Memandangkan terdapat dua hari cuti umum iaitu Deepavali pada 13hb dan Maal Hijrah pada 15hb maka aku membuat keputusan untuk mengambil cuti selama 3 hari dan menjadikan cuti rehat sebanyak 9 hari iaitu dari 10 - 18hb November 2012. Wow.. macam nak bercuti raya gayanya. Peluang yang bukan datang selalu ini patut direbut. Hehe. Sepanjang percutian itu banyak aktiviti yg dibuat dan aku akan cuba cerita dalam post yg berbeza. Tunggu..
Thursday, 22 November 2012
Thursday, 8 November 2012
Chiko oh Chiko
Di satu hari pada 12 Oktober 2012 sewaktu aku sampai ke ofis dan hendak parking kereta tiba2 aku ternampak seekor kucing berada berhampiran tempat parking itu. Dia kucing yang sangat comel dan berlainan sekali disebabkan warna coklatnya agak jarang ditemui. Dia juga kelihatan jinak dan manja bila diusap badannya. Disebabkan aku begitu tertarik dgn kucing ini maka aku berhasrat untuk mengambilnya tanpa mempedulikan sama ada kucing ini mempunyai tuan atau tidak. Namun aku yakin dia adalah seekor kucing jalanan yang banyak terdapat di sekitar foodcourt di ofisku. Memandangkan hari itu masih awal pagi maka aku tida pilihan lain melainkan membawa kucing ini ke ofisku. Sampai di ofis aku terlebih dahulu mandikan kucing ini supaya ia kelihatan bersih. Dia langsung tidak meronta dan sangat senang diuruskan. Baru ku tahu rupanya ini kemungkinan adalah species kucing siam dan bukan kucing kampung bila dengar suaranya mengiau halus. Selepas dimandikan aku hanya membiarkan dia mengeringkan badannya sendiri sambil aku membuat kerja. Dia langsung tidak banyak kerenah. Lebih banyak tidur.
Bila bosku masuk ke ofis aku tidak ada pilihan melainkan terpaksa memberitahu hal tersebut kepadanya. Nasib baik lah bos tak marah. Selamat. Hehe. Waktu tengahari itu aku turun membelikan nasi dan lauk namun dia seperti tidak mahu makan nasi. Mungkin kucing siam memang begitu agaknya.
Selepas habis waktu bekerja aku membawa kucing terus balik ke kampung kerana memang aku berhasrat untuk tinggalkan di kampung disebabkan kesukaran untuk membelanya di Kuala Lumpur ini. Di dalam kereta dia cukup baik. Hanya duduk di ribaku sewaktu aku memandu. Di kampung aku meminta abah membelikan makanan kucing dalam bentuk biskut (kibles). Aku rasa gembira bila dia makan dengan begitu berselera sekali. Maka selepas ini hanya perlu membelikan makanan sebegitu saja lah untuknya.
Kini, setelah beberapa minggu kucing jantan yang aku namakan Chiko ini begitu sihat dan aktif. Badannya juga sudah semakin berat. Dia gemar makan, tidur, tangkap cicak atau tikus sekadar untuk bermain-main. Cuma sangat susah untuk mendengar suaranya. Sewaktu dimandikan pun hanya sesekali terdengar suaranya mengiau halus.
Aku harap Chiko kesayanganku akan terus sihat dan menjadi penghibur kami sekeluarga.
Chiko sedang mengeringkan badan selepas mandi waktu dibawa ke ofis
Selepas dimandikan
Lenanya tidur
Sungguh berat
Ada tahi lalat di wajahnya
Chiko yg comel
Chiko dah gemuk
Chiko sangat berani memanjat pokok mangga
Vios Tercalar atau Dicalar
Di satu pagi 22 Oktober 2012 sewaktu aku turun untuk pergi bekerja alangkah terkejutnya aku bila melihat Viosku tercalar di tempat parking. Sedih dan marah bagai disiat2 aku rasakan. Entah siapa yang begitu cuai hingga mengakibatkan keretaku jadi begitu. Seperti tercalar rasa hatiku. Vios adalah kesayanganku yg aku begitu jaga serba serbinya. Sakit hatiku ini melihat kereta kesayangkan ku jadi begitu.
Calar yg agak teruk
Thursday, 1 November 2012
Bertemu Kawan PPD di Hari Raya Aidiladha
Pada hari raya kedua Aidiladha lalu sempat juga bertemu kawan2 yg pernah sama2 belajar sewaktu menuntut di Politeknik Port Dickson. Pertemuan ini dirancang dalam masa yang singkat memandangkan masing2 sedang bercuti. Salah seorang daripada kawan itu balik kampung di Teluk Intan. Kawan lagi seorang tinggal di Klang. Disebabkan itu kami membuat pertemuan di lokasi tengah2 iaitu di Sg Besar. Banyak yang kami perbualkan dalam pertemuan tersebut. Walaupun pertemuan hanya sekejap tapi amat menggembirakan buat kami. Kawan2 ini adalah merupakan kawan2 yg kerap kami cuti bersama. Selepas ini kami merancang untuk bercuti lagi. Insyaallah kalau tiada halangan pada tahun depan.
Bertemu Kawan SMDH Di Hari Raya Aidiladha
Di hari raya Aidiladha lalu sempat bertemu dengan kawan2 dari Sekolah Menengah Dato' Harun (SMDH). Salah seorang darinya pernah bertemu masa reunion baru2 ini. Seorang lagi tidak pernah bertemu sejak meninggalkan SMDH sejak 25 tahun lalu. Walaupun dulu hanya kenal sebagai rakan sekolah dan tidak begitu mengenali denganrapat namun sejak adanya facebook ia tidak menjadi halangan untuk berhubung an menjalin persabahatan yang lebih erat. Seronok rasanya dalam keadaan sekarang semakin ramai kawan2 yg dapat dikenali. Sesuatu yg tidak pernah dijangka sama sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)









