Thursday 24 November 2011

Selamat Kembali

Ya.. terlalu lama saya berehat dari mengemaskini status blog. Tidak perlu lah memberi alasan lagi kenapa blog ini tidak berupdate sejak beberapa bulan yang lalu. Masa tidak akan menunggu kita. Yang lepas kita tinggalkan dan pandanglah ke hari hadapan.

Untuk permulaan yang baru blog ini ditukar wajah bagi memberi semangat kepada saya supaya sentiasa rajin mengemaskini blog. Walaupun blog ini tidak dikemaskini saya tau masih ada pengunjung yang setia melawat blog ini. Terima kasih saya ucapkan.

Selepas ini saya mungkin akan menukar gaya penulisan kepada yang lebih santai dan ringkas untuk memberi suasana yang lain dan lebih segar daripada masa lalu. Sesekali kita perlu berubah supaya tidak menimbulkan rasa bosan dan jemu dengan keadaan yang sedia ada.

Selamat membaca buat semua. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin