Hari kedua percutian di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLTR)
Selepas bersarapan pagi kami bersiar2 di sekitar Bukit Merah seperti stesen keretapi, tasik dan tempat2 yang meninggalkan kenangan buat mak dan abah. Bukit Merah adalah kampung emak. Di sinilah juga tempat aku dilahirkan. Bercuti ke Bukit Merah seperti pulang ke kampung halaman. Setiap tempat2 yang ada di situ merupakan nostalgia buatku dan keluarga lebih2 lagi kepada mak dan abah.Selepas itu balik semula BMLTR. Sekadar berjalan2, bersiar2 dan makan2. Pukul 1.30 kembali ke apartmen dan bersiap2 untuk check out.
Sesudah check out pergi lagi ke BMLTR. Dua hari berkampung kat sini. Petang ini barulah ada aktiviti yang dibuat. Aku dan adik2 menaiki Skycycle dan Chairlift sementara mak dan abah serta abang mat dan kak midah pergi ke Pulau Orang Utan. Anak2 buahku pulak dari pagi sampai petang duk main air kat Theme Park.
Tidak sedar masa berlalu. Setelah puas berjalan, bersiar, bergambar, makan, minum, membeli cenderahati tibalah masa untuk pulang kerana hari sudah lewat. Keluar dari BMLTR jam 5 petang. Perjalanan balik berjalan lancar. Dalam perjalanan berhenti untuk solat maghrib di Sitiawan dan makan di Sungai Besar. Kami selamat sampai ke kampung jam 11. Alhamdullillah.
Tamatlah sudah percutian keluarga yang meninggalkan pelbagai kenangan manis.
Gambar2 buat kenangan.
No comments:
Post a Comment