bergerak ke rumah pakcik.

Agak meriah majlis tersebut. Rombongan pertunangan pun ramai.  Makanan yang disajikan pun sedap2.  Seperti biasa kalau di rumah pakcik (merangkap rumah nenek) bergambar dengan pemandangan sawah adalah aktiviti wajib disebabkan pemandangannya yg cantik dan segar mata memandang.

Waktu balik aku dan adik2 ku menyusuri jalan pinggir sungai.  Dah lama tak lalu dan melihat pemandangan seperti itu.  Sangat menenangkan.





 




.

Cuti Seminggu

Memandangkan terdapat dua hari cuti umum iaitu Deepavali pada 13hb dan Maal Hijrah pada 15hb maka aku membuat keputusan untuk mengambil cuti selama 3 hari dan menjadikan cuti rehat sebanyak 9 hari iaitu dari 10 - 18hb November 2012.  Wow.. macam nak bercuti raya gayanya. Peluang yang bukan datang selalu ini patut direbut. Hehe. Sepanjang percutian itu banyak aktiviti yg dibuat dan aku akan cuba cerita dalam post yg berbeza.  Tunggu..

Thursday, 8 November 2012

Chiko oh Chiko

Di satu hari pada 12 Oktober 2012 sewaktu aku sampai ke ofis dan hendak parking kereta tiba2 aku ternampak seekor kucing berada berhampiran tempat parking itu.  Dia kucing yang sangat comel dan berlainan sekali disebabkan warna coklatnya agak jarang ditemui.  Dia juga kelihatan jinak dan manja bila diusap badannya.  Disebabkan aku begitu tertarik dgn kucing ini maka aku berhasrat untuk mengambilnya tanpa mempedulikan sama ada kucing ini mempunyai tuan atau tidak. Namun aku yakin dia adalah seekor kucing jalanan yang banyak terdapat di sekitar foodcourt di ofisku.  Memandangkan hari itu masih awal pagi maka aku tida pilihan lain melainkan membawa kucing ini ke ofisku.  Sampai di ofis aku terlebih dahulu mandikan kucing ini supaya ia kelihatan bersih. Dia langsung tidak meronta dan sangat senang diuruskan. Baru ku tahu rupanya ini kemungkinan adalah species kucing siam dan bukan kucing kampung bila dengar suaranya mengiau halus.  Selepas dimandikan aku hanya membiarkan dia mengeringkan badannya sendiri sambil aku membuat kerja.  Dia langsung tidak banyak kerenah. Lebih banyak tidur.

Bila bosku masuk ke ofis aku tidak ada pilihan melainkan terpaksa memberitahu hal tersebut kepadanya.  Nasib baik lah bos tak marah.  Selamat. Hehe. Waktu tengahari itu aku turun membelikan nasi dan lauk namun dia seperti tidak mahu makan nasi. Mungkin kucing siam memang begitu agaknya.

Selepas habis waktu bekerja aku membawa kucing terus balik ke kampung kerana memang aku berhasrat untuk tinggalkan di kampung disebabkan kesukaran untuk membelanya di Kuala Lumpur ini.  Di dalam kereta dia cukup baik.  Hanya duduk di ribaku sewaktu aku memandu.  Di kampung aku meminta abah membelikan makanan kucing dalam bentuk biskut (kibles).  Aku rasa gembira bila dia makan dengan begitu berselera sekali.  Maka selepas ini hanya perlu membelikan makanan sebegitu saja lah untuknya.

Kini, setelah beberapa minggu kucing jantan yang aku namakan Chiko ini begitu sihat dan aktif.  Badannya juga sudah semakin berat.  Dia gemar makan, tidur, tangkap cicak atau tikus sekadar untuk bermain-main.  Cuma sangat susah untuk mendengar suaranya.  Sewaktu dimandikan pun hanya sesekali terdengar suaranya mengiau halus.

Aku harap Chiko kesayanganku akan terus sihat dan menjadi penghibur kami sekeluarga.

Chiko sedang mengeringkan badan selepas mandi waktu dibawa ke ofis

Selepas dimandikan

Lenanya tidur

Sungguh berat

Ada tahi lalat di wajahnya
Chiko yg comel 

Chiko dah gemuk


Chiko sangat berani memanjat pokok mangga

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin