Tengahari ini aku dijemput oleh jiran tingkat bawah rumah ku datang ke rumahnya kerana ada kenduri cukur jambul cucunya yang kedua. Disebabkan aku tidak ada plan apa2 sebelah pagi dan tengahari maka aku pun turun memenuhi jemputan tersebut. Selalunya macam tu lah. Setiap jemputan yang diterima cuba dipenuhi jika tiada apa2 aral. Selain mengeratkan hubungan baik sesama jiran ia juga amat dituntut oleh agama.
Sempat juga ambil gambar untuk kenangan. Layan...
Saturday, 25 June 2011
Makan Kenduri
Wednesday, 22 June 2011
Reunion SMVKlang 88-89 Group
Sesungguhnya majlis ini meninggalkan kenangan manis yg pasti akan kekal di sudut hati. Selepas ini akan ada lagi lain2 program yg dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin. Insyaallah.
Banyak gambar2 yg diabadikan bersama kawan2 dan ini sebahagian yang dapat dikongsikan bersama.
Friday, 10 June 2011
Percutian Ke Cameron Highland
Cuti sekolah yang baru lalu aku dan keluarga memilih untuk bercuti ke Cameron Highland pada 5-7 Jun lalu. Menariknya dan secara kebetulan tarikh pergi kali ini adalah sama dengan kunjungan 2 tahun lalu. Kami berkonvoi 3 buah kereta dari Shah Alam dan melalui Jalan Tapah. Pengalaman memandu sebelum ini membuatkan aku telah memahami sedikit sebanyak keadaan jalan yang memang bahaya, berliku2 dan berbukit2.
Hari Pertama
Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 1.30. Selepas check-in kami berehat seketika. Sebelah petangnya kami memulakan aktiviti lawatan ke ke taman agrofarm. Di sini terdapat pelbagai jenis buahan, sayuran dan bunga-bungaan seperti strawberi, anggur, salad, kailan, tomato, kaktus, ros dan sebagainya. Walaupun tempat ini tidak terlalu besar tetapi pemandangannya amat menarik sekali. Selepas puas bergambar kami meneruskan aktiviti menuju ke pasar malam Brinchang. Aduh.. sesaknya jalan menuju ke pasar. Ramai orang datang bercuti. Kenderaan dari seluruh pelusuk negeri datang bercuti sempena cuti sekolah. Hinggakan kami terpaksa berpatah balik 2-3 kali untuk mencari tempat parking. Akhirnya dapat juga tempat parking. Di pasar sekadar melihat kerenah peniaga dan pembeli yang macam2 ragam. Dah namanya Cameron Highland sudah pastilah yang paling menarik sekali adalah kesegaran sayur-sayurannya yang berbagai jenis. Sempat jugalah kami membeli sedikit sebanyak untuk dibawa pulang.
Sebelah malam.. aktiviti masak, makan, bersembang dan berehat. Memang seronok kalau dapat bercuti ramai2 bersama keluarga.
Sebelah malam cuaca agak sejuk. Memang menjadi kemestian memakai sweater, sarung tangan dan kaki. Tidak perlu lagi kipas atau aircond.
Hari Kedua
Sebelah pagi acara bebas. Masing2 membuat urusan tersendiri mengikut kesesuaian. Aktiviti keluar diteruskan di awal petang. Kali ini membuat lawatan ke Kampung Taman Sedia. Satu2nya taman strawberi yg dimiliki oleh bumiputera melayu. Buah strawberi tak banyak yang masak. Baru lepas dipetik kata pemilik ladang di situ. Kawasan sekitarnya agak menarik juga. Di sini pun sibuk bergambar lagi.
Selepas itu kami meneruskan lawatan menuju ke ladang teh Cameron Valley. Ini tempat yang paling teruja untuk dikunjungi. Pemandangan di sini sangat cantik sekali. Puas jugala masing2 dapat bergambar dengan gaya dan aksi yg pelbagai. Sempat juga membeli buah tangan di kedai teh yg terdapat di sini.
Pada sebelah petang kami ke pasar Brinchang sekali lagi untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum pulang pada esok hari. Macam2 yang dibeli. Seronok dapat berjalan2 di sini. Macam2 barang jualan seperti makanan, pakaian, buahan, sayuran dan pelbagai jenis hasil tanaman yg terdapat di sini. Memang menarik sekali.
Sebelah malam sekadar berehat di apartmen sambil makan2 dan bersembang.
Hari Ketiga
Hari terakhir percutian. Kami bangun seawal pagi dan mengemas2 apa yg perlu. Selepas sarapan pagi kira2 jam 10.30 kami memulakan perjalanan balik melalui Jalan Tapah. Dalam perjalanan balik sekali lagi singgah di ladang teh menghala balik untuk bergambar. Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Rekreasi Kuala Woh untuk berehat seketika. Di sini anak2 mula bermandi manda sementara kami yg lain sekadar berehat memerhati.
Jam 3.30 petang perjalanan balik diteruskan. Jalan agak lancar. Kami singgah di hentian rehat dan rawat Tapah untuk makan dan berehat seketika. Sesudah itu perjalanan diteruskan dan sampai di Shah Alam lebih kurang jam 7 malam.
Tamatlah sudah percutian keluarga yang meninggalkan pelbagi kenangan manis. Semoga kami berpeluang untuk berkunjung lagi ke Cameron Highland pada masa akan datang.
Antara gambar2 percutian yang diabadikan.
Thursday, 2 June 2011
Housemate Baru
Tuesday, 31 May 2011
Update 31.05.2011
Kini.. masa ku lebih banyak terisi di group-group facebook yang aku create. Bersembang dgn kawan2 dan mengimbau kembali kenangan lalu yang pernah dilalui di zaman persekolahan adalah sesuatu yang amat manis. Dalam masa sebulan ini juga macam2 perkara, aktiviti yang dilakukan. Secara khususnya perancangan telah dibuat untuk mengadakan reunion bagi group SMVK pada 16 Jun nanti. Sehubungan itu satu mesyuarat AJK yg mana aku telah dilantik sebagai setiausaha telah diadakan pada 21.05.11 yg lalu bertempat di Asiari, SACC Mall. Setelah bertahun2 tidak berjumpa pertemuan ini adalah sangat menerujakan. Kami berjumpa sambil makan2 dan berbincang dalam suasana yg cukup santai. Masing2 telah menunjukkan komitmen penuh untuk menjayakan perancangan yg telah dibuat.
Dalam pada itu aku rasakan semakin hari kehidupan yang aku lalui sangat menggembirakan. Aku dikelilingi oleh keluarga dan teman2 yang begitu mengambil berat dan sentiasa menunjukkan keperihatinan terhadapku yang aku rasakan begitu bermakna sekali. Aku bersyukur kerana Allah yang sentiasa memberikan aku kesempatan untukku melalui kehidupan ini dengan ketenangan dan kebahagiaan.










