Friday 10 December 2010

Balik Kampung - Jalan Lagi

Tak sabar untuk menghabiskan kerja hari ini kerana malam ini nak balik kampung. Waktu rehat tadi balik ke rumah kejap untuk mengemas pakaian. Tu lah.. semalam tak nak buat.. Kan dah kalut.. Lepas kerja terus gerak ke Shah Alam. 9.15 gerak balik ke kampung dengan adik2 dan anak buah. Jalan agak sibuk malam ini dengan kenderaan. Masing2 dengan tujuan yang telah dirancang. Sampai di kampung jam 11.15.

Insyaallah.. esok aku dan keluarga akan pergi ke Bagan Serai, Perak bagi menghadiri majlis kenduri saudara di sana. Kemungkinan berkonvoi tiga buah kereta termasuk aku. Seterusnya plan untuk bercuti singkat selepas itu. Semuanya akan dipastikan selepas selesai menghadiri majlis tersebut. Mudah-mudahan perjalanan esok selamat dan lancar.

p/s Aku hampir terlibat dengan kemalangan sewaktu sampai di pekan TK. Syukurlah.. Allah melindungi ku dari perkara tersebut yang mungkin berlaku disebabkan kesilapan dan kealpaan orang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin