Thursday, 8 November 2012

Vios Tercalar atau Dicalar

Di satu pagi 22 Oktober 2012 sewaktu aku turun untuk pergi bekerja alangkah terkejutnya aku bila melihat Viosku tercalar di tempat parking.  Sedih dan marah bagai disiat2 aku rasakan.  Entah siapa yang begitu cuai hingga mengakibatkan keretaku jadi begitu.  Seperti tercalar rasa hatiku.  Vios adalah kesayanganku yg aku begitu jaga serba serbinya. Sakit hatiku ini melihat kereta kesayangkan ku jadi begitu.

Calar yg agak teruk

Thursday, 1 November 2012

Bertemu Kawan PPD di Hari Raya Aidiladha

Pada hari raya kedua Aidiladha lalu sempat juga bertemu kawan2 yg pernah sama2 belajar sewaktu menuntut di Politeknik Port Dickson. Pertemuan ini dirancang dalam masa yang singkat memandangkan masing2 sedang bercuti.  Salah seorang daripada kawan itu balik kampung di Teluk Intan.  Kawan lagi seorang tinggal di Klang.  Disebabkan itu kami membuat pertemuan di lokasi tengah2 iaitu di Sg Besar.  Banyak yang kami perbualkan dalam pertemuan tersebut. Walaupun pertemuan hanya sekejap tapi amat menggembirakan buat kami. Kawan2 ini adalah merupakan kawan2 yg kerap kami cuti bersama. Selepas ini kami merancang untuk bercuti lagi. Insyaallah kalau tiada halangan pada tahun depan.  






Bertemu Kawan SMDH Di Hari Raya Aidiladha

Di hari raya Aidiladha lalu sempat bertemu dengan kawan2 dari Sekolah Menengah Dato' Harun (SMDH).  Salah seorang darinya pernah bertemu masa reunion baru2 ini. Seorang lagi tidak pernah bertemu sejak meninggalkan SMDH sejak 25 tahun lalu.  Walaupun dulu hanya kenal sebagai rakan sekolah dan tidak begitu mengenali denganrapat namun sejak adanya facebook ia tidak menjadi halangan untuk berhubung an menjalin persabahatan yang lebih erat. Seronok rasanya dalam keadaan sekarang semakin ramai kawan2 yg dapat dikenali. Sesuatu yg tidak pernah dijangka sama sekali.








Tuesday, 30 October 2012

Majlis Konvokesyen Adik Bongsu

Pada 22 Oktober 2012 lalu merupakan hari bersejarah buat adik bongsuku bila mana pada tarikh itu dia menerima ijazah setelah tamatnya pengajian di UKM.  Aku, mak, ayah dan adik turut menghadiri menghadiri majlis tersebut bagi meraikan bersama-samanya.  Kami sekeluarga bangga dengan pencapaian adik.  Mudah-mudahan adik dapat mencapai segala apa yang dicita-citakannya selepas ini. 







Thursday, 18 October 2012

Kenangan Reunion SMDH - 29 September 2012

Alhamdulillah.. akhirnya setelah 25 tahun dapat juga aku bertemu dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Dato' Harun (SMDH) Tanjung Karang, Selangor.  Ini adalah sekolahku sewaktu aku menuntut di tingkatan 1 -3.  Walaupun ramai di antaranya tidak dikenali namun tidak menjadi halangan untuk kami saling bertemu dan mengenali antara satu sama lain.

Pertemuan ini diadakan di rumah salah seorang sahabat kami di Blok M, Sawah Sempadan.  Pemandangan di sini sangat indah dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Pertemuan ini berjaya mengumpulkan sahabat-sahabat yang berada di dalam SMDH Group yg mana aku adalah orang yang mula-mula sekali mengasas group ini.  Sehingga kini terdapat 4 orang admin  (tidak termasuk aku) yang dilantik bagi melancarkan perjalanan group ini.

Reunion ini melibatkan rakan-rakan yg lahir pada tahun 1972 asalkan mereka pernah belajar di SMDH bermula dari tingkatan 1 - 6.  

Aktiviti yg telah dirancang sejak beberapa bulan lalu telah berjalan dengan jayanya.  Berbagai aktiviti menarik dijalankan bagi memeriahkan majlis tersebut. Sambutan yg diterima dari rakan-rakan group amat lah baik memandangkan semuanya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu kawan-kawan sejak berpuluh tahun meninggalkan sekolah itu.

Semoga selepas ini hubungan baik ini tidak akan terhenti di sini saja.  Insyaallah kami akan mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang akan dapat mengeratkan lagi talian persahabatan yg telah sedia terjalin sejak bertahun lamanya. 

  
  







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin