Tuesday, 21 December 2010

Percutian Ke Port Dickson - Day 1

Wah.. bercuti lagi.. jangan jeles eh!

Kali ni bercuti dengan famili kat Port Dickson pulak.. Dekat je pun.. Di sini menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Apartment 3 bilik. Cukup selesa. Percutian 3h 2m ini ditaja oleh adik dari Enstek, Sepang. So.. bajet tak la banyak sangat.. haha.. Bercuti untuk merehatkan minda sambil menghabiskan cuti hujung tahun. Bila dah tiba hujung tahun mood nak bekerja pun macam tak ada. Ramai yang bercuti bersilih ganti. Bos2 pun sama. Nak tunggu tahun baru, baru bersemangat. Begitulah katanya..

Memandangkan cuti sekolah masih belum berakhir, ramai jugalah orang yang bercuti walaupun di tengah2 minggu. Kanak2lah yang paling seronok. Anak2 buahku selepas check in saja terus bersiap2 nak mandi kolam. Tak sabar2 lagi. Entah apa la yang seronok sangat main air tu..

Bila berada di persisiran pantai terasa sangat relaks. Melihat ombak memukul pantai begitu menenangkan dan mendamaikan hati dan jiwa. Alangkah indah dan seronoknya jika selalu dapat melalui situasi sebegini..

Oklah.. jom layan gambar2 nih..


The Regency Tanjung Tuan Beach Resort - tempat penginapan


Apartment bersebelahan


Setia bak ombak dan pantai..


Tenang dan damai..


Seronoknya budak2 ni mandi kolam..


Sunset yang begitu mengasyikkan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin