Thursday, 1 December 2011

Catatan 01.12.2011

Hari ini sudah masuk 01 Disember 2011. Bermakna tinggal 31 hari lagi sebelum menjelangnya tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sampailah kini ke bulan terakhir tahun 2011. Memang tidak terasa sekali. Banyak sungguh peristiwa dilalui sepanjang 11 bulan ini. Pahit manis, sedih, gembira, suka duka bersilih ganti. Sesungguhnya kehidupan ini terlalu banyak warna warninya..

Seperti kebiasaannya bulan Disember adalah bulan untuk bersantai. Mood lebih kepada ingin bercuti dan berehat. Namun disebabkan cuti tidak begitu banyak maka pilihan untuk bercuti sangat terhad. Untungnya bulan ini banyak cuti umum jatuh pada hari Ahad. Jadi hari Isnin dikira sebagai cuti ganti. Dapatlah juga berehat tanpa perlu memohon cuti. Sukanya..

Ada beberapa perkara yg telah dirancang untuk dilakukan pada bulan ini dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Wednesday, 30 November 2011

KLCC


Dah agak lama tak jalan2 kat KLCC ni.
Satu hari di hujung minggu pergilah
bersiar2 di KLCC sekadar window shopping
dan melihat keindahan pemandangan di situ..














Ayam dan Ikan Penyet

Hari ni teringin nak makan ayam penyet waktu rehat tengahari.
Kedai makan ini terletak di foodcourt belakang ofis saja.
Bukan saja ayam, malahan ikan keli dan ikan kembung juga ada.
Kedai makan ni sentiasa penuh dengan pelanggan.
Kalau lambat datang terpaksa la menunggu lama sikit baru dapat makanan.







Monday, 28 November 2011

Majlis Merisik Uda

Hari Isnin, 28 November 2011
diadakan majlis merisik Uda
majlis dibuat dalam keadaan sederhana
tetapi tetap meriah..


7 dulang daripada pihak perempuan


Puding


Buahan


Wajah berseri

Sunday, 27 November 2011

Mangga Oh Mangga




Tahun ni mangga nan sebatang di pinggir rumah
berbuah dengan lebat sekali
puaslah kami adik beradik makan buah
tak cukup itu kami bawa balik ke rumah masing2


Pokok mangga dgn kerusi batu menjadi tempat
lepak di waktu petang bersama keluarga



Geramnya tgk buah mangga tu




Sedia untuk dimakan



Anak2 buah pun suka mancok mangga

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin