Saturday 11 December 2010

Percutian Ke Bukit Merah Lake Town Resort - Part 1

Seperti dirancang aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan husna (cucu mak ngah) di Bagan Serai hari ini. Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 10 pagi. Sebelum itu singgah di stesen Petronas TK untuk mengisi petrol dan mengisi angin tayar keretaku. Perjalanan lancar melalui Sekinchan, Sg. Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Bota Kiri, Changkat Lada, Trong, Sitiawan, Beruas lalu memasuki tol Changkat Jering dan kemudian susur di Kamunting. Seterusnya perjalanan diteruskan hingga ke Bagan Serai dan sampai di rumah pengantin sebelum jam 2. Lambat sikit sebab banyak sangat persinggahan di sepanjang perjalanan. Maklumlah dah ramai ni macam2 lah kerenahnya.

Selepas makan dan berjumpa sanak saudara kami meneruskan rancangan untuk bercuti ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sementara menunggu abang mat membuat tempahan untuk penginapan aku dan keluarga yang lain berjalan2 di sekitar tempat tersebut. Alhamdulillah.. walaupun tidak membuat booking awal masih ada kekosongan apartmen untuk kami. Apartmen 3 bilik dengan harga RM250 semalam. Agak selesa dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

Sebelah malam.. aku, abang mat, kak midah dan adik2 keluar untuk membeli makanan untuk makan malam dan barang2 keperluan untuk memasak esok.

Malam ini hanya berehat-rehat saja. Masing2 keletihan setelah seharian berjalan.

Jom layan gambar2 nih..


Gambar sebelum memulakan perjalanan..


Sempat berhenti di tepi sawah untuk bergambar..
Lokasinya tak pasti kat mana tapi selepas Teluk Intan..


Adik manja..


Raja sehari - husna dan pasangannya (tak tau nama)


Keluarga sebelah pengantin perempuan..


Pelamin yang cantik serba ungu..


Gambar selepas makan..


Percutian ke Bukit Merah Lake Town Resort


Selamat Datang ke Bukit Merah Lake Town Resort..
Seperti pulang ke kampung halaman..


Sempat membeli beberapa cenderahati untuk kenangan


Adik, uda dan yuyi


Sebahagian anak2 buahku yang nakal..


Aksi spontan anak2 buahku.. masing2 dengan gaya
tersendiri.. pantang jumpa air.. mesti nak main..


Pemandangan indah dari apartmen.
Tasik Bukit Merah nampak dari kejauhan..


Menunggu pesanan untuk makan malam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin