Wah.. lamanya tak update blog.. bukak2 asyik gambar kat Bukit Merah je.. sampai dah jemu tengok.. haha.. sebenarnya nak menulis blog pun perlu ada mood juga.. dan yang lebih penting kena ada idea apa nak tulis.. mungkin juga idea tu ada cuma nak menulis tu perlu ada daya kreativiti supaya apa yang nak ditulis seronok untuk dibaca.. sebenarnya kita boleh baca atau menilai karakter seseorang itu melalui tulisannya.. aku juga sebenarnya bukanlah seorang penulis yang baik.. sekadar menulis mengikut kehendak hati.. bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang penulis yang baik.. itu memang kelebihan atau anugerah kepada seseorang.. perlu ada bakat semulajadi.. dan tak semua orang ada bakat itu.. seorang penulis yang baik pastinya adalah seorang yang bijak.
Okey... tinggalkan part tu.. Sepanjang minggu lepas akitiviti harian berjalan seperti biasa. Pergi dan balik kerja. Hari sabtu cuma berehat di Taman Melati membuat aktiviti yang tertangguh beberapa minggu iaitu mengemas segala bagai. Hari ahad ke Shah Alam untuk mengambil adik dan menghantar balik ke kolej setelah habis cuti semesternya.
Minggu ni adalah minggu yang menggembirakan.. sebabnya.. esok aku akan mula bercuti panjang.. hari ini di ofis sudahkan kerja-kerja yang diminta oleh bos untuk disiapkan sebelum dia bercuti hujung minggu lepas.. esok bos masuk aku pulak mula cuti.. aku telah letakkan nota di meja bos maklumkan tugas yang aku dah siapkan.. harap2 tak ada masalah.. kalau bos tak cari maknanya ok la tu.
Esok.. seperti dirancang.. aku dan sebahagian ahli keluarga akan bercuti 3h 2m di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson. Bercuti lagi... Satu aktiviti yang tidak pernah menjemukan bagiku. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment