Thursday, 16 December 2010

Aku, Dia dan Lagu - 8




Gerimis Sepi

( 1 )
Gerimis sepi membeku hati
Setelah hujan sedih menemaniku
Tiada tertahan menanggung sunyi
Setelah gerimis membawa tangisan sedih
Membasahi pipi terkulai layu ke bumi
Sanggupkah kau melihatku terseksa begini

( korus )
Kau tinggalkan ku di dalam kegundahan
Kesangsian, kehampaan oh kasih
Tidakkah kau dapat menyelam
Betapa dalam cintaku terhadapmu
Selama ini
Tiada terhenti gerimis hati
Sebelum kau hadir di depanku

( ulang korus & 1 )

Ku harapkan simpatimu
Agar terhenti gerimis hati ini
Hadirlah kau di sisiku
Agar terang dunia yang sepi ini

~Chris Vadham~

Sunday, 12 December 2010

Percutian Ke Bukit Merah Lake Town Resort - Part 2

Hari kedua percutian di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLTR)

Selepas bersarapan pagi kami bersiar2 di sekitar Bukit Merah seperti stesen keretapi, tasik dan tempat2 yang meninggalkan kenangan buat mak dan abah. Bukit Merah adalah kampung emak. Di sinilah juga tempat aku dilahirkan. Bercuti ke Bukit Merah seperti pulang ke kampung halaman. Setiap tempat2 yang ada di situ merupakan nostalgia buatku dan keluarga lebih2 lagi kepada mak dan abah.

Selepas itu balik semula BMLTR. Sekadar berjalan2, bersiar2 dan makan2. Pukul 1.30 kembali ke apartmen dan bersiap2 untuk check out.

Sesudah check out pergi lagi ke BMLTR. Dua hari berkampung kat sini. Petang ini barulah ada aktiviti yang dibuat. Aku dan adik2 menaiki Skycycle dan Chairlift sementara mak dan abah serta abang mat dan kak midah pergi ke Pulau Orang Utan. Anak2 buahku pulak dari pagi sampai petang duk main air kat Theme Park.

Tidak sedar masa berlalu. Setelah puas berjalan, bersiar, bergambar, makan, minum, membeli cenderahati tibalah masa untuk pulang kerana hari sudah lewat. Keluar dari BMLTR jam 5 petang. Perjalanan balik berjalan lancar. Dalam perjalanan berhenti untuk solat maghrib di Sitiawan dan makan di Sungai Besar. Kami selamat sampai ke kampung jam 11. Alhamdullillah.

Tamatlah sudah percutian keluarga yang meninggalkan pelbagai kenangan manis.

Gambar2 buat kenangan.


Saturday, 11 December 2010

Percutian Ke Bukit Merah Lake Town Resort - Part 1

Seperti dirancang aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan husna (cucu mak ngah) di Bagan Serai hari ini. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 10 pagi. Sebelum itu singgah di stesen Petronas TK untuk mengisi petrol dan mengisi angin tayar keretaku. Perjalanan lancar melalui Sekinchan, Sg. Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Bota Kiri, Changkat Lada, Trong, Sitiawan, Beruas lalu memasuki tol Changkat Jering dan kemudian susur di Kamunting. Seterusnya perjalanan diteruskan hingga ke Bagan Serai dan sampai di rumah pengantin sebelum jam 2. Lambat sikit sebab banyak sangat persinggahan di sepanjang perjalanan. Maklumlah dah ramai ni macam2 lah kerenahnya.

Selepas makan dan berjumpa sanak saudara kami meneruskan rancangan untuk bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sementara menunggu abang mat membuat tempahan untuk penginapan aku dan keluarga yang lain berjalan2 di sekitar tempat tersebut. Alhamdulillah.. walaupun tidak membuat booking awal masih ada kekosongan apartmen untuk kami. Apartmen 3 bilik dengan harga RM250 semalam. Agak selesa dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

Sebelah malam.. aku, abang mat, kak midah dan adik2 keluar untuk membeli makanan untuk makan malam dan barang2 keperluan untuk memasak esok.

Malam ini hanya berehat-rehat saja. Masing2 keletihan setelah seharian berjalan.

Jom layan gambar2 nih..


Gambar sebelum memulakan perjalanan..


Sempat berhenti di tepi sawah untuk bergambar..
Lokasinya tak pasti kat mana tapi selepas Teluk Intan..


Adik manja..


Raja sehari - husna dan pasangannya (tak tau nama)


Keluarga sebelah pengantin perempuan..


Pelamin yang cantik serba ungu..


Gambar selepas makan..


Percutian ke Bukit Merah Lake Town Resort


Selamat Datang ke Bukit Merah Lake Town Resort..
Seperti pulang ke kampung halaman..


Sempat membeli beberapa cenderahati untuk kenangan


Adik, uda dan yuyi


Sebahagian anak2 buahku yang nakal..


Aksi spontan anak2 buahku.. masing2 dengan gaya
tersendiri.. pantang jumpa air.. mesti nak main..


Pemandangan indah dari apartmen.
Tasik Bukit Merah nampak dari kejauhan..


Menunggu pesanan untuk makan malam..

Friday, 10 December 2010

Balik Kampung - Jalan Lagi

Tak sabar untuk menghabiskan kerja hari ini kerana malam ini nak balik kampung. Waktu rehat tadi balik ke rumah kejap untuk mengemas pakaian. Tu lah.. semalam tak nak buat.. Kan dah kalut.. Lepas kerja terus gerak ke Shah Alam. 9.15 gerak balik ke kampung dengan adik2 dan anak buah. Jalan agak sibuk malam ini dengan kenderaan. Masing2 dengan tujuan yang telah dirancang. Sampai di kampung jam 11.15.

Insyaallah.. esok aku dan keluarga akan pergi ke Bagan Serai, Perak bagi menghadiri majlis kenduri saudara di sana. Kemungkinan berkonvoi tiga buah kereta termasuk aku. Seterusnya plan untuk bercuti singkat selepas itu. Semuanya akan dipastikan selepas selesai menghadiri majlis tersebut. Mudah-mudahan perjalanan esok selamat dan lancar.

p/s Aku hampir terlibat dengan kemalangan sewaktu sampai di pekan TK. Syukurlah.. Allah melindungi ku dari perkara tersebut yang mungkin berlaku disebabkan kesilapan dan kealpaan orang lain.

Aku, Dia dan Lagu - 7






Cintai Aku Sepenuh Hati

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagiaan

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

c/o
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah di sini saling memiliki
Selama-lamanya

c/o
Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

*Ari Lasso*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin