Tuesday 22 March 2011

My Birthday

Hari ni, 22 Mac 2011 adalah hari ulang tahun kelahiran ku. Alhamdulillah.. aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumiNya ini. Aku bersyukur di atas segala kurniaanNya terhadapku sehingga ke usia ku saat ini. Aku bermohon mudah-mudahan Allah sentiasa memeliharaku, memberkati, memberi kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan dalam hidupku di dunia dan di akhirat.. Insyaallah..

Bersempena dengan hari lahirku hari ini banyak sekali ucapan dan doa diterima daripada rakan2, teman2 sama ada secara in person atau melalui telefon, SMS, YM mahupun di ruang facebook meskipun aku tidak mengwar-warkan tarikh lahirku di situ. Terima kasih wahai teman2 ku atas ingatan anda semua. Aku amat2 menghargainya..

Semoga doaku di hari ini dimakbulkan Allah. Aminn.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin