Friday, 9 December 2011

Nasi Lemak

Dulu2 aku memang selalu masak
untuk sarapan pagi dan bawa ke ofis
untuk dimakan bersama kawan2..
Tapi aktiviti tu semakin hari semakin berkurang..
Sebabnya dah tak rajin (malas la tu.. haha)
Tiba2 rasa rajin pulak nak masak
gara2 dah jemu dengan makanan yg dijual
setiap pagi di kedai sedia ada..
Lalu timbul cadangan nak masak nasi lemak..
Maka diusul kepada kawan2 satu ofis..
Ada yg berminat utk join sama dan
bawa serba sedikit hidangan pelengkap..
Walaupun sekadar nasi lemak tapi masing2
berselera sekali menikmati sarapan..


Nasi lemak



Sambal ikan bilis


Telur dadar


Timun disumbang oleh ani


Karipap sardin dibawa oleh ayu


Walaupun ringkas tetapi berselera




Penaja utama


Kawan2 sedang bersarapan

Thursday, 8 December 2011

Hujan Oh Hujan

Hujung tahun memang musim hujan..
Hari2 mesti hujan. Tak kira sama ada lebat atau renyai..
Tapi tiap2 hari mesti hujan.. Tak kira waktu..
Kadang pagi, kadang tengahari, kadang petang, kadang malam..
Ni cuaca pada tengahari 08.12.2011..
Langit sangat mendung, awan berarak laju
dan diikuti dgn hujan lebat, guruh dan petir..


Pandangan dari ofis


Gelap sangat


Awan berarak mendung kelabu

Monday, 5 December 2011

Uptown Shah Alam

Malam minggu lalu berkunjung ke Uptown Shah Alam.
Ada perubahan pada bahagian pentas.
Telah dibuat bumbung. So.. selamatlah kalau hujan.

Macam2 kedai ada kat Uptown Shah Alam ni.
Banyak pilihan dan harga pun berpatutan.
Kalau hujung minggu lagi ramailah orang datang
untuk shopping atau sekadar jalan2.
Ataupun datang untuk makan sahaja.
Macam2 karenah org dapat dilihat kat sini.

Kat pentas tu ada karaoke
atau kadang2 ada artis yg dijemput untuk
menghiburkan pengunjung yg datang.
Kadang2 ada ceramah agama juga.
Pendek kata macam2 acara.

Yang bestnya kat sini ada wifi percuma
daripada DiGi Internet (promote nih..).

Kebetulan malam itu ada final Uptown Idol.
Dapatlah tengok budak2 nyanyi..
Meriah.. orang pun ramai sangat..











Friday, 2 December 2011

Si Kecil Putri Aleeya @ Yuyi

Inilah Putri Aleeya atau aku memangilnya sebagai Yuyi.
Ibu dan ayahnya memanggil Putri dan
dia sendiri membahasakan dirinya Pili
(mgk tak reti nak sebut yg betul)
Lahir pada 22 Oktober 2007. Yuyi anak ke bongsu dari 4 beradik
dan satu2nya anak perempuan dalam keluarganya.

Yuyi merupakan anak buah yang paling rapat dan manja denganku.
Kalau aku ada bersamanya apa2 perkara dia akan minta dariku..
Sememangnya Yuyi adalah kesayanganku.
Dia anak yg baik, mudah mendengar arahan
dan buat apabila disuruh.
Keletahnya sangat menghiburkan, bijak, pandai bergaya selain
mudah menangis, merajuk jika dimarah, ditegur.

Si kecil ini pantang bila nampak aku membuka notebook..
mulalah dia mengendeng di sebelahku dan berkata
"cik yong nak tengok gambar" yg ada di dlm notebook itu..
selagi tak diturutkan selagi itu dia akan meminta.. hmm..

Tahun depan (2012) Yuyi akan mula bersekolah tadika.
Entah macam manalah gayanya nanti..

























Ayah, Ibu dan adik-beradik


Kesayanganku

Thursday, 1 December 2011

Catatan 01.12.2011

Hari ini sudah masuk 01 Disember 2011. Bermakna tinggal 31 hari lagi sebelum menjelangnya tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sampailah kini ke bulan terakhir tahun 2011. Memang tidak terasa sekali. Banyak sungguh peristiwa dilalui sepanjang 11 bulan ini. Pahit manis, sedih, gembira, suka duka bersilih ganti. Sesungguhnya kehidupan ini terlalu banyak warna warninya..

Seperti kebiasaannya bulan Disember adalah bulan untuk bersantai. Mood lebih kepada ingin bercuti dan berehat. Namun disebabkan cuti tidak begitu banyak maka pilihan untuk bercuti sangat terhad. Untungnya bulan ini banyak cuti umum jatuh pada hari Ahad. Jadi hari Isnin dikira sebagai cuti ganti. Dapatlah juga berehat tanpa perlu memohon cuti. Sukanya..

Ada beberapa perkara yg telah dirancang untuk dilakukan pada bulan ini dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin