Thursday, 18 October 2012

Kenangan Aidilfitri 2012



Bergambar sebelum berjalan raya


Beraya di rumah makcik

Beraya di rumah nenek

Mancok mangga masa raya mmg best sebab
dah jemu makan ketupat rendang..


Thursday, 11 October 2012

I'm Back..

Syukur alhamdulillah.. aku masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini.  Syukur atas segala nikmatnya yg telah dikurniakan ke atasku sepanjang kehidupanku sehingga ke hari ini.

Entah kenapa hari ini tiba-tba terasa ingin membuka blog yg telah lama ditinggalkan.  Sedih rasanya bila blog kesayangan ini tidak dikunjung dan tidak diupdate sejak beberapa lama.  Apakan daya.. kadang2 terasa mahu menulis namun ada saja halangannya (mcm la sibuk sgt!). Dari sehari ke sehari bertangguh2 hinggalah ke saat ini.  Cerita pun semua dah basi dan tidak menarik lagi untuk dikongsikan.

Untuk sementara ini biarlah ini saja yg dapat ditulis.. Aku akan kembali lagi dgn cerita yg ingin dikongsikan di sepanjang ketiadaan update selama ini.  Jumpa lagi.

Thursday, 26 July 2012

Salam Ramadan 1433H

Alhamdulillah.. Ramadan datang lagi. Tahun ini 1 Ramadan 1433H jatuh pada 21 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu.  Syukur kerana aku masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa lagi pada tahun ini.  Mudah-mudahan ibadah puasaku dapat dilakukan dengan sempurna, dengan penuh keikhlasan, ketenangan dan kesabaran.  Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan dan kebaikan yg dilakukan di sepanjang bulan yg penuh keberkatan ini. Aminn.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
DAN
SELAMAT BERPUASA

Sunday, 24 June 2012

Bertemu Setelah 23 Tahun

Tarikh 23 Jun 2012 aku dan beberapa orang teman membuat perjumpaan untuk bertemu rakan2 yg masih belum berkesempatan bertemu setelah tamat persekolahan 23 tahun yg lalu. Seperti biasa perjumpaan berlangsung dalam suasana santai dan happening dengan bermacam2 kisah zaman sekolah diimbas kembali.

Masing2 dah berubah














Tuesday, 12 June 2012

Percutian ke Port Dickson 2012

Cuti sekolah yg baru berlalu iaitu pada 5-7 Jun 2012 lalu aku dan keluarga sekali lagi berkunjung ke Port Dickson untuk percutan 3H2M di The Regency Tanjung Tuan Resort. Masuk kali ini sudah kali keempat kami bercuti di lokasi yg sama.  Namun sedikit pun tidak ada rasa jemu kerana lokasi percutian ini sangat strategik, privasi dan berdekatan dengan pantai.

Ramai juga ahli keluarga yg terlibat dengan percutian ini. Aktiviti yg dipenuhi dengan berehat, masak2, bergambar, menyusur pantai dan menaiki bot sangat menghiburkan. Kami benar2 enjoy. Insyaallah kami akan datang lagi ke tempat ini pada masa akan datang. 

Pemandangan apartment dari laut

Tempat penginapan kami 

Pemandangan dari apartment

Suasana senja yg indah

Adik beradik


 
    
Teruja dapat naik bot







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin